Buat Duit Online: Perjumpaan Sesama Blogger

Posted by Din Beramboi 12 June, 2008 (19) Comment

Assalamulaikum dan salam sejahtera.

Saper antara pembaca blog ni @ para blogger dan sahawan internet yang tinggal kat Kuala Lumpur yea? Kalau korang duk KL tu, mengaku ajer lah…Aku takkan mengapa-apakan korang mahupun adik perempuan korang. Jangan risau ok..

Aku ada satu cadangan..kalaulah korang setuju. Apa kata kita buat Perjumpaan Sesama Blogger @ Usahawan Internet? Macam reunion lah…Aku rasa bestkan..boleh kenal batang hidung dan bertukar-tukar pendapat secara informal dengan otai-otai kita. Yup, tak payah informal macam seminar atau sewaktu dengannya. Cukup saja lepak-lepak di restoren cikai2..saper setuju sila angkat dua kaki. hoho..

Tak payah susah-susah kuar duit, korang bawak badan dan laptop saja kalau ada. Lagi baik kalau setiap bulan kita pilih sorang otai untuk ada bersama. Boleh la mengorek segala rahsia dia..hehe. Kalau nak charge pun takpe..kita kumpul sket sorang, lepas untuk makan minum sudah..hehe.

Benda macam ni dah pun di buat kat Kelantan. Aku tau pun sebab melawat forum JomBincang…Kelantan apa-apa pun memang selalu advance..wahaha. Negeri gue tu. :D Kalau korang setuju, boleh la tulis komen kat bawah dan bagi cadangan macam mana benda ni nak buat. Nak buat kat mana dan sebagainya. Aku ni taktau sangat tempat-tempat kat KL ni.

p/s – Aku serius ni, bukan main2..harapnya menjadi. :D

==================================================
Kalau korang nak Jersey EURO 2008, jangan segan untuk menempahnya dengan aku..hehe. Musim EURO dah masuk pertengahan dah ni. Nanti abis rugi lak… Nak beli online boleh dan nak aku hantar COD pun boleh (KL yang dekat2 ngan aku jer..).

Semalam, pos ke Penang untuk Majistret Mahkamah Munisipal.

jersey euro 2008

Hari ni hantar COD kat KL Sentral sebelum jumaat nanti. :D Ada sorang mamat nih, nak suruh aku aku hantar COD sebab kalau pos, memang tak sampai esok sebab cuti sabtu ahad.

Kalau nak dapat jersey EURO 2008 secara percuma, Klik Sini

Categories : Peraduan Percuma, Produk Blogger, Sembang-sembang Tags :

Ebook Percuma: Cara Jimat Minyak

Posted by Din Beramboi 9 June, 2008 (14) Comment

Huhu…aku baru jer balik dari melepak blog blogger-blogger yang lain. Sumer citer pasal minyak naik…Ramai yang cakap nape naik? naik bape? bape lama naik? apa effect naik? hurmm..tapi jarang yang memperkatakan how to solve this problem. Lastly, aku melepak plak kat satu forum, jumpa satu artikel yang di tulis oleh Chokilala, sorang cewek cantik…Post tentang cane nak atasi kesan kenaikan harga minyak.

Dia post dalam bahasa omputih..Aku rasa korang takde masalah nak paham kan. Lain la kalau dia tulis dalam bahasa Cina, confirm korang tak paham.. Tapi untuk memudahkan korang lebih paham, aku ada buatkan satu ebook simple yang cuma beberapa helai muka surat jer, dalam Bahasa Melayu pasal cara nak jimat minyak. Lepas korang baca dan amalkan, korang boleh jimat minyak sehingga 28%.

Nak ebook PERCUMA tu? download kat sini

===========================================

Bagi korang yang nampak peluang, kenaikan harga minyak ni jugak sebenarnya boleh buat duit. Rata-rata orang tengah cari produk yang boleh menjimatkan penggunaan minyak. Kalau sebelum ni korang masukkan 25 liter membolehkan korang bergerak sejauh 300km, best tak kalau korang masukkan nilai yang sama, tapi boleh pergi sejauh 350km?

Produk mcm ni memang ramai orang cari…so, ambik peluang. Aku pernah jual pil penjimat minyak pada tahun lepas dan memang mendapat permintaan yang hangat.

Bagi kepala adsense plak, tentunya keyword “fuel saver” tengah hot sekarang kan? So, boleh gunakan keyword tu untuk mendapatkan traffik kerana orang di seluruh dunia sekarang sedang cari cara penjimatan minyak. Gunakan peluang yang ada ni sebaik mungkin. Orang lain tengah pening kepala dan bengang, korang plak tersenyum girang..hehe.

=================================================

p/s - Hari ni, buat penghantaran jersey ke Indonesia dan Melaka.

Sandy Prayudi - Jakarta

Marina Jamain - Melaka

Jika korang nak jersey euro dan club, jangan lupa tempah ngan aku..hehe. tempah kat sini: www.cheapest-jersey.com . Penghantaran ke alamat rumah korang hanya dua hari menggunakan pos laju. Kalau nak yang pree, join ajer contest kat bawah tu..hehe. Tapi belum tentu dapat la…Ramai orang tengah nak tu. Hee.

p/ss - Ok, sebelum aku chow, sekali lagi nak bagi korang sebuah ebook PERCUMA cara jimat minyak. Download kat sini.

Categories : Ebook Percuma, Perniagaan Offline, Tips Perniagaan Internet Tags : , , ,

Buat Duit Online: EURO 2008’s Contest Start Now !

Posted by Din Beramboi 8 June, 2008 (173) Comment

Apa citer EURO semalam ? Korang tengok tak? aku tak tengok pun sebab tertido lebih awal. Bangun jer dah pukul 6..huhu. Tapi aku tau la saper menang, saper kalah. Newspaper online kan ada..haha.

Semalam bermulalah EURO 2008 yang ditunggu-tunggu oleh kaki bangku bola seluruh dunia. Kat mana2 orang cakap pasal bola…demam bola beb. Semalam, sorakan bola telah menenggelamkan sorakan demonstrasi kenaikan harga minyak..huhu.

Berbalik pada perniagaan internet dan juga offline, musim bola nih memang boleh buat duit. Bagi otai ebay, masa ni digunakan sebaik mungkin untuk memasarkan barangan ‘berbentuk bola’ seperti keychain euro 2008, jersey euro 2008, beg euro 2008, dan sebagainya. Wow…bagi penggiat adsense plak, tentunya niche atau keyword euro 2008 menjadi pilihan bagi sesetengah orang.

Bagi menghangatkan musim bola ini, aku ada sesuatu untuk korang…iaitu Euro 2008’s Contest. Walaupun contest ni bukanlah berkenaan EURO 2008, tapi aku nak namakan contest ni sebagai EURO 2008’s Contest jugak..tak kira, kalau korang dengki pun aku tak peduli.  Kalau korang nak terajang aku pun, aku akan teranjang  korang balik..hehe. Sebenarnya, pertandingan ini adalah Pertandingan Top Commentor ! Ya, ini adalah versi kedua dari blog aku nih.

Bila contest ni berlangsung? berapa lama dan sampai bila? - tanya sorang pak cik tua di kampung sebelah sambil menggaru-garu kepala.

Ok, contest ini bermula pada hari ini sehingga 10 Julai 2008. Lebih kurang sebulan la..hehe. kejap jer sebulan ni. Pejam celik, pejam celik…dah sebulan.

Apedia syarat-syarat untuk menang? - tanya seorang pelawat blog ini.

1. Untuk menang, dalam masa sebulan ini, korang wajib buat 25 komen kat blog ini.

2. Komen hendaklah bernas, bagus, bermanfaat dan takde unsur lucah, menghasut serta mengajak buat demostrasi sebab kenaikan harga minyak. huhu..

3. Korang hendaklah subcribe blog ni. Pada bahagian sidebar blog ini ada kotak subscribe…sila subscribe supaya info terbaru berkenaan contest ini sampai kepada korang.

4. Pada bahagian comment, jangan spam dengan meletakkan link ke mana-mana blog atau website. Nanti aku delete korang gak yg nyesal..

5. Setiap orang boleh menang 1 hadiah ajer…jangan guna dua username atau proxy. Kalau 2 username, aku leh check IP address korang…kalau proxy tu, aku takleh detect.. korang tanggung la kat akhirat. hehe..

6. Keputusan akan dikeluarkan pada 11 Julai 2008. Bergantung jugak pada tahap kebusyan aku…

7. Ganjaran hadiah adalah berbentuk fizikal dan juga duit. Kalau yang dapat barang fizikal tu, boleh tukarkan kepada nilai duit yang sama waktu dengannya kalau korang mau.

Apedia hadiah yang akan aku dapat kalau aku join? - tanya seorang gadis manis yang sejak dulu lagi minat ngan aku..tapi memendam perasaan..hehe.

1. Tempat pertama - komen terbanyak

Korang akan dapat sehelai jersey EURO 2008 PERCUMA dari aku. Kalau korang beli melalui laman web jualan jersey online aku, harganya RM35. Kalau beli di KL, harganya RM68.

Korang boleh buat pilihan nak jersey apa…Penghantaran PERCUMA ke rumah korang. Kalau nak tukar dengan duit, korang boleh dapat RM35 dari aku…bukan RM68 yea..hehe.

Korang juga akan dapat sebuah ebook yang akan aku lancarkan nanti. PERCUMA berserta 5 video tutorial.. Ebook itu bertajuk, ” Bagaimana Aku Mendapat RM300 Dalam Masa 24 Jam?”.

2. Wang bernilai RM20 dan ebook terbaru aku : ” Bagaimana Aku Mendapat RM300 Dalam Masa 24 Jam?”

3. Tempat ke- 3 hingga ke- 6 , wang bernilai RM5 dan ebook terbaru aku: ” Bagaimana Aku Mendapat RM300 Dalam Masa 24 Jam?”

Pasal ebook terbaru aku tu, aku akan tunjukkan bukti sekali . So, don’t worry about scam or anything else. Ebook ni aku belum tetapkan lagi harganya… dan belum ada di jual secara terbuka. :D

p/s - Kalau korang nak join, aku harap korang boleh tulis review juga di blog korang masing-masing pasal contest ni. Harap lebih ramai yang akan menyertai dan persaingan sihat berlaku..

p/ss - Kalau nak dapatkan jersey EURO 2008 dan tak yakin boleh menang contest ni untuk dapat jersey percuma, korang boleh beli di sini: www.cheapest-jersey.com

Categories : Ebook Percuma, Peraduan Percuma, Tips Perniagaan Internet Tags : , ,