Perkhidmatan Terbaru: Jual Hosting dan Domain

Posted by Din Beramboi 27 December, 2008 (8) Comment

domain murah dan hosting murah

Salam….

Kalau ada antara pembaca blog ini masih tercari-cari sebuah hosting dan domain dengan harga murah, aku ada tawarkan. Beberapa pakej yang menarik (hosting murah) untuk korang:

Bronze Pakej

- Hosting 2000MB

- Bandwidth 50,000MB

- Add on domain : 5

- Subdomain: Unlimited

- park domain : 1

- Ada fantastico

- Uptime server : 99.99 %

- Harga RM50 sahaja

Gold Pakej

- Hosting 5000MB

- Bandwidth 100,000MB

- Add on domain : 10

- Subdomain: Unlimited

- Park domain : 2

- Ada fantastico

- Uptime server 99.99%

- Harga RM80 sahaja

Ok, itu sahaja pakej daripada aku. Dah lama sebenarnya aku buat service menjual nama domain murah dan hosting murah ni. Dah hampir 3 bulan…tapi aku diam jer tak war-warkan pada semua.Lagipun aku nak test untuk aku punya web sendiri dulu. Bila dah betul-betul ok, baru aku announce.. :D

Sejak aku menggunakan hosting  ini, takde apa-apa masalah pada server. Dah banyak blog yang berjaya aku setup daripada hosting ini antaranya:

www.bisnessvemma.com

www.bisnesvemma.com

www.damrongempire.com

www.vemmabulletin.com

www.infovemma.com

www.impianminda.com

www.hidayatjati.com

www.vemmasammass.com

dan banyak lagi…aku pun dah lupa. huk2… Ada antara link di atas ni dah setup, ada juga yang belum.

Kalau korang perhatikan, ianya banyak digunakan oleh ahli Vemma bukan? sebenarnya ianya terbuka kepada umum samada nak buat blog atau website apa sekalipun.

Kalau berminat untuk menempah atau ada apa-apa persoalan berkenaan hosting murah dan domain murah ini, boleh menghubungi melalui ruangan contact di atas header sana.

p/s - Lupa nak cakap, domain murah RM30 hanya available jika anda menempah bersama dengan mana-mana pakej hosting di atas. Jika hanya ingin membeli domain sahaja, 1 domain name = RM35. Maklumlah sekarang semua dah naik harga la..huhu.

Categories : Domain Murah, Hosting Murah Tags : ,

Terima kasih Vemma dan TheReds

Posted by Din Beramboi 30 November, 2008 (27) Comment

Salam….

Sudah lama aku tidak mengupdate blog ni, mesti korang rindu aku kan? Hahaha..poyonye aku… Maaf sebab lama tak update memandangkan aku busy dengan bini baru bisness baru iaitu Vemma.  Tapi aku tak akan sesekali melupakan bini lama ini blog ini dan akan cuba jugak meluangkan masa berkongsi  tips dan panduan kepada semua. :D

Ok, untuk pengetahuan semua…benda yang sesetengah orang menganggap scam itu telah membayar aku sebanyak RM800 semalam dan cek bernilai USD750 (RM2850) masih dalam perjalanan dari USA. hehe..

Ini adalah income seminggu bersama Vemma (RM800 + RM2850) dan minggu depan aku akan dapat lagi. Aku dah join sebulan dan untuk cek pertama, delay selama 3 seminggu. Kemudian, barulah setiap minggu pendapatan akan dapat secara berturut-turut.

Untuk bulan ini, aku masih mengekalkan kedudukan top 10 dalam Vemma - Vemma Top Leader, tetapi ranking jatuh satu anak tangga. Bulan lepas dapat no 5, tapi bulan ni dapat no 6. Dah semakin ramai pencabar aku sekarang ni. hohoh… Takpe, persaingan yang sihat lebih membantu kita berdiri sendiri.

Terima kasih juga kepada TheReds kerana telah membayar komisyen PPL MRRnya. Hoho…dapat 1st ranking lagi.

thereds

Dan ini adalah bayaran daripada TheReds… Thanks a lot bro.. :D

Categories : Cari Duit Dengan Affiliate, Pembayaran Komisyen Affiliate, VemmaBuilder, buat duit dengan Vemma Tags : , ,

Pandangan Puan Lisa Tentang Vemma

Posted by Din Beramboi 22 November, 2008 (15) Comment

Salam….

Semalam aku dapat satu komen dari pelawat blog ini yang ingin mengetahui update tentang Vemma. Macam ni soalannya:
vemma

Untuk pengetahuan semua, Vemma masih berjalan seperti biasa dan apa2 cerita mengenai Vemma, boleh dapatkan di blog yang satu lagi, khusus untuk Vemma. Boleh lihat di sini. Memang rutin sekarang ni agak busy kerana setiap malam, aku akan online dan membantu ahli-ahli group melalui YM atau Skype.

Baru-baru ini selepas ada orang ‘menghasut’ dengan menyatakan Vemma ia a bad/scam program, aku ada meminta pandangan tentang Vemma dari seorang Pakar IM iaitu Puan Lisa. Beliau seorang yang low profile dan menumpukan pada CJ dan program-program CPM. Kat blog ni, aku akan post hanya 1 shot screen sahaja.

vemma malaysia

Untuk membaca pandangannya sehingga habis, boleh lihat di sini: Blog Vemma

Categories : VemmaBuilder, buat duit dengan Vemma Tags : ,

Duit Affiliate: Pembayaran Komisyen Rahsia Pro Affiliate Full Version

Posted by Din Beramboi 15 November, 2008 (7) Comment

Assalamualaikum dan salam sejahtera…

Kali ini hanya ada info ringkas sahaja tentang pembayaran komisyen untuk Rahsia Pro Affiliate Full Version. Pembayaran ini adalah untuk bulan lepas sehingga hari ini. Tak ramai yang berjaya membuat jualan…semoga anda berusaha lagi.

duit affiliate

Paling banyak mendapat jualan adalah mereka yang berusername Index dan diikuti Mawardee.  Saya telah menghantar email kepada semua tentang pembayaran komisyen ini.

Terima kasih kerana mennjadi affiliate. Ganjaran untuk memenangi RM200 bagi 3 tempat utama iaitu tempat pertama, kedua dan ketiga masih di buka. Jika anda belum mendaftar sebagai affiliate, daftar di sini sekarang: www.rahsia-pro-affiliate.com/rahsia/jvaffiliate

pro affiliate

Categories : Affiliate Marketing Tags : ,

Selamat ulang tahun pertama pada blog ni…

Posted by Din Beramboi 15 November, 2008 (30) Comment

Salam…

Harap korang semua sihat sejahtera…kejap lagi dah nak subuh. Aku belum tidur lagi. Bila teringatkan nostalgia dan kenangan blogger dulu-dulu, seronok juga. :D

Aku berblogging takde la lama sangat pun…baru dua tahun lebih. Start dengan blog percuma Blogspot  (www.din-beramboi.blogspot.com) dan wordpress (www.syeikh.wordpress.com) pada tahun 2006. Dan aku masih di sini. Masih berblogging… Masa tu blog utama aku adalah www.dinberamboi.com dan aku beli daripada SempoiHosting pada bulan 3, 2007.

Masa tu aku tak tahu pun buat blog…aku mendapatkan service daripada En.Sukeri. Email tawaran daripada En.Sukeri aku masih simpan.

blog

Dalam 3 pilihan tu, aku pilih yang ke-3. Email ini akan aku simpan sampai bila-bila. Inilah permulaan aku sehingga aku boleh menjana pendapatan yang agak lumayan di internet sekarang.

Untuk blog pertama tu, content utama adalah video download…haha. Kononnya nak buat adsense la. Ya, masa tu aku tau buat adsense dengan affiliate jer..tapi affiliate tak pernah dapat pun. hehe..

Dalam 3 bulan saja blog tu aku update. Pastu penat sangat mengupload video ke free hosting, aku berhenti dan membuang kesemua content. Aku tukar kepada music download…jahatkan? Semua benda2 yang ada copyright aku masukkan. Biasa lah masa tu tak tahu apa-apa lagi. :D

Aku kemudiannya buat satu lagi blog dengan install pada directory ‘blog’, www.dinberamboi.com/blog. Kat sini aku masukkan info-info pasal perniagaan internet. Aku masih kekalkan blog music tersebut, dan pelawat makin bertambah dan bertambah sehinggalah pada satu tarikh yang aku dah lupa, bandwidth dah abis.

Pada 16 /04 /07, aku bertukar kepada hosting Internet-Webhosting yang lebih besar space hosting dan bandwidth. Aku juga pindahkan semua termasuk domain pada tarikh itu juga. Tak lama kemudian, disebabkan pelawat yang semakin bertambah…blog aku exceed bandwidth 3 bulan berturut-turut. Masa tu pelawat ke blog mp3 aku mencecah 7000-8000 pelawat setiap hari dan bandwidth 30,000MB tak mampu nak tampung dah. Aku terpaksa remove blog mp3 di root domain. huhu…demi menyelamatkan blog adsense yang lain.

Aku meneruskan blogging seperti biasa memberi info perniagaan internet.  Kekadang copy dan ubah2 daripada blog orang lain jer. haha..Kemudian, aku berhenti blogging seketika sebab nak tumpu pada adsense . Aku remove jugak blog www.dinberamboi.com/blog ... Masa tu sedih jugak sebab aku lupa back up, content semua hilang.

Kemudian, aku blogging balik. Aku buat subdomain plak seperti yang ada sekarang lah… www.blog.dinberamboi.com dan aku bina blog baru ni pada 14 Nov 2007. Dah TEPAT 1 tahun blog ni rupanya..hehe.  Korang boleh baca post pertama aku di sini.

Categories : Sembang-sembang Tags :