Selamat Menyambut Ma’al Hijrah 1428 Kepada Semua
Pertamanya…mari kita merapatkan kesyukuran ke hadrat Ilahi kerana dengan limpah dan izinnya, kita masih di panjangkan umur untuk bertemu lagi di tahun baru ini… Tahun Baru Hijrah 1428.
Tentunya anda semua yang bekerja kerajaan atau sesetengah syarikat swasta bercuti pada hari ini. Baguslah…kita lupakan seketika kerja rutin dan sama2 lah kita hayati Ma’al Hijrah.
Bagi mereka yang menghayati, alhamdulillah…. masih ada yang peka.
Pada hari ini, hanya segelintir sahaja yang peka tentang sambutan Ma’al Hijrah, tidak seperti sambutan cuti umum yang lain. Kalau anda menonton tv malam tadi, apabila wartawan TV3 survey remaja-remaja, ” kita bercuti hari ini sebab apa?” . Ada yang menjawab ” saya tidak tahu….” , “saya kurang pasti…”, “hari Ma’al Hijrah kot…” dan ada yang lebih dahsyat, ” Sambutan Tahun Baru Cina kot…” . Palotak hang, ada ker cakap ” Sambutan Tahun Baru Cina kot….” huhu.. sungguh mengecewakan.
Ada pula yang memang mengetahui hari ini merupakan hari Ma’al hijrah, tetapi tidak mengetahui apakah itu Ma’al Hijrah… Apakah peristiwa di sebalik Ma’al Hijrah? Ada yang cakap…” Hari Nabi di bawa ke Masjidil Aqsa dengan Buraq la…” haha..yakin jer ko. itu namanya peristiwa Israk !! Bukannya Ma’al Hijrah. Ada yang cakap… ” Hari Nabi di bawa ke langit ke tujuh, lalu di beri tanggungjawab untuk solat 5 waktu kepada dirinya dan umatnya..” haha..ini pun pandai kelentong gak. Sebenarnya, itu adalah Mikraj…tak sama ngan Ma’al Hijrah.Itulah realiti masyarakat Islam sekarang ni, tidak mengambil endah tentang sambutan hari kebesaran Islam sendiri.
Bersempena dengan sambutan Ma’al Hijrah ini, marilah kita semua sedar dan membaiki diri sendiri untuk menjadi lebih baik. Hijrah Nabi S.A.W dar Mekah ke Madinah membawa kebaikan, simbol perjuangan dan bermulanya sinar Islam menyinari alam. Jadikanlah dari kita lebih baik dari sebelumya…
Telah berkata Saidina Ali Karramallahu Wajhahu (Dimuliakan Allah wajahnya kerana tidak pernah menyembah berhala selain Allah) semoga Allah meredhainya dalam kata-kata hikmahnya:
“Seandainya hari ini bagimu lebih baik dari semalam, maka BERUNTUNGLAH. Seandainya masih sama seperti semalam, maka SIA-SIALAH. Seandainya lebih teruk dari semalam, maka CELAKALAH ke atasmu”.
Sebelum saya menghabiskan post ini, teringat pula lagu nasyid Ma’al Hijrah. Kalau masa kecik2 dulu, memang selalu menyanyi lagu ni..hehe.






dasyat masyarakat islam skrg kan??? sampai nape cuti ari nie pun xtau…
itu la untungnye duduk dgn family yg masih kuat agama, dari pukul 5ptg lg dah pesan suruh blk awal baca doa akhir tahun…. hihi..
thn lepas dkt poli, so rasa lain je xleh baca doa ramai2… hehe(jarang ke masjid) so sorang2 je la dkt bilik… tp bila dkt rumah bleh baca sekeluarga, walaupun keluarga kecik jer…. so buat semua, hargai family, n cuba la jd parents yg didik anak2 arah agama sama… jgn pk dunia jer…
selamat tahun baru, semoga mendapat keberkatan n rezeki yg banyak dan halal..
Umm…camtu la masyarakat islam skang ni.Huhu.. menyedihkan. Oo, bagus la Pieca ni erk, sempat plak baca doa akhir tahun n awal tahun… Hope, bukan setakat baca doa, tp amalkan dan perbaiki diri juga… Ini nasihat untuk sy sendiri juga..
Selamat Ma’al Hijrah..
makin lama makin tua jadinya… perbaharui azam yang tersedia tercatat dalam diari dan teruskan berusaha berhijrah ke arah yang lebih baik dari hari2 yang sbelumnya…