Perutusan MB Perak, YAB Dato’ Seri Ir. Mohamad Nizar Jamaluddin

Posted by Din Beramboi 13 February, 2009

BismilahirRahmanirRahim.

Saya bersyukur ke hadrat Allah SWT atas kesihatan tubuh badan dan kesabaran yang dianugerahkanNya kepada saya dan seluruh rakyat negeri Perak Darul Ridzuan.

Saya mengambil kesempatan ini untuk menerangkan beberapa perkara berkaitan perkembangan krisis di negeri Perak terutamanya selepas upacara angkat sumpah Menteri Besar baru negeri ini yang berlangsung di Istana Iskandariah petang tadi.

Dengan penuh rasa tanggungjawab, dukacita saya menyatakan bahawa perlantikan Menteri Besar baru itu sesungguhnya adalah tidak mengikut Undang-Undang Perlembagaan Negeri sebagaimana sepatutnya.

Apabila saya tidak meletak jawatan seperti yang dititahkan oleh DYMM Paduka Seri Sultan Perak, sebenarnya saya telah pun meneliti semua undang-undang dan peraturan yang berkaitan serta telah mendapatkan pandangan dan nasihat daripada ahli dan pakar undang-undang.

Permohonan saya kepada DYMM Sultan untuk mendapatkan perkenan membubarkan Dewan Undangan Negeri adalah menepati dan mengikut peruntukan Undang-Undang Perlembagaan Negeri secara jelas dan pasti. Perlembagaan memperuntukkan dengan jelas bahawa pembubaran DUN sepatutnya telah pun berlaku setelah permohonan perkenan saya kemukakan kepada DYMM Tuanku Sultan.

Saya juga yakin bahawa pembubaran DUN adalah langkah terbaik bagi menyelesaikan kemelut politik negeri Perak. Biarlah rakyat membuat keputusan. Saya percaya bahawa rakyat berhak membuat keputusan berkenaan parti manakah yang rakyat mahu berikan mandat sebagai kerajaan. Keputusan menyerahkan penentuan itu kepada rakyat adalah bertepatan =engan prinsip demokrasi dan sistem Raja berperlembagaan yang dijunjung bersama.

UMNO telah mencemarkan Institusi Raja melalui konspirasi yang sangat kotor semata-mata kerana dendam kesumat dan nafsu melampau untuk memerintah. Mereka sanggup mengheret Institusi Raja kepada kecelaruan yang boleh menjejaskan penghormatan dan sanjungan rakyat terhadap istana.

Berhubung kecelaruan isu ‘letak jawatan’ atau ‘lucut jawatan’ saya sebagai Menteri Besar, suka saya jelaskan kepada seluruh rakyat negeri Perak bahawa Perkara 16(6) Undang-Undang Perlembagaan Negeri dengan terang menyatakan bahawa ‘lucut jawatan’ saya hanya boleh berlaku melalui 3 kaedah iaitu :

Pertama – pembubaran Dewan Undangan Negeri.

Kedua – undi tidak percaya dalam =idang khas Dewan Undangan Negeri.

Ketiga – saya meletak jawatan secara sukarela.

Tetapi apa yang terjadi sekarang, tiada mana-mana satu pun di antara 3 kaedah itu berlaku. Saya tidak meletak jawatan. Pembubaran DUN tidak berlaku. Belum lagi berlangsung sidang khas atau apa-apa sidang membincangkan usul undi tidak percaya terhadap saya. Maka bagaimana boleh dikatakan saya bukan lagi Menteri Besar Perak?

Apabila saya masih lagi Menteri Besar Perak yang sah mengikut undang-undang, maka adalah ganjil apabila dilantik seorang Menteri Besar yang baru. Bukan saja ganjil, tapi salah. Perlantikan Menteri Besar hanya boleh atau perlu dibuat apabila berlaku kekosongan jawatan itu. Sehingga saat ini saya masih MB mengikut perlembagaan. Belum berlaku kekosongan. Saya MB yang sah manakala Dato’ Dr. Zambry adalah MB tidak sah atau MB haram.

Fitnah Media Kawalan UMNO – Saya nak Saman Sultan, Saya Arahkan Rakyat Memberontak dan Saya Menjerit Di Pejabat

Hari ini timbul isu bahawa saya akan saman DYMM Tuanku Sultan. TV1 dan TV2 serta semua saluran TV milik Media Prima menyiarkan berita itu. Ini adalah satu fitnah yang sangat dahsyat. tohmahan jahat ini dicipta oleh UMNO untuk menimbulkan kebencian orang ramai khususnya rakyat negeri Perak terhadap saya dan Pakatan Rakyat. Mereka mengulas isu ini secara terarah untuk menjauhkan kita dari istana. Mereka mencipta tuduhan ini untuk membangkitkan kemarahan orang Melayu terhadap saya dan Pakatan Rakyat dengan tujuan menenggelamkan perbincangan tentang pencabulan undang-undang yang mereka lakukan demi merampas kuasa.

Saya juga dituduh menggerak dan mengarahkan rakyat supaya bangkit menentang istana. Media yang dikuasai UMNO menggambarkan saya bertanggungjawab ke atas perhimpunan rakyat yang berlaku di merata tempat dalam masa beberapa hari ini termasuk himpunan di Kuala Kangsar yang tercetus kekecohan.

Sehubungan dengan itu, saya dengan ini menafikan sekeras-kerasnya segala tuduhan dan fitnah yang dilemparkan terhadap saya. Saya tidak mengeluarkan apa-apa arahan kepada rakyat untuk maksud berhimpun menyatakan bantahan kepada istana. Semua ini adalah propaganda UMNO.

Media elektronik yang dipengaruhi UMNO juga memutarbelit laporan mengenai insiden di pejabat saya iaitu pejabat Menteri Besar pagi tadi. Mereka melaporkan bahawa saya ‘menjerit’ ketika kekecohan semasa kehadiran puluhan wartawan.

Sebenarnya yang menjerit itu bukan saya. Yang menjerit ialah Dato’ Setiausaha Kerajaan Negeri iaitu Dato’ Dr. Abdul Rahman Hashim yang menghalau wartawan supaya keluar dari bilik itu. Wartawan dalam dan luar negeri menjadi saksi tindakan primitif Setiausaha Kerajaan Negeri yang menghalau petugas media di hadapan saya.

Saya tegaskan sekali lagi bahawa bukan saya yang menjerit seperti dilaporkan oleh media elektronik pengampu UMNO. Saya nafikan sekeras-kerasnya tuduhan itu. Anda boleh saksikan sendiri video yang sempat dirakamkan oleh salah seorang wartawan ketika insiden itu. Dato’ Dr. Abdul Rahman Hashim yang menjerit.

Sukacita saya menyatakan sekali lagi bahawa saya menyanjung tinggi Institusi Istana sepanjang sepuluh bulan lebih saya memikul amanah ini dan saya telah memberikan kepatuhan saya kepada DYMM Tuanku Sultan dengan sepenuh jiwa dan raga. Dalam perkara yang sedang berlaku ini, saya sebenarnya bermaksud membela dan mempertahankan Institusi Diraja bahkan Institusi Kesultanan Melayu seluruhnya supaya tidak dipandang memihak kepada mana-mana kumpulan dalam isu ini. Saya tidak rela rakyat menganggap Istana menyebelahi mana-mana pihak. Saya ingin menyelamatkan istana daripada tohmahan rakyat. Saya ingin memelihara kepercayaan rakyat kepada institusi ini iaitu institusi yang luhur dan adil.

Pesanan Kepada Seluruh Rakyat Negeri Perak

Saya merayu kepada seluruh rakyat Negeri Perak supaya janganlah bertindak diluar batasan. Apa yang kita lakukan adalah usaha menuntut keadilan serta menuntut diberikan hak kepada rakyat untuk membuat pilihan sepertimana yang dijamin oleh perlembagaan.

Terimakasih kepada semua rakyat negeri Perak atas sokongan, pandangan dan ucap selamat yang diberikan kepada saya. saya sudahi dengan wabillahi taufiq wal hidayah wassalamu alaikum warahmatullah.

IR MOHAMAD NIZAR JAMALUDDIN


Menteri Besar Perak

Random Posts

Categories : Sembang-sembang Tags : , , , , ,

Jika anda berminat untuk mempelajari tentang Perniagaan Internet secara PERCUMA, sila isikan borang di bawah dan klik "Saya Mahu Belajar Percuma Perniagaan Internet"...
Name:
Email:
 
Comments
February 14, 2009

macam-macam citer pasal politik nih. banyak ragam banyak hal.

Posted by abdfatah
February 14, 2009

Makin lama bende ni tak diselesaikan semakin bertambah kebencian org ramai terhadap UMNO, sekadar pandangan peribadi saya..

Posted by Jobs
February 15, 2009

cerita di sebalik politik ini adalah sesuatu yang kita sebagai orang awaw susah nak ketahui ,politk gelap ?

Posted by pakar clickbank
February 16, 2009

lantak kat dia org lah…hohohohoho..kita dok sibuk2 pun bukanya dapat apa2 pun..hohoohohoho

February 16, 2009

Hmmm.. saya masih samar demokrasi apa yang diamalkan oleh Malaysia. Siapa patut kita hormat, YB yang seorang tu atau rakyat yang menjadikan dia YB.

Posted by mefranz
February 17, 2009

Orang cakap bende ni sama masam kentut dengan taik, keluar dari lubang yang sama…2/2 batalkan air sembahyang dan keluar dari lubang yang sama…entahla…lantaklah ko labu!

Posted by pipe
February 18, 2009

Tak boleh percaya mana - mana pihak pun. Baik BN ke PR ke semuanya sama aje. Orang politik semuanya temberang. 99% peratus cakap mereka semuanya retorik politik mereka saja. Lantaklah mereka nak gaduh ke apake yg penting kita jgn gaduh-gaduh. Hidup mesti happy!

Posted by Han2Raya
February 19, 2009

hahahaha ko tenguk dah ternyata dia nak memburukkan org lain suka tuduh menuduh sampai mampos pon x habis tu lah PKR sekolah tinggi2 xpi haprak xde cakap aje lebih pastu kata lah org fitnah dia lah apa lah macam aku xde kat situ sebab aku dulu PKR gak hahahaha x usah lah nak menuduh org lain hahahaha

Posted by sampoi
February 25, 2009

apapun yg penting kita hidup aman dan tak merempat, mereka nak gaduh ke @ nak apa ke, kita mau rakyat malaysia semua selamat

Posted by murah
March 2, 2009

Salam semua,

Adik-adik perlu tau jugak ttg politik ni, bukan bermakna kita bergadung berperang. Bagaimana negara kita ditadbir urus. Adakah ia efisyen, ditadbir dengan penuh KEJUJURAN dan KETELUSAN, penuh akauntabiliti. Maknanya kita (rakyat)mengAMANAH
kan perwakilan yg kita pilih itu mewakili kita (rakyat; dan rakyat mengamanahkan KANTUNG WANG NEGARA DAN SEGALA HASIL MAHSUL
dibelanjakan dengan sebaik mungkin demi utk rakyat (semua orang). Semua orang adalah pembayar cukai dan cukai ini dikutip melalaui pelbagai jalan - melalui kutipan terus, melalui peniaga (bila kita beli sesuatu, kita secara automatik mebayar cukainya), cukai korporat, lesen-lesaen dll. Adik2 tentu mau tahu kemana wang orang ramai itu dibelanjakan. Kita tentu tidak mahu ada penyelewengan oleh orang2 yg tidak jujur. Kita tentu tidak mahu rasuah berlaku, sogokan, penipuan oleh mereka2 yg berkuasa dan ada kedudukan. Itulah yg selalu dipertikai, ditegur oleh pembangkang. Sementara itu, kta juga ingin supaya dasar2 digubal oleh kerajaan itu memberi manfaat kepada rakyat keseluruhannya terutamanya yg dhaif dan memerlukan pembelaan, anak2 dan pelajar, orang2 tuqa dan RAKYAT TERBANYAK. Itulah sebahagian dari apa yg kita katakan ‘politik’. Bukan bermakna kita bercakaran tak tentu fasal. Memang terdapat pendekatan dan ideologi yg berbeza. Misalnya UMNO dengan idealisma nasionalisnya, pas dengan perjuangan Islamnya, DAP dengan ideologi kesamarataannya. Apapun, tiada siapa yg sukakan ‘penggelapan’, penyelindungan atau ketidakjujuran. Banyak yg kita dengar akhir2 ini pihak2 tertentu kelihatan melakukan ketidakjujuran dan mengelak tindakan undang2. Kita mahu mereka yg jujur sahaja mengurus tadbir negara kita. Bebaskan negara kita daripada mereka2 yg berlumba2 merebut utk ‘memimpin’kerana mahukan kuasa. Power is corrupt; absolute power absolutely corrupt kat orang.

Posted by Nasaie Ahmad
March 2, 2009
Adik-adik perlu tau jugak ttg politik ni, bukan bermakna kita bergadung berperang.

Terima kasih abang…hehe. :D

betul tu..kita tak boleh terlalu taksub dengan parti kita semata-mata sehingga kita buta terhadap parti sendiri. Yg mana bagus kita sokong, yg mana nak buncitkan perut rasuah kita pecahkan perut dia. :D

Kita generasi muda..rata2 dah masuk U. Semua boleh pk… :D

Posted by Din Beramboi
March 5, 2009

Nik Aziz cakap Kerajaan Perak kerajaan haram….

Rais Yatim cakap Sultan mempunyai kuasa utk lantik sesiapa
tanpa merujuk kepada sesiapa…

Harussani cakap kita hendaklah patuh kepada Allah, Nabi SAW dan pemerintah selagi pemerintah tak suruh buat naksiat…

Posted by Ramlee
Leave a comment

(required)

(required)