Selamat Menyambut Tahun Baru 1430H/2009M +

Posted by Din Beramboi 31 December, 2008

Salam…

Kepada semua umat Islam, selamat menyambut Maal Hijrah dan semoga pada tahun baru ini, rezeki akan bertambah-tambah dan kejayaan mengiringi perjalanan kita. Pada tahun ni, sambutan Maal Hijrah (Tahun baru Islam, 1430H) dan sambutan tahun baru Orang Putih (2009M) hampir sama, tapi sambutannya berbeza. Bila mengenangkannya…aku sedih.

Cuba compare…pada hari Isnin lepas tentu ramai yang masih tak tahu ‘cuti apa hari ni ya?’..mesti ada yang tertanya-tanya mcm tu bukan? itu realiti. Kalau orang bukan Islam yang tak tahu, aku tak kisah…kalau orang Islam pun tak tahu, sangat-sangat sedih la. :( Moga2 lepas ni kita semua alert dengan sambutan hari kebesaran kita sendiri.

maal hijrah

Bila masuk nak masuk tahun baru jer, mesti kita dah cek balik impian kita dah jd kenyataan ke belum bukan? Mcm mana dengan korang? dah tercapai impian tahun 2008? Kalau aku, rasanya blum tercapai sepenuhnya. Nampak gayanya kena forward ke tahun 2009 la. huhu.

Tahun 2009 pastinya makin berat tugas aku untuk mencapai semua impian yang aku nak. Tapi aku yakin, aku mampu !  Apa impian aku? hehe..nanti aku tulis bila aku update kembali post ni.

Impian korang apa pulak? Boleh share tak di bahagian komen?

Akhirnya, semoga tahun baru ini akan membawa lebih kejayaan, keinsafan, kemurahan hati, dan tahun yang membawa permulaan sinar kejayaan.

sambutan tahun baru

p/s - Teringat masa kat kolej dulu…kalau malam2 sambutan hari merdeka atau tahun baru, aku ada join MAIWP ada buat operasi. hehe.

p/ss - Malam ni berdentum bunga api yang berwarna warni. Di palestin juga ada dentuman, tetapi dentuman yang disusuli dengan tangisan…anak-anak menjadi yatim, ibu-ibu menjadi janda, bapa-bapa menjadi syuhada.

Random Posts

Categories : Sembang-sembang Tags : , ,

Jika anda berminat untuk mempelajari tentang Perniagaan Internet secara PERCUMA, sila isikan borang di bawah dan klik "Saya Mahu Belajar Percuma Perniagaan Internet"...
Name:
Email:
 
Comments
January 1, 2009

apa agaknya azam baru encik din tu?? huhu…teringin nak tau. insya Allah semoga dimudahkan urusan untuk capai impian. kita berusaha sbg sbb u berjaya, tapi hati kita mesti dilepaskan pada Allah.. Chayo2x!!!

Posted by bidadari_polymer
January 1, 2009
apa agaknya azam baru encik din tu?? huhu…teringin nak tau. insya Allah semoga dimudahkan urusan untuk capai impian. kita berusaha sbg sbb u berjaya, tapi hati kita mesti dilepaskan pada Allah.. Chayo2x!!!

Insya-Allah…sama2 kita berpesan dgn keimanan dan kesabaran..hehe.

Posted by Din Beramboi
January 2, 2009

selamat tahun baru bro Din Beramboi!!! :D

Posted by spatt
January 2, 2009
selamat tahun baru bro Din Beramboi!!!

Tq Spatt…slmt tahun baru jgk.. :D

Posted by Din Beramboi
Leave a comment

(required)

(required)