Cari Duit Dengan Affiliate dan WC Gathering…
Assalamualaikum dan salam sejahtera…
Aku harap korang sihat selalu dan semoga cari duit online semakin memberansangkan… Aku sihat ajer.
Malam ni aku tak ada idea nak menulis..tapi sebelum aku mulakan tugas untuk menyiapkan ebook Rahsia Pro Affiliate full edition yang akan diterbitkan pada pertengahan bulan ini, aku nak bercakap sikit tentang etika dalam cari duit online.
Etika yang aku maksudkan di sini adalah jangan menjadi seperti burung bangau. Korang pernah dengar lagu Bangau Oh Bangau tak? haha..masa kecik2 dulu, aku suka menyanyi lagu ni.
Bangau oh bangau, kenapa engkau kurus..
Macam mana aku tak kurus, ikan tidak timbul..
Ikan oh ikan, kenapa kau tak nak timbul?
Macam mana aku nak timbul, hujan tidak turun..
Hujan oh hujan, kenapa kau tak turun..
Macam mana aku nak turun, katak tak panggil aku..
Korang habiskan lagu tu sendiri..malas aku nak tulis. Aku rasa korang tau kan lagu tu. Siap ada dalam buku teks sekolah lagi tu..hehe.
Kenapa nak kaitkan dengan bangau lak? Kerana bangau suka menyalahkan orang lain. Last-last, semua orang pun terkena. Dalam kaitan cari duit online atau cari duit offline, jangan suka salahkan sesiapa.
“kenapa aku tak berjaya nih…dia la tak nak ajar aku..cis!”
“Ebook ni kurang membantu la..hampeh betul..”
itu antara luahan yang biasa kita dengar. Aku tak mahu memberi komen apa-apa kerana ianya bermula dengan diri kita sendiri. Adakah kita bertindak berdasarkan apa yang kita tahu? Adakah kita mempraktikkan apa yang diajar? Sekali lagi aku nak mention…semuanya datang dari diri kita.
Allah berfirman: “Aku tak akan mengubah nasib setuatu kaum itu melainkan mereka sendiri yang berusaha mengubahnya..”
Nasihat aku kepada diri aku dan semua..bermulalah..bertindaklah. Tanpa bertindak dan mencuba, kita tak tahu potensi diri kita di mana.
=====
Hari ni aku berjaya mendapat komisyen affiliate Rahsia Zango sebanyak RM120. Aku menduduki tempat kedua terbanyak selepas Amirul Faisyal. Ini yang aku copy paste dari blog Alang, tuan punya ebook Rahsia Zango.
Jumlah peserta program affiliate - 35 orang
Jumlah jualan melalui affiliate - 19
Jualan tertinggi oleh Amirul Faisyal - 12
Peserta affiliate paling agresif ialah Din Beramboi kerana beliau daftar satu domain khusus iaitu rahsia-zango.com untuk promosi ebook ini. Beliau juga paling banyak menghantar pelawat ke laman web www.rahsiazango.com.
Aku copy and paste bukan untuk menunjuk-nunjuk..tapi aku harap ia memberi sedikit motivasi dan semangat untuk aku..walaupun dapat takde la dapat ribu riban..
Ini aku promosi hanya dalam masa 7 hari.
======
Lagi satu, ada saper2 yang pergi WC gathering tak pada esok hari? hoho..kalau pergi, nanti kita jumpa di sana..
Ramai otai yang akan hadir termasuklah Jutawan Internet Irfan Khairi, Shuth, Yusri, Syed Ikhwan, Bitol, Team Flarebiz, Alang dan ramai lagi.
Jumpa di sana..
Cari Duit Dengan Affiliate: SEO kan Blog
Hoho..aku telah berjaya SEOkan blog ini dengan keyword cari duit dengan affiliate. Walaupun baru ada dalam 3 post berkenaan cari duit dengan affiliate, aku telah menduduki tangga ke empat untuk keyword cari duit dengan affiliate.

Untuk pengetahuan korang, aku jarang sangat SEOkan blog ni. Yang aku SEOkan selalu hanyalah blog-blog adsense. Dua tiga hari lepas, menggatal lak nak SEO…
Yup, bila bercakap tentang SEO..terus terbayang adsense. Itu aku la. Kalau korang aku tak tahu. Sebenarnya, teknik SEO bukan sahaja sesuai untuk adsense…tapi semua benda. Dan setiap medium berlainan pula cara SEO nya. Blog lain caranya..web jualan lain caranya..website statik lain caranya, affiliate lain caranya..tetapi KONSEP tetap sama !
Untuk keyword cari duit dengan affiliate, ranking blog ni berada di nombor 4 daripada 64,200 pages. keyword cari duit dengan program affiliate pula ranking ke-9 dan ke-10 daripada 42,400 pages..
Keyword cari duit pula masih di pegang oleh NorHafidz yang menerbitkan ebook teknik seo. Boleh ke aku conquer keyword cari duit untuk blog ni? Ebook Teknik SEO tu aku tak beli pun, tapi aku ada cara tersendiri..hehe.
Ok, selamat cari duit dengan perniagaan internet kepada semua. Jangan lupa juga cari duit dengan affiliate, kerana dah ramai otai-otai berjaya mendapat 6 angka sebulan dengan affiliate. Kalau otai luar negara dah ramai…tapi yang aku tahu, otai buat duit dengan affiliate di kalangan orang melayu yang mendapat 6 angka sebulan baru sorang..iaitu Yusri Jom Bincang. Hoho..dasyat !
Cari Duit Dengan Pendapatan Pasif
“Cari duit dengan pendapatan pasif? ada ke…? ” Tanya sorang mamat tu dalam sebuah forum. Nampaknya dia masih tak yakin dan tak faham bagaimana cari duit dengan pendapatan pasif.
Apa yang aku faham, cari duit pendapatan pasif adalah pendapatan yang kita perolehi secara berterusan dengan usaha yang sedikit atau lebih tepat lagi, usaha sekali. Cari duit dengan cara ini banyak caranya samada melalui perniagaan internet atau perniagaan konvensional.
Semalam, kawan aku dari Johor datang KL mempelawa aku cari duit dengan pendapatan pasif ni. Korang tau tak apa idea diorang? Diorang dalam proses ingin membuka beberapa cawangan mesin basuh secara layan diri. Wahaha..bagi aku cari duit dengan cara ini adalah satu idea yang bagus. Ini juga adalah salah satu cara cari duit dengan pendapatan pasif. Customer masuk saja duit RM3, tinggalkan selama 30 minit dan kemudian datang ambil pakaian yang dah kering. Kita pula hanya datang kutip duit pada setiap hari !
Cari duit dengan cara ni banyak digunakan biasanya di asrama universiti, kolej dan sekolah berasmara berasrama. Trend sekarang ni, ada pula mesin jual top up layan diri. Benda yang dah lama sket adalah air tin dalam peti yang masuk syiling tu..hehe. Dah lama tak guna. Sebenarnya, itu semua adalah jenis pendapatan pasif. Letak jer kat mana-mana, kita hanya datang ambil duit tiap-tiap hari..haha. Tak perlu upah pekerja untuk menjual, tak perlu sewa kedai yang besar, tak perlu habiskan masa 8 jam sehari bekerja seperti di pejabat dan masa itu kita boleh gunakan untuk cari duit dengan cara lain pula.
Aku masih berfikir-fikir untuk mencuba perniagaan offline macam ni. Mungkin bulan depan aku akan mula dengan sebuah mesin basuh di appartment tempat aku tinggal ni..hehe. Insya-Allah..lagipun modal tak besar. Sewa mesin basuh termasuk mengupah wirering dan semuanya hanya berjumlah RM230 sebulan.
====
Bagaimana pula dengan cari duit dengan pendapatan pasif di internet? Hoho..banyak juga yang kita boleh buat. Yang jelasnya adalah Google Adsense. Pada masa kita ada banyak masa, luangkan lebih masa untuk membuat Google Adsense. Bila pendapatan sehari dah mencecah USD30, boleh berehat dan bercuti. Yang best buat adsense, kita tidur pun duit masuk..wahaha.
Bagi aku cari duit dengan affiliate juga salah satu cara mendapat pendapatan pasif. Kita tak perlu buat produk, tak perlu upah design. tak perlu menghantar produk dan sebagainya. Hanya promosi, promosi dan promosi…duit masyuk, masyuk dan masyuk..kalau kena caranya.

Apa lagi ya pendapatan pasif? Sebenarnya banyak..apa sahaja perniagaan yang di’automasi’kan, ianya adalah pendapatan pasif. Korang ada cadangan boleh tulis di bahagian komen…:D Aku harap, aku akan berjaya suatu hari nanti menjana pendapatan secara pasif dengan jayanya.
Cari duit dan bisnes kesukaan aku adalah affiliate dan Google Adsense. Aku kurang suka cari duit di forum walau aku tahu caranya. Aku kurang suka design, aku kurang suka produk fizikal, aku kurang suka service…tapi setakat hari ini, semuanya aku tibai..haha.
1 Juta Kawan atau 1 Juta Dolar?
Hoho…persoalan yang bagus untuk usahawan internet. Anda mahu 1 juta kawan atau 1 juta dolar?
Boleh bagi pendapat dan reason kenapa pilih macam tu..





