Buat Duit: Team Yang Akan Menggemparkan !!!
Wahahaha..macam gempak jer. Ok, hari ni aku nak umumkan sesuatu yang bagi aku, satu langkah lagi ke hadapan dalam internet biz ini.
Sebenarnya, sejak 3 4 hari lepas aku dah pun menjumpai partner aku. Kami bercadang untuk menubuhkan Team sama juga seperti team-team yang kita dah biasa dengar seperti Team Flarebiz, Team SaifulSham dan sebagainya..Buat permulaan ni, kami masih baru dan tidaklah segempak diorang yang dah berjaya. Saper ye yang akan menjadi partner aku?
Lebih dikenali sebagai Kento di dalam perniagaan internet. Kalau korang tak biasa dengar, aku tak kisah dan aku tak kecik hati sebab mamat ni sememangnya bergerak secara underground. Kepakarannya lebih kepada design untuk customer luar negara dan juga adsense. Dia bergerak aktif di forum-forum seperti DigitalPoint dan forum-forum luar negara untuk mencari mangsa bagi memenuhkan akaun paypalnya dengan duit USD. haha..
Untuk lebih mengenali Kento, aku beri korang dua website utamanya yang ber page rank 4 iaitu InternetGecko dan Zyzyzx Design Studio.
Aku tak mahu bercerita lebh lanjut berkenaan dia. kesimpulan yang aku boleh cakap, dia memang komited dengan perniagaan internet dan mengatakan akan pening kepala bila tak dapat internet dalam masa dua hari. Kalau dah duduk depan PC dia, tak akan berganjak sehingga terabai makan minum dan mandi..hehe. Tapi alhamdulillah, aku tengok tak pernah pula terabai solat..bagus gak mamat ni.
Masih single kerana rutinnya yang busy sampai tak sempat nak cari aweks..hehe. Sorry geng dedahkan identiti ko.. So, kalau saper2 yang berkenan..boleh contact di no 017-9632xxx..hahaha.
Ok, macam mana aku boleh kenal mamat ni dan menjadi JV rasmi?
Sebenarnya aku dah lama kenal mamat ni, sejak aku tinggal di dalam kolej di UM. Seminggu lepas aku baru pindah rumah baru bersama member aku. Masuk jer rumah baru, aku tengok dia tengah mengadap pc…aku try ushar apa yang dia buat. Ingatkan tengok cerita orang dewasa..hehe, rupa-rupanya tengah mendesign. So, korek punya korek barulah aku tau dia dah lama berkecimpung dalam bidang ni tapi secara underground.
Partner sangat penting dalam sesuatu ebiz..Ya, asalkan dia juga mempunyai kesungguhan dan komited, semuanya akan berjalan lancar. Dengan adanya partner, banyak kelebihan yang kita dapat, dan antaranya berkongsi kepakaran. Kalau dia mahir dalam design, aku boleh belajar dengan dia secara PERCUMA. Kalau aku terer bab adsense (belum terer pun), dia plak boleh belajar secara direct.
Kalau nak beli ebook, boleh share..hehe. Ataupun sorang saja yang beli, ebook yang akan datang dia pulak yang beli.
Tapi yang lebih penting, dengan adanya partner semua kerja boleh dilakukan dengan cepat. Dia buat sket, aku buat sket..So, selamat berkenalanlah dengan partner aku nih..hehe. Tapi, kami belum ada idea untuk menamakan Team apa..dalam proses. Dan kami juga belum bercadang untuk menghasilkan sebuah blog yang di share seperti team-team yang lain.
p/s - Tanpa partner, perniagaan kita tak lengkap. Umpama sesudah berak, tapi tidak membasuh…hehe.




