Buat Duit Percuma: Akan Di Lancarkan !!!

Posted by Din Beramboi 10 July, 2008 (28) Comment

p/s- Ebook versi PERCUMA ini akan dilancarkan pada 13/07/08. Sesiapa pun boleh buat duit dengan ebook ini.

p/ss - Peraduan EURO 2008 akan tamat pada pada malam ini, pukul 12 pm.  Bagi masa untuk aku kira komen2 korang…yang pendek sgt dan takde maksud, aku akan abaikan seperti. “muahahaha…” , “yer ke?” dan sewaktu dengannya. Yang lucah juga akan diabaikan..Sorry aaa.

Categories : Affiliate Marketing, Tips Perniagaan Internet Tags : ,

Untuk Berjaya Mesti Ada Tekanan !

Posted by Din Beramboi 8 July, 2008 (26) Comment

Aku rasa tak semua orang akan setuju dengan tajuk aku kat atas tu..hehe. tTkpe, aku tak suruh korang bersetuju pun. Masing-masing ada motto dan cara untuk capai kejayaan. Dan aku…ini merupakan satu cara bagi aku untuk mempercepatkan proses mencapai kejayaan.

Tekanan yang aku maksudkan bukanlah tekanan yang melampau sehingga boleh membunuh diri. Apa yang aku maksudkan di sini adalah, tekanan yang mendorong kita bekerja lebih kuat, sentiasa bersemangat, sentiasa bermotivasi, sentiasa maju ke hadapan dan sentiasa mahukan yang terbaik.

Hidup tanpa tekanan umpama hidup tanpa matlamat. Hidup tanpa matlamat umpama hidup tanpa arah tujuan. Apabila tiada matlamat, kita akan sentiasa hidup dalam zon selesa. kalau ada selipar buruk..”cukuplah..”, kalau ada rumah buruk..”cukuplah..” kalau ada kereta bruruk..”cukuplah..” kalau ada 1 isteri..”cukuplah..” hoho..

Aku bukan mahu bawa korang berfikir material, tetapi hidup lebih selesa adalah dituntut.

Mari kita belajar konsep tekanan. Wah, masuk subjek fizik la plak hari ni. huhu.. Aku ni budak matrikulasi sains hayat, tapi masih ingat sket2 sebab dulu masa sekolah menengah ada belajar benda ni. Hehe… Lagipun ni benda basic fizik jer.

Tekanan adalah, jumlah daya yang bertindak ke atas luas sesuatu permukaan. Semakin kecil luas permukaan yang disentuh daya, semakin besar tekanan yang diberikan. Semakin besar daya di kenakan, semakin tinggi tekanan.

P = F/A

P = tekanan

F = Daya

A = Luas Permukaan

Jadi, aplikasikan konsep tekanan untuk berjaya. Kita umpama sebuah paku picit yang kecil atau jarum yang tajam. Semakin besar daya diberikan, semakin cepat dan mudah paku picit menembusi tapak kaki siapa -siapa yang tak pakai selipar. hehe…begitu juga kita, semakin tekanan diberikan, semakin mudah mencapai kejayaan.

Dengan adanya tekanan, kita akan selalu mengingati tujuan kita. Tekanan boleh di bahagikan kepada pelbagai bentuk. Kalau kita sebagai hamba Allah, kita sedar yang kita akan kembali suatu hari nanti. Jadi, kita selalu beringat dan menambahkan bekal. kalau kita seorang student, tekanannya adalah untuk tak menghampakan harapan ibu-bapa. Kalau kita seorang yang dah nak abis belajar cam aku ni, tekanannya adalah untuk dapat keje dan membantu ibu bapa serta mencari duit untuk kawen..hohoho.

Dalam perniagaan internet pula, dengan adanya tekanan kita akan cuba sedaya upaya untuk mengatasi pesaing. Sentiasa ingin memperbaiki mutu produk, sentiasa ingin menggembirakan pelanggan, sentiasa ingin mencari peluang..kesimpulannya, sentiasa ingin maju ke hadapan dan bertambah baik.

Korang tengok gambar budak yang sedang kelaparan tu. Kalau dia tak makan, dia akan bertambah lapar. Jadi, walaupun mee itu masin, dia perlu juga makan..itulah tekanan yang membawa  kebaikan.

p/s - Hope takde sape2 yang tersalah anggap maksud tekanan yang aku nak mention kat sini. :D

p/ss - kelebihan orang perempuan yang berkasut tumit tinggi yang tajam mampu menyelamatkan diri semasa di apa-apakan penjenayah dengan “menikam” kaki penjenayah dengan tumit kasutnya. Huhu..

Categories : Tips Perniagaan Internet Tags : , ,

Cara Buat Duit: Saper nak RM10,000 Setiap Bulan?

Posted by Din Beramboi 10 June, 2008 (43) Comment

Hahaha..kalau tanya soklan ni, orang giler pun nak kan? Korang yang tak siuman ni lagi lah nak… Susah ker nak dapat RM10k sebulan? tak susah dan tak mustahil ! Sebab aku pun tak pernah dapat RM10k..hehe.

Mula-mula aku tau orang buat bisness internet dapat RM10k aku tak heran langsung…maklumlah otai-otai yang dikenali ramai semuanya. Lagipun umur pun dah lanjut semuanya…memang tak heran. Tapi bila aku dapat tau sorang baby budak yang baru berumur 17 tahun menjana lebih RM10,000 sebulan, aku terus terkejut beruk… Huhu. Walaupun dia belum akil baligh berumur 18 tahun (semasa mendapat RM10k), aku rasa dah tak sesuai untuk dipanggil budak sebab ketereran dia dah melampaui ke planet Ziku, bak kata Titan. hehe.. Dia lebih layak dipanggil IM muda.

Selepas dia dah menjana pendapatan RM10k, dengan baik hatinya dia ingin berkongsi dengan kita semua macam mana dia berjaya memperoleh pendapatan sebanyak itu. Memang baik hati…kalaulah dia sorok pun, bukannya membawa bencana pada alam semulajadi ini kan? respek sama luu..hehe.

Comelkan budak kat box cover tu…Tapi aku bukanlah nak ceritakan kehansoman dan kecacatan kekacakan budak tu, aku nak ceritakan betapa hansomnya produk ni. Kalau beberapa persoalan seperti ini bermain di fikiran korang, korang sepatutnya di bawa ke tanjung rambutan dapatkan ebook lengkap ini.

  • Bagaimana ingin menghasilkan produk informasi?
  • Bagaimana ingin memasarkan produk berbentuk informasi?
  • Bagaimana ingin mengatasi masalah semasa melancarkan produk tersebut?
  • Bagaimana proses penjualan produk informasi berlaku?
  • Macam mana kalau orang beli tapi tak puas hati dengan produk kita?
  • Bagaimana ingin menangani pembaca yang ingin menjatuhkan kita?
  • Bagaimanakah ingin menggandakan jualan?
  • Bagaimana ingin bekerjasama dengan sifu perniagaan internet?
  • Bagaimana ingin memberikan keuntungan berterusan melalui perniagaan ini?
  • Bagaimana proses melancarkan sesuatu produk?
  • Dan banyak lagi “bagaimana…..” yang akan di ceritakan di dalam ebook ini.

    Bagi mereka yang ingin serius dalam perniagaan internet, ebook ini sangatlah berguna untuk mereka (termasuklah aku jugak…) . So, sementara Labanon memberikan harga promosi dalam beberapa hari ini, jangan lepaskan peluang untuk mendapatkannya.

    Kalau korang membeli melalui link di atas, aku akan hadiahkan beberapa bonus hebat bernilai lebih USD250. Boleh lihat di sini apakah bonus yang akan korang dapat. Klik di sini untuk melihat BONUS…

    Walaupun bonus itu adalah untuk Pakej Jana Wang Adsense, korang juga boleh dapatkan bonus tersebut dengan pembelian ebook Rahsia10K ini. Kalau korang sememangnya pembeli ebook Jana Wang Adsense dan dah dapat bonus Jana Wang Adsense dari aku, aku akan berikan bonus lain yang bernilai sama.

    Aku tak boleh beri jaminan berapa hari harga promosi ini dapat bertahan. Kalau taknak melepaskan peluang keemasan ini, rebutlah peluang sekarang ok.

    Thanks Labanon kerana berkongsi pengalaman dan cara membuat duit melalui Rahsia10K ini yang jarang didedahkan oleh sesiapa. Thanks again.

    Categories : Produk Blogger, Tips Perniagaan Internet Tags : , ,

    Ebook Percuma: Cara Jimat Minyak

    Posted by Din Beramboi 9 June, 2008 (14) Comment

    Huhu…aku baru jer balik dari melepak blog blogger-blogger yang lain. Sumer citer pasal minyak naik…Ramai yang cakap nape naik? naik bape? bape lama naik? apa effect naik? hurmm..tapi jarang yang memperkatakan how to solve this problem. Lastly, aku melepak plak kat satu forum, jumpa satu artikel yang di tulis oleh Chokilala, sorang cewek cantik…Post tentang cane nak atasi kesan kenaikan harga minyak.

    Dia post dalam bahasa omputih..Aku rasa korang takde masalah nak paham kan. Lain la kalau dia tulis dalam bahasa Cina, confirm korang tak paham.. Tapi untuk memudahkan korang lebih paham, aku ada buatkan satu ebook simple yang cuma beberapa helai muka surat jer, dalam Bahasa Melayu pasal cara nak jimat minyak. Lepas korang baca dan amalkan, korang boleh jimat minyak sehingga 28%.

    Nak ebook PERCUMA tu? download kat sini

    ===========================================

    Bagi korang yang nampak peluang, kenaikan harga minyak ni jugak sebenarnya boleh buat duit. Rata-rata orang tengah cari produk yang boleh menjimatkan penggunaan minyak. Kalau sebelum ni korang masukkan 25 liter membolehkan korang bergerak sejauh 300km, best tak kalau korang masukkan nilai yang sama, tapi boleh pergi sejauh 350km?

    Produk mcm ni memang ramai orang cari…so, ambik peluang. Aku pernah jual pil penjimat minyak pada tahun lepas dan memang mendapat permintaan yang hangat.

    Bagi kepala adsense plak, tentunya keyword “fuel saver” tengah hot sekarang kan? So, boleh gunakan keyword tu untuk mendapatkan traffik kerana orang di seluruh dunia sekarang sedang cari cara penjimatan minyak. Gunakan peluang yang ada ni sebaik mungkin. Orang lain tengah pening kepala dan bengang, korang plak tersenyum girang..hehe.

    =================================================

    p/s - Hari ni, buat penghantaran jersey ke Indonesia dan Melaka.

    Sandy Prayudi - Jakarta

    Marina Jamain - Melaka

    Jika korang nak jersey euro dan club, jangan lupa tempah ngan aku..hehe. tempah kat sini: www.cheapest-jersey.com . Penghantaran ke alamat rumah korang hanya dua hari menggunakan pos laju. Kalau nak yang pree, join ajer contest kat bawah tu..hehe. Tapi belum tentu dapat la…Ramai orang tengah nak tu. Hee.

    p/ss - Ok, sebelum aku chow, sekali lagi nak bagi korang sebuah ebook PERCUMA cara jimat minyak. Download kat sini.

    Categories : Ebook Percuma, Perniagaan Offline, Tips Perniagaan Internet Tags : , , ,