Cari Duit Dengan Bazaar Ramadhan
Assalamualaikum dan salam sejahtera…
Kejap jer rasanya, kita dah pun berpuasa selama 5 hari. Sket lagi dah nak raye..hehe. Hari ni bersahur agak lewat. Bangun sahur dah pukul 5.30 pagi, sempat makan roti Gardenia Bun Sambal Bilis dua ketul ajer..huhu. Takpe, asalkan sahur… itu dah dapat pahala. Pahala sunnah…
Sekarang ni musim puasa, bagi mereka yang berniaga di Bazaar Ramadhan, tentunya rezeki mereka bertambahi. Macam Saudara Aree, seorang peniaga mihun sup gear box dan juga seorang blogger, dia berjaya mendapat RM500 ke atas setiap hari. Agak lumayan tu. Sebelum2 ni, aku pun biasa berniaga di pasar malam dan keuntungan bersih boleh cecah RM200 sehingga RM300 lebih satu malam. Masa menjual tak lama, bukak gerai pukul 6.45 petang dan tutup pukul 10 mlm. Lebih kurang 3 jam saja…
Berita yang menggembirakan aku pada hari ini, aku dah dapat satu tapak bazaar Ramadhan baru. Tapak ni sangat dekat dengan rumah aku dan selepas Ramadhan, ia akan berterusan di buka sebagai Uptown baru di KL, “Uptown 8″. Sangat mengujakan sebab aku dah lama cari tapak yang sah. Sebelum ni aku main “rambo” jer…redah pasar malam. Mana tapak yang kosong (penjual tak datang berniaga) aku masuk. Malam tadi aku dah bayar tapak dan keahlian sebanyak RM300. Aku dah bebas…hehe.
Tapak ini aku share ngan Kento dan Dr.CMD. So, kitorang akan bergilir-gilir menjaga kedai…maklumlah masih student bai.
Untuk sebulan permulaan ni, kami akan menjual biskut raya dan pakaian raya. Lepas habis puasa dan selepas raya, kami akan bertukar kepada barangan lain pulak. So, kalau korang ada kelapangan boleh la singgah2 kat kedai kami.:D
Berita baik jugak bagi anda yang tinggal di area KL nih dan minat berniaga, masih banyak tapak kosong yang ada dan korang boleh apply sekarang. Kalau blogger ramai berniaga kat sini, best jugak tu..hehe. Sambil2 berniaga, leh share2 ilmu.
Korang ada cadangan tak nak berniaga apa musim2 puasa dan raya ni? Kalau ada idea bagus, harap boleh share kat bahagian komen.
p/s - Berniaga minyak jaguh kanda laku tak? ahaha..
Ebook Rahsia Penggunaan CMD.EXE akan dilancarkan…
Assalamualaikum dan salam sejahtera…
Adakah anda mengalami kekangan masa yang terhad dalam melakukan perniagaan internet? Contohnya ingin membina blog dengan banyak tetapi dalam masa yang singkat, memformat komputer. Juga rename file, delete file, pindah file dan sebagainya dalam jumlah yang banyak sehingga beribu-ribu tentunya mengambil masa yang lama.
Kami ada penyelesaiannya…dah lama kami meneroka penggunaan CMD.EXE dalam menyelesaikan perkara di atas, akhirnya kami berjaya. CMD.EXE ada di mana-mana komputer, tetapi sejauh mana anda menggunakannya? Hoho..ini dia Rahsia Penggunaan CMD.EXE !

Ebook ini dihasilkan oleh Dr.CMD yang akan membongkarkan Rahsia Penggunaan CMD.EXE. Beliau telah mengambil masa selama dua bulan melakukan research dan akhirnya, segala kelebihan CMD.EXE akan dibongkarkan.
Antara kelebihan Penggunaan CMD.EXE :
# Mempercepatkan kerja memindahkan file di komputer anda.
# Mempercepatkan kerja rename file yang banyak di komputer anda.
# Mempercepatkan kerja memindahkan file yang banyak di komputer anda
# Mempercepatkan kerja membina blog dengan cepat termasuk isi kandungan - Sesuai untuk membuat blog adsense dan zangocash.
# Kegunaan hacker untuk hack server
# Membina ‘Virus Ciplak’
# Networking
dan banyak lagi mengikut kretiviti anda…
Ebook ini akan berada di pasaran dalam seminggu dua lagi. Selain daripada ebook, pembeli ebook ini juga akan menerima video tutorial langkah demi langkah bagaimana membina blog adsense dengan cepat, hanya 15 minit termasuk segala isi kandungan yang mencecah berpuluh-puluh halaman.
Sebelum itu, mari kita kenali siapa itu Dr.CMD…
Seorang pelajar tahun akhir di Universiti Malaya, Fakulti Sains dan major Kimia. Seorang yang hebat di dalam pengaturcaraan komputer (programming) dan expert Flash design. So, kalau nak banner berbentuk Flash boleh tempah dengan dia.
Dia adalah kawan baik Din Beramboi dan Kento.Kami tinggal serumah juga bersama beberapa pakar lagi dalam bidang masing-masing
Cari Duit Dengan Affiliate Minyak Jaguh Kanda
Hoho…tak abis-abis cari duit, cari duit, dan cari duit..maafkan aku kalau post aku sedikit mengelirukan. Banyak sangat perkataan cari duit..hehe.
Ok, post pada kali ini aku nak ajak korang semua cari duit dengan program affiliate minyak jaguh kanda. Aku dah lama jual minyak jaguh kanda, tapi baru 3 hari lepas aku melancarkan program affiliate untuk produk ni. Sebelum aku lancarkan program affiliate, memang permintaan amat menggalakkan. Dan setelah aku melancarkan program affiliate, permintaan lagi-lagi menggalakkan..hehe.
Untuk pengetahuan semua, produk ni mendapat permintaan hangat di Malaysia dan aku pernah jual sampai ke Indonesia dan Singapura jugak. Sekarang, orang Timor Leste pun turut berminat..:D

Pertanyaan pelanggan dari Bangi

Pertanyaan pelanggan dari Medan

Pertanyaan pelanggan dari Timor Leste
Baru sahaja 3 hari dilancarkan program affiliate, masalah yang menakutkan dah pun hampir berlaku.

Tapi nasib baik arini dah 30 haribulan. Aku harap sempat bandwidth ni bertahan sampai malam ni. Esok dah bulan baru dan bandwidth di kira dari ‘zero’ balik. Lagipun, hosting ni kecik ajer bandwidthnya..500MB sahaja. hehe..
Ok, kalau korang berminat cari duit dengan program affiliate minyak jaguh kanda, boleh mendaftar sebagai affiliate di sini: www.minyakjaguh.com/register
Ok, aku chow dulu..nak pos minyak jaguh kanda ke Sabah..




