DVD Monakas: Pakej Lengkap Panduan Perniagaan Internet + Bonus Hebat

Posted by Din Beramboi 14 August, 2008 (19) Comment

Assalamualaikum dan salam sejahtera…

Untuk makluman anda, proses semakan untuk pembayaran komisyen Pay Per Lead sudahpun siap kami lakukan sejak petang tadi. Tetapi masih ada dua atau tiga orang yang telah melebihi nilai minimum tetapi tidak termasuk dalam senarai semakan disebabkan tiada maklumat lengkap terutamanya maklumat bank. Bagi mereka yang belum update detail akaun, sila berbuat demikian bagi memudahkan kami membuat pembayaran.  Pembayaran komisyen akan dilakukan pada esok hari.

Ok, berbalik kepada post pada kali ini, saya ingin memberitahu anda bahawa Mohd Najib Monakas baru sahaja melancarkan DVD Pakej Lengkap Panduan Perniagaan Internet.

Apa yang best dengan DVD Pakej Lengkap ini? Bagus sangatkah? Hoho..kalau tanya saya, saya berani cakap inilah produk yang paling bagus dan berbaloi pernah saya dapat. Ya, saya sudah mendapatkannya sejak hampir setahun yang lepas…masa tu banyak perkara yang saya tak tahu pasal perniagaan internet. Dengan adanya Panduan Lengkap Perniagaan Internet tersebut, ia banyak membantu saya..boleh dikatakan 80% pengetahuan saya adalah daripada situ.

Kalau dulu, pakej lengkap ini hanya boleh di tonton di internet (ada laman web khusus), sekarang Mohd Najib menerbitkannya dalam versi baru dalam bentuk DVD dan lebih banyak content dan video ditambah.  Kalau dulu, videonya selama 8 jam..sekarang Mohd Najib telah menambah beberapa video lagi sehingga melebihi 11 jam. Banyak kelebihan jika anda mendapatkan dalam bentuk DVD ini. Anda tak perlu menunggu masa loading internet yang panjang, sambungan internet tak ada pun takpe. Anda boleh menonton di mana sahaja.

Apa yang best sangat dengan DVD Pakej Lengkap Panduan Perniagaan Internet ini? Yang  bestnya, anda akan diajar menggunakan video langkah demi langkah. Setiap langkah adalah sangat jelas..siapapun boleh ikut tak kira newbie atau yang dah expert.

Jika anda serius ingin melakukan perniagaan internet, DVD Pakej Lengkap Panduan Perniagaan Internet ini wajib anda miliki. Kenapa? seperti saya katakan tadi..ia adalah panduan terbaik dan lengkap. Apa yang anda nak tahu? Adsense? Membina website? Membina web jualan? Membina shopping site? Belajar affiliate? Membina borang pesanan? Membina borang hubungi? Membina auto responder? Membina grafik? Semuanya ada di dalam Pakej Lengkap ini. Diajar secara details dan menggunakan video.

Jika anda tidak mahu membuang masa dan menghabiskan banyak duit membeli panduan yang entah apa-apa…dapatkan Pakej Lengkap ini. Saya jamin, selepas anda mendapatkan Pakej Lengkap ini, anda tak perlu lagi membeli panduan dan ebook yang lain sepanjang tahun ini. Semuanya sudah dipakejkan lengkap di dalam video-video ini.

Ok, berminat? Dapatkan DVD Pakej Lengkap Panduan Perniagaan Internet menggunakan link di bawah:

dan anda akan diberikan secara PERCUMA ebook dan video Rahsia Penggunaan CMD.EXE bernilai RM50 (kerjasama Dr.CMD, Din Beramboi dan Kento) yang akan dilancarkan pada 20 Ogos nanti. Ya, PERCUMA..bonus ini hanya terhad kepada 20 pembeli terawal DVD Pakej Lengkap ini sahaja.

Ebook dan video Rahsia Penggunaan CMD.EXE adalah yang pertama di Malaysia dan diterbitkan dalam Bahasa Melayu. Anda juga akan mendapat ebook dan video update secara PERCUMA untuk versi-versi yang akan datang. Untuk mengetahui kelebihan dan Rahsia Penggunaan CMD.EXE, boleh lihat di sini.

Dapatkan DVD Pakej Lengkap Panduan Perniagaan Internet di sini: www.monakas.com

Setelah anda membeli DVD Pakej Lengkap Panduan Perniagaan Internet di atas, hubungi saya di alamat email: admin@dinberamboi.com dan nyatakan bukti pembelian anda. Pada 20 Ogos 2008, saya akan berikan link untuk mendownload ebook dan video Rahsia Penggunaan CMD.EXE.

p/s - Secara peribadi, Produk Monakas ini adalah terbaik dalam kategori panduan perniagaan internet dan Jana Wang Adsense adalah terbaik dalam kategori Adsense.

Categories : Produk Blogger, Testimoni Pelanggan, Tips Perniagaan Internet Tags : , , ,

Pay Per Lead: Bagaimana Pembayaran Komisyen Dilakukan…

Posted by Din Beramboi 13 August, 2008 (10) Comment

Assalamualaikum dan salam sejahtera…

Harap semua berada dalam keadaan sihat sejahtera selalu hendaknya. Post pada kali ini hanya ingin menerangkan proses-proses bagaimana pembayaran komisyen pay per lead akan dilakukan.

Tepat pada jam 12 malam nanti, kami akan mula menganalisis semua komisyen affiliate secara manual one by one. Kami hanya akan menganalisis dan membuat pembayaran bagi mereka yang mendapat nilai minimum sehingga 12 malam ini sahaja. Bagi mereka yang mendapat nilai minimum sebelum 15/08/08, kami akan mempertimbangkan untuk membayar insya-Allah.

Semakan secara manual di lakukan kerana ingin memastikan tiada kesilapan pembayaran dilakukan. Kami banyak mengesan berlaku pengulangan IP address iaitu mereka yang menggunakan link yang sama untuk mendownload. Jadi, jangan hairan atau menyalahkan kami jika komisyen yang anda dapat nanti tadak sama seperti sepatutnya.

Tapi jangan bimbang kerana setelah kami membuat pembayaran, kami akan print screen untuk semakan anda. Kami akan hantar file print screen tersebut bersama-sama bukti pembayaran. Pembayaran akan dibuat secepat mungkin samada 15 atau 16 Ogos 2008. Berikan masa dua hari kepada kami untuk menyelesaikannya.

Semasa kami membuat semakan, kami akan reset komisyen anda di bahagian panel kepada RM0.00 semula dan anda boleh mengumpul kembali komisyen seperti sediakala. So, jangan terkejut jika anda lihat komisyen anda menjadi RM0.00 kerana kami sedang membuat semakan.

Bagi yang belum mengupdate no akaun bank, harap dapat berbuat demikian secepat mungkin. Jika no akaun tidak lengkap, kami akan menangguhkan pembayaran komisyen anda kepada bulan hadapan. Bagi mereka yang tidak mahu menerima komisyen lagi pada bulan ini walaupun telah mencapai nilai minimum, boleh menghubungi kami untuk mengecualikan pembayaran komisyen anda. Komisyen anda akan terkumpul sehingga bulan depan.

Ok, ini sahaja info untuk kali ini. Diharapkan anda terus mempromosikan pay per lead ini sehingga 31 Ogos nanti.

Categories : Affiliate Marketing, Cari Duit Dengan Affiliate, Pay Per lead Tags : ,

Rahsia Pro Affiliate : Berita Gembira Untuk Anda…

Posted by Din Beramboi 10 August, 2008 (36) Comment

Assalamualaikum dan salam sejahtera…

Pertamanya, terima kasih kepada anda semua yang memberikan feedback positif kepada ebook Rahsia Penggunaan CMD.EXE yang akan dilancarkan. Daripada komen yang kami dapat, 99% menunjukkan feedback positif dan rata-rata masih tidak mengetahui penggunaan CMD.EXE. Ada juga 2 atau 3 komen yang spam, sempat kami tangkap di bahagian admin yang mempromosikan program dan produk mereka. Maaflah, kami terpaksa delete komen anda.. :D

Ebook Rahsia Penggunaan CMD akan di lancarkan dalam minggu ini. Harap ia akan membantu kita dalam mempercepatkan kerja, seterusnya menjadikan masa yang terluang itu untuk menjana lebih pendapatan.

Ok, kita tinggalkan dulu Rahsia Penggunaan CMD.EXE sekejap..kami ingin mengumumkan satu berita baik untuk semua. Berita baik itu adalah, program pay per lead Rahsia Pro Affiliate akan dilanjutkan sehingga hujung bulan ini iaitu 31 Ogos 2008 (Hari Kemerdekaan Malaysia ke-51).

Program pay per lead sepatutnya di tutup pada 13 Ogos 2008, tetapi kami telah mengambil keputusan untuk melanjutkannya. Kenapa? kerana kami ingin membuka lebih banyak peluang kepada anda mendapat nilai minimum (RM5). Ya, kami perasan banyak juga antara anda yang hampir mencecah nilai minimum…ada yang dapat RM3, ada yang dapat RM4. So, ini akan merugikan anda kerana kami tidak membayar kepada sesiapa yang dapat bawah nilai minimum.

Jadi, kami harap anda masih berpeluang menggandakan lead dan mencapai nilai minimum pada 31 Ogos nanti. Bagi yang tak dapat nilai minimum juga pada tarikh tersebut, kami tiada pilihan lain lagi. Kami telah berusaha memberikan yang terbaik. Tetapi jangan bimbang, mereka yang tidak mencapai nilai minimum tetap akan mendapat sesuatu yang berharga iaitu hadiah berupa ebook.

Kami ingin menggembirakan anda dan semoga anda berpuas hati. Ini kerana kami tahu, anda mempromosikan pay per lead ini bukanlah ingin mendapat ebook percuma, tetapi ingin DUIT. Betul tak? hehe.. Jadi, kami buka lagi peluang kepada anda. Jangan berputus asa. Anda mampu mencapai nilai minimum itu kalau berusaha kebih kuat.

p/s - Bagi yang belum menyertai pay per lead kami, anda belum terlambat. Klik di sini untuk menyertai dan buat duit RM0.25 bagi setiap pelawat subscribe. :D Pembayaran untuk mereka yang mendapat RM5 ke atas akan dilakukan pada 15 atau 16 Ogos 2008

p/ss - Sehingga kini, program ini mendapat galakan yang memberansangkan dari semua. Terima kasih kepada anda semua yang menjayakannya.

Categories : Affiliate Marketing, Pay Per lead Tags : , ,

Team Smart Brain dirasmikan !

Posted by Din Beramboi 8 August, 2008 (27) Comment

Assalamualaikum dan salam sejahtera…

Hari ini..sempena hari baik, bulan baik..aku ingin mengumumkan mewakili partner aku juga, Kento  bahawa Team Smart Brain ditubuhkan secara rasmi. Hari ini, tanggal 08/08/08 bersamaan 6 Syaaban 1429H. Cantik kan tarikh hari ni..08/08/08..hoho.

Jom kita kenali siapa di sebalik Team Smart Brain..sebelum itu, kami ingin memperkenalkan logo rasmi kami.

Team Smart Brain dianggotai oleh dua orang anak muda..muda lagi ker? :D Seorang dikenali sebagai Din Beramboi dan seorang lagi adalah Kento. Ini adalah nama panggilan kami sahaja di arena perniagaan internet dan  tak ada kaitan dengan sesiapa yang masih hidup atau telah tiada..

Din Beramboi merupakan pelajar final semester dan final year di Universiti Malaya, Kuala Lumpur. Umur 22 tahun dan masih single..hoho. Mula bergiat di dalam perniagaan internet sejak setahun setengah yang lepas. Pada permulaan penglibatan dalam ebiz, tak serius pun..lagipun banyak kerja masa tu kerana merangkap jawatan Pengerusi Balai Islam di kolej kediaman. Banyak join projek kolej dan projek Universiti.

Mula-mula join perniagaan internet, dapat bertahan hanya dua bulan..lepas tu ‘tinggalkan’ hampir 3 bulan kerana melakukan suatu bisness offline. Dia kecundang pada bisness tersebut, kemudian kembali ke arena perniagaan internet setelah menemui rentak yang betul dan bertahan sehingga kini. Pada tahap permulaannya, dia banyak dibantu oleh En.Sukeri dan sehingga kini, En. Sukeri adalah mentornya yang terbaik.. :D

Daripada tak ada apa-apa..sekarang dia sedikit lega dengan pencapaiannya di bidang ini. Boleh dikatakan  hampir setiap hari ada jer duit masuk..hehe. Kalau dulu, nak dapat 1 sen pun susah wooo… Insya-Allah, harap korang semua doakan dia berjaya sokmo.. :D

Kento juga pelajar final semester dan final year di Universiti Malaya, Kuala Lumpur. Dia seorang yang pemalu..selalu tinggal dalam bilik mcm anak dara..hahaha. Sorry bro, just kidding.. :D Mula bergiat dalam perniagaan internet sudah hampir dua tahun. Seorang low profile dan underground. Banyak habiskan masa dan mengumpul duit dari forum dan design..hoho.

Setiap forum, mesti guna nama yang berlainan. Tak perlulah aku bagitau apa nama yang dia guna..hehe. Tak aktif di forum Wang Cyber, tetapi aktif di forum luar negara.Aku dapat RM jer..dia dapat dolar..hoho.

Minatnya kepada perniagaan internet kerana minat kepada teknologi komputer terkini dan selalu menggunakan internet untuk mencari benda-benda yang latest. Kemudian, dia terjumpa satu contest design dan join.. Dengan menggunakan skill terpendam, dia menang contest tu. Mulalah dia fikir internet sememangnya boleh buat duit. hoho.. Lalu berkecimpung dengan penuh minat dan komited. :D itulah sejarah si Kentot..eh, silap..Kento. :D

Bagi yang jumpa kami, boleh dapatkan business kad dari kami. Kalau jauh tu…copy dan ’save image as’ saja lah..huhu.

Business kad ini di design oleh Kento. Terima kasih sebab bagi aku secara percuma..haha.

Harap korang semua boleh menerima kewujudan satu lagi team perniagaan internet di Malaysia dan semoga kami mendapat sokongan semua. Terima kasih. :D

Categories : Sembang-sembang Tags :

Minyak Jaguh Kanda hangat… !

Posted by Din Beramboi 6 August, 2008 (20) Comment

Hoho..sejak dua hari lepas, banyak sangat blogger yang menulis tentang WC Gathering. Nampaknya suasana WC Gathering masih lagi terasa. Aku sebagai salah seorang yang menyertai gathering tersebut sangat berpuas hati. Saper yang tak pergi memang menyesal..hehe.

Ok, kita lupakan dulu kehangatan WC Gathering, kita bercakap tentang kehangatan Minyak Jaguh Kanda pula. Hope semua lelaki dan pompuan boleh gentle bila sebut pasal Minyak Jaguh Kanda. Aku rasa bagi kaum lelaki, memang teruja dengar benda ni. Bagi kaum pompuan pulak, mesti malu-malu kucing..hehe.

Sejak Minyak Jaguh Kanda di rebrand, ianya mendapat sambutan yang agak menggalakkan. Lebih-lebih lagi aku juga turut menyediakan program affiliate untuk Minyak Jaguh Kanda ni.

Ini merupakan komisyen salah seorang agen affiliate yang diperoleh.

Bagi sesiapa yang dah mula berputus asa mempromosikan Minyak Jaguh Kanda, jangan berhenti…teruskan promosi dan lakukan bersungguh-sungguh. Orang lain boleh, takkan kita tak boleh? hehe.. Aku tengok banner promosi dah cukup mantap. hehe..Letakkan saja di blog, mesti ada yang datang dan klik. Yang penting, promosi blog anda dan sentiasa tingkatkan trafik. Itu sahaja rahsianya… :D

Pembayaran komisyen akan dilakukan serentak pada 15 haribulan ini bagi yang mendapat jualan. So, masih ada masa sebanyak 9 hari lagi.

p/s - Tadi aku pos laju 2 botol ke Sabah dan 3 botol di semenanjung..Tadi mendapat pembelian dari Indonesia.

Categories : Affiliate Marketing, Cari Duit Dengan Affiliate Tags : , ,