Sekitar WC Gathering 03 Ogos 2008, Bukit Jalil Golf & Resort

Posted by Din Beramboi 4 August, 2008 (45) Comment

Aku pergi WC Gathering ni dengan menumpang kereta Vios Bitol..seorang pereka grafik yang terkenal. Dia membeli kereta Viosnya hanya dengan duit design…hebat tak? hoho.. :D

Bersama Noorizam Shah, otai Ebay…mak aaii, tingginya otai ni..hehe.

Bersama Hairi, Amirol (Pakej Lengkap) dan Mawardee…yang sorang lagi aku tak ingat lak nama dia..hehe.

Abooin, Kartunis Ubi dan Afzai Afandi… Alamak, tak sempat nak bergambar one by one ngan diorang. Nanti jumpa lagi harap ada peluang tu.. :D Gambar dengan Abooin dan Kartunis Ubi ada, tapi dengan Afzai yang takde..masa tu Afzai tengah amik gambo kitorang..hehe.

Bersama Sabri, Team Saifulsham…student UTP yang berjaya dan antara IM yang terawal mewujudkan blog  IM Bahasa Melayu di Malaysia.

Bersama Jutawan Internet Malaysia..Dr. Irfan Khairi dan Zamri Nanyan, otai MLM internet..

Inilah warga WC yang hadir semalam…ramai gak. Kat mana aku aaa? :D

Yang best dengan WC gathering ni, selain dapat jumpa otai dan jutawan internet, kitorang dapat jugak baju t-shirt WC, handout, beli DVD Monakas dengan harga murah, dan makan mee goreng + meehun goreng + tembikai..hehe.

Ramai lagi otai-otai yang aku tak sempat nak bergambar kenang-kenangan…macam Shuth, Syed, Ikhwan Yusri, Osman Affan, Alang, Kak G dan banyak lagi. Harap kita akan berjumpa lagi. Yang paling aku tak sangka adalah, bila jumpa Catzer..hoho. Identiti ko terdedah jua..selama ni mati2 aku ingat ko spesis macam aku. Tapi spesis lain rupanya..haha. Comel si Catzer nih..org kata available lagi betul ker? ngeh2..

p/s - Aku akan letakkan link kepada mereka setelah mereka update blog masing-masing dgn gambar2 WC Gathering..Terima kasih kepada Shuth kerana program WC Gathering ni berjalan dengan jayanya..

Categories : Sembang-sembang Tags : ,