Rahsia Pro Affiliate : Berita Gembira Untuk Anda…
Assalamualaikum dan salam sejahtera…
Pertamanya, terima kasih kepada anda semua yang memberikan feedback positif kepada ebook Rahsia Penggunaan CMD.EXE yang akan dilancarkan. Daripada komen yang kami dapat, 99% menunjukkan feedback positif dan rata-rata masih tidak mengetahui penggunaan CMD.EXE. Ada juga 2 atau 3 komen yang spam, sempat kami tangkap di bahagian admin yang mempromosikan program dan produk mereka. Maaflah, kami terpaksa delete komen anda..
Ebook Rahsia Penggunaan CMD akan di lancarkan dalam minggu ini. Harap ia akan membantu kita dalam mempercepatkan kerja, seterusnya menjadikan masa yang terluang itu untuk menjana lebih pendapatan.
Ok, kita tinggalkan dulu Rahsia Penggunaan CMD.EXE sekejap..kami ingin mengumumkan satu berita baik untuk semua. Berita baik itu adalah, program pay per lead Rahsia Pro Affiliate akan dilanjutkan sehingga hujung bulan ini iaitu 31 Ogos 2008 (Hari Kemerdekaan Malaysia ke-51).
Program pay per lead sepatutnya di tutup pada 13 Ogos 2008, tetapi kami telah mengambil keputusan untuk melanjutkannya. Kenapa? kerana kami ingin membuka lebih banyak peluang kepada anda mendapat nilai minimum (RM5). Ya, kami perasan banyak juga antara anda yang hampir mencecah nilai minimum…ada yang dapat RM3, ada yang dapat RM4. So, ini akan merugikan anda kerana kami tidak membayar kepada sesiapa yang dapat bawah nilai minimum.

Jadi, kami harap anda masih berpeluang menggandakan lead dan mencapai nilai minimum pada 31 Ogos nanti. Bagi yang tak dapat nilai minimum juga pada tarikh tersebut, kami tiada pilihan lain lagi. Kami telah berusaha memberikan yang terbaik. Tetapi jangan bimbang, mereka yang tidak mencapai nilai minimum tetap akan mendapat sesuatu yang berharga iaitu hadiah berupa ebook.
Kami ingin menggembirakan anda dan semoga anda berpuas hati. Ini kerana kami tahu, anda mempromosikan pay per lead ini bukanlah ingin mendapat ebook percuma, tetapi ingin DUIT. Betul tak? hehe.. Jadi, kami buka lagi peluang kepada anda. Jangan berputus asa. Anda mampu mencapai nilai minimum itu kalau berusaha kebih kuat.
p/s - Bagi yang belum menyertai pay per lead kami, anda belum terlambat. Klik di sini untuk menyertai dan buat duit RM0.25 bagi setiap pelawat subscribe.
Pembayaran untuk mereka yang mendapat RM5 ke atas akan dilakukan pada 15 atau 16 Ogos 2008
p/ss - Sehingga kini, program ini mendapat galakan yang memberansangkan dari semua. Terima kasih kepada anda semua yang menjayakannya.
Related Posts
Trackbacks & Pingbacks
- Pingback by muhdfirdaus.com » Blog Archive » Coretan aku dan dunia Internet on August 11, 2008 @ 5:32 pm






lebih 1000 lead?byk tu..tahniah Din..satu lagi kejayaan Din Beramboi..:-)
wah,nanti masa pelancaran,mesti jadi ebook yang terhangat…tahniah ye…
Bagus Din! Sangat hebat la klu 1000 lead tuh… Tapi pastikan kualiti juga ya
hehe..1k lead tu. Senang-senang je leh wat duit bila launch produk baru..
ho ho. masih ada masa sekarang. Aku nak up balik. Nak cuba dapat RM. kalau tak leh gak, takper. kita cuba lagi lain kali. hehehe
salam..wa~~~ lama da tak menjengah da. macam2 ada kat sini.. cantik blog ni da…info pun da semakin interaktif. tahniah..
aku jeles tgk ‘brother’ tu dpt 80! …
p/s- cayalah din dah 1000… !!!
Lorrr..TH tu = Titan ker? Ceh, ingatkan sape la tadi. huhu..Ni apesal tukar nama Titan? Rebrand ke?
Taukey dan semua korang..mungkin leh wat review baru..ceritakan tentang pelanjutan tempoh ni.
Bidadari Besi, selamat datang kembali..
Sam, bila lg ko nak ada list? hoho…leh challenge aku lg tu.
Th.. aku ingat salah sorang officer tabung haji… (TH - combine nama titan dgn awek dia kot..)
din.. aku tgk ada orng click, tapi tak tau apsal.. mak bapak diorg tak bagi donload??
Hahaha..aku ingat krew THR.FM..kan ada radio tuh..hehe. Ermm, xpe la kalau mak bapak dia xmo bg download. Siannya bdak tu. Tekanan jiwa tuh.. ngah2.
TH tu, TitaniumHijau..
Ni untuk nama brand untuk blog baru aku dengan mamat dubai tu la. Sekali sekala aku akan promote gak..
oic.. ingatkan.. TitanHana ke.. TitanHoney.. kikikii
hahaha..nasib baik dia lanjutkan tarikh..aku br je capai tahap yg rm3 tu..hi hi hi..nasib baik lanjut..klu tak penat aku promote nih..hehehehe…satu sen pun xdpt…muahahahahah
huhu nampak dah..yang banyak lead tu titan la..rm20 tu hehe..titan pun bleh
orait. skang ni aku nak buat review beb. hehehe. aku ada idea nak wat cemaner
wow..sambung sampai hari merdeka …bagus tu
ade lagi ker menatang alah nih? asal aku diban? -.-
wah, bagus lah macam ni.
byk lagi can nak kejar
makasih atas pemberitahuannya..
info ini sangat berguna untuk saya yang masih nyubi
Mr.Botak, anda tidak di ban, tetapi anda telah membuat dua akaun..so, saya telah delete 1 akaun. Satu akaun lagi masih aktif. Hanya 1 akaun untuk setiap org..
salam,
bagaimana nak buat blog yang mantob dan ada AdSense yang membolehkan memperolehi cukup la seteguk kopi buat ketika ini. Sebab saya akan cari banyak guru yang betul ikhlas dalam mendidik diri ini yang jahil. T.kasih tuan
Kalau setiap affliate yang promotekan EBook ini dapat pula komisyen dari pembelian orang yang dia promotekan itu lagi BERITA BAIK.Agak-agak bolehke Din berikan ?
Nizam, script affiliate yg saya guna ni tak dapat menyimpan cookies. Saya akan pertimbangkan utk semakan..tetapi ia tentunya meletihkan. huhu..
syukran atas info n bantuan yg diberikan
salam jutawan kpd semua
boleh naikkan harga untuk keletihan tu Din..hehe
hurm…kena promote kaw2 niehhh…give me time to promote…..
berita ni memang baik..tapi bak kata macam Nizam tu, kalo sales datang dari org yg kita promotekan tu..kan lagi baguss…hehe..harap leh cubala untuk memberikan berita yang laagi baik walaupun din beramboi meletihkan! haha..
Pada awalnya kami tak bercadang nak buat mcm tu…mungkin pay per lead akan datang, kami akan buat. Jangan risau, program ini akan di buat affiliate juga.
Buat masa ini, tak perlu lagi ckp pasal tu. Promosi ajer PPL dulu..apa2 hal, kami akan inform.
salam..
pak din nape email saya masih x terima untuk pengesahan
Wslm…
Hoho…ada jugak panggil aku pak din? Tuanya aku..huhu.
Erniey, kalau dah subscribe, secara automatik akan dapat email pengesahan. Cuba jenguk2 kat SPAM folder tu..mungkin tersesat kat situ.
ko dah tua ? kikikikiii… takpe din aweks sekarang suka org tua…
walau bagaimanapun… aku akan cuba buat apa yg terbaik dlm program2 macam ni… (lom terer lagi..)
Hehehe..yer ker org pempuan suka yg tua? Apesal Sam? Byk experience ke? hoho..
Assalamualaikum!aku baru join ni…………langsung tak tahu apa2……ada sesapa boleh tolong?
terima kasih din….