Nasihat Dari Sifu: Pelbagaikan Sumber Pendapatan
Assalamualaikum dan salam sejahtera…
Ok, pada kali ini nak sentuh sikit tentang bagaimana kita nak menjadi jutawan..hoho. Kalau tak jutawan, puluh ribuwan atau belas ribuwan pun jadilah.. Betul ke bahasa melayu tu?
Salah satu cara untuk mendapatkan duit dengan banyak tak kira perniagaan online atau offline, kita perlu pelbagaikan sumber pendapatan.

Kalau perniagaan offline, mungkin kita boleh katakan membuka lebih banyak cawangan. Sama juga dengan perniagaan online, buka lebih banyak cawangan. Cawangan di sini tidak bermaksud hanya produk yang sama tetapi market yang berbeza, tetapi boleh juga produk yang berlainan tetapi market yang sama. Ada paham kaaa..
Aku dan kamu sebagai Usahawan Internet, tidak boleh bergantung hanya pada satu market atau hanya pada satu produk. Tetapi bagi newbie, post ini tidak sesuai untuk anda. Seorang newbie terlebih dahulu perlu fokus kepada satu jenis market atau satu jenis produk sahaja dahulu. Bila dah tahu cara-cara marketing dan menjadi otai, bolehlah mula untuk membuka cawangan isteri perniagaan yang lain..hoho.
Isteri perniagaan yang banyak akan membantu kita memuaskan nafsu mencapai kebebasan kewangan. Hehe..meniru gaya penulisan Labanon pulak..sorry aa Labanon.
Bayangkan anda mempunyai 5 jenis perniagaan internet, dan setiap satunya memberikan anda pendapatan sebanyak RM10,000 sebulan. Bukahkah pendapatan anda kini RM50,000 sebulan?
Dalam perniagaan, semua kemungkinan dan risiko kita perlu tahu dan perlu bersedia untuk hadapi. Contohnya, jika anda hanya melakukan Google Adsense, dan menjana pendapatan RM1000 sebulan, tiba-tiba akaun adsense anda di banned…anda telah terputus income serta merta. Jadi, perlu banyakkan sumber pendapatan dan jangan hanya bergantung hanya pada satu pihak.
Model perniagaan aku dan partner aku, Kento jalankan:
1. Bisness prepaid
2. Google Adsense
3. Affiliate Marketing
4. MLM Internet
5. Design Grafik
6. Produk Fizikal di Internet
7. Produk Fizikal secara Offline
8. Service membina blog, membuat website jualan, script installation.
9. Jualan Produk Digital sendiri
Penat woo~~
Jika anda baru bermula, mungkin boleh pilih salah satu model perniagaan di atas. Terbaru, laman web Bisness Prepaid kumpulan aku iaitu Mastereload.Biz dah pun kena tutup disebabkan admin web kena banned oleh pengurusan syarikat. Jadi, aku rasa bulan ni pendapatan melalui prepaid akan menjunam jatuh. Nasib baik bukan bergantung hanya pada satu perniagaan internet bukan?
p/s - Ini adalah nasihat sifu aku di dalam emailnya beberapa hari lepas. Thanks a lot.




