Selamat ulang tahun pertama pada blog ni…
Salam…
Harap korang semua sihat sejahtera…kejap lagi dah nak subuh. Aku belum tidur lagi. Bila teringatkan nostalgia dan kenangan blogger dulu-dulu, seronok juga.
Aku berblogging takde la lama sangat pun…baru dua tahun lebih. Start dengan blog percuma Blogspot (www.din-beramboi.blogspot.com) dan wordpress (www.syeikh.wordpress.com) pada tahun 2006. Dan aku masih di sini. Masih berblogging… Masa tu blog utama aku adalah www.dinberamboi.com dan aku beli daripada SempoiHosting pada bulan 3, 2007.
Masa tu aku tak tahu pun buat blog…aku mendapatkan service daripada En.Sukeri. Email tawaran daripada En.Sukeri aku masih simpan.

Dalam 3 pilihan tu, aku pilih yang ke-3. Email ini akan aku simpan sampai bila-bila. Inilah permulaan aku sehingga aku boleh menjana pendapatan yang agak lumayan di internet sekarang.
Untuk blog pertama tu, content utama adalah video download…haha. Kononnya nak buat adsense la. Ya, masa tu aku tau buat adsense dengan affiliate jer..tapi affiliate tak pernah dapat pun. hehe..
Dalam 3 bulan saja blog tu aku update. Pastu penat sangat mengupload video ke free hosting, aku berhenti dan membuang kesemua content. Aku tukar kepada music download…jahatkan? Semua benda2 yang ada copyright aku masukkan. Biasa lah masa tu tak tahu apa-apa lagi.
Aku kemudiannya buat satu lagi blog dengan install pada directory ‘blog’, www.dinberamboi.com/blog. Kat sini aku masukkan info-info pasal perniagaan internet. Aku masih kekalkan blog music tersebut, dan pelawat makin bertambah dan bertambah sehinggalah pada satu tarikh yang aku dah lupa, bandwidth dah abis.
Pada 16 /04 /07, aku bertukar kepada hosting Internet-Webhosting yang lebih besar space hosting dan bandwidth. Aku juga pindahkan semua termasuk domain pada tarikh itu juga. Tak lama kemudian, disebabkan pelawat yang semakin bertambah…blog aku exceed bandwidth 3 bulan berturut-turut. Masa tu pelawat ke blog mp3 aku mencecah 7000-8000 pelawat setiap hari dan bandwidth 30,000MB tak mampu nak tampung dah. Aku terpaksa remove blog mp3 di root domain. huhu…demi menyelamatkan blog adsense yang lain.
Aku meneruskan blogging seperti biasa memberi info perniagaan internet. Kekadang copy dan ubah2 daripada blog orang lain jer. haha..Kemudian, aku berhenti blogging seketika sebab nak tumpu pada adsense . Aku remove jugak blog www.dinberamboi.com/blog ... Masa tu sedih jugak sebab aku lupa back up, content semua hilang.
Kemudian, aku blogging balik. Aku buat subdomain plak seperti yang ada sekarang lah… www.blog.dinberamboi.com dan aku bina blog baru ni pada 14 Nov 2007. Dah TEPAT 1 tahun blog ni rupanya..hehe. Korang boleh baca post pertama aku di sini.






Tahniah dan syabas di atas ulang tahun blog pertama Cik Din.
Semuga lebih dan terus success selalu…
satu tahun bukan masa yang panjang bukan juga masa yang pendek ,apa yang saya nak berikan tahniah ke bro bukan saja masih berblog tetapi makin bertambah semangat + bertambah pakar dan yang penting aku tetap setia ke blog ini ,apa yang saya nak katakan tahniah dan juga tahniah ..terus berjuang bro
Tahniah dan selamat ulangtahun yg pertama pd blog ni.
rasanya ini blog yg sempoi dan menarik. ia bersahaja tapi penuh pengisian. sebagai org baru dlm blogging dan cuba2 nak cari pengalaman cari duit di internet, ia memang menarik.
teruskan usaha bro.
Tahniah dan selamat ulangtahun pertama untuk blog ni. Setahun sudah berlalu dan banyak kejayaan yang Din dah capai. Sudah merasa turun dan naik, sekarang ni dah semakin gempak dengan MLM antarabangsa pula, jadi antara world top leader lagi. Tahniah dan tahniah, semoga kejayaan yang lebih besar akan dikecapi nanti. Terima kasih juga kerana masih terus mengingati saya.
Assalamualaykum.. Selamat ulang tahun pertama pada blog saudara. Menarik juga blog saudara. Saya ingat nak buat blog mcm saudara tapi tak cukup bajet lagi. So saya guna blogger atau blogspot sebab ianya ringkas. Saya pun nak org lawat blog saya da beli produk dari link affiliate saya. Saya ada beli produk saudara baru-baru ni iaitu Pro Affiliate. Bagus juga isinya tapi saya masih belum dapat incomenya lagi sebab kurang faham. terima kasih kerana memberi panduan yg bagus untuk newbies seperti saya.
Saya tidak akan melupakan Dinberamboi kerana dialah orang yang banyak membantu membangunkan blog saya. Saya memang pengunjung setia blog Din. Tahniah kerana Din sudah mencapai kejayaan sebagai IM. Semoga Din akan terus maju.
all the best din! Jangan spam lg aa..
Selamat ulangtahun din, cepat betul ko belajar untuk sukses ye.
Congratulation on your 1st anniversary.kalau dah kaya raya nanti jangan sombong diri pulak.Terima kasih kerana membantu saya memahami online business dgn lebih baik
“Happy Anniversary “
hahhaa..power lah din..dlm masa stahun je ko dah berjaya..good work man…ehem2..bila nak jd sifu aku lak ni?haha..sudi ke jd sifu aku lps spm nnt?hahhaa
Selamat ulang tahun bos.
COngrats Bro, dah far ahead ni
ops, nama ku tersemat dalam entri pertama blog ini..haha..macam tak percaya gamaknye
Tahniah dan ‘Selamat Ulangtahun’. Semoga bertambah-tambah lagi mendapat kejayaan….kisah kejayaan din membakar semangat saya untuk terus berusaha. Good job!
Selamat Ulangtahun Din Beramboi.com Moga terus berjaya dalam bidang yang ko ceburi
Din Beramboi dah jadi salah satu ‘brand’ dalam arena IM kat Malaysia ni. Contoh macam ni lah yang sepatutnya jadi ikutan, iaitu berusaha untuk jadikan diri sendiri sebagai satu jenama dalam pasaran. Tahniah Din.
Hehehe…terima kasih la pada semua yang wish..moga kita sama2 berjaya. Kejayaan saya takde la besar sangat dibandingkan dengan kejayaan otai2 yg lain..cuma kejayaan utk terus berblogging tu ada la..hehe.
Mana kwn2 kita yg selalu bersama dulu ya DikMal? Huhu..PrinceQ, AliCyber, JimieRay, KTom, dan byk lagi…mana diorg ya? huhu..
hmmmm..hilang di balik tugas barangkali? ktom dgn tugasnya..jimie dgn bisnesnye…princeQ yg rehat sebentar katenye?
sy masih ade
kekal ber-blogger
ooo… tahniah din atas ulang tahun pertama blog…semoga terus sukses didalam biz internet dan tahniah juga kerana berjaya sebagai top leader kat veemma
Salam Din,
Apa khabar? thanks for the email.. i need to learn more from you.. Saya memang dah lama buat biz sendiri lepas grad ukm, tapi perniaagaan internet masih belum berjaya lagi nampaknya.. kalau sudi, boleh la kasi tunjuk ajar..
Salam Din,
Thanks for the email.. i need to learn more from you lah.. saya dah lama buat biz sendiri lepas grad dari ukm, tapi tak pernah berjaya lagi dalam perniagaan internet… kalau sudi, boleh lah beri tunjuk ajar yer..
anyway.. happy anniversary for your success…
p/s: comment atas tu salah sikit, sorry..
lambat baca blog din, sorry… anyway happy anniversary…
moga lebih berjaya di masa depan…
din tahu siapa saya heheheh….
Terima kasih kerana sudi membimbing saya yang tidak pandai kat internet niee….
Salam Ukhwah dan ucapan Selamat Hari Ulang Tahun pada Blog Sifu Din Bramboi semoga suksezz..kk salam dari kami
Dengan iringan doa semoga Din Bramboi berjaya dan terus berjaya. Kalau boleh bantulah saya walau dengan apa cara sekalipun. Kerana saya,isteri dan anak2 dalam kesusahan yang amat sangat.
tahniah..happy birthday to this blog =)
Hehe..lama tak datang sini ya..
Ermmm..mcm mana boleh saya bantu ni? Alahai…kesian lak saya baca. Serius..
tahniah2..
saye pun baru2 belajar blogging ni.. sedang menterekan diri. hehe,.. dalam proses nak beli domain, tapi xde duit.. huhu, maklumlah baru jer abes semester..
biasa menjengah je, xsmpat nk drop pape comment.. good luck ea
Wah panjang gak citer cik din sebelum bermula dalam dunia internet nih. Bertambah semangat sy nak jadi mcm cik din malah lebih baik lagi…boleh?…
anyway tahniah…