Pay Per Lead: Bagaimana Pembayaran Komisyen Dilakukan…

Posted by Din Beramboi 13 August, 2008 (10) Comment

Assalamualaikum dan salam sejahtera…

Harap semua berada dalam keadaan sihat sejahtera selalu hendaknya. Post pada kali ini hanya ingin menerangkan proses-proses bagaimana pembayaran komisyen pay per lead akan dilakukan.

Tepat pada jam 12 malam nanti, kami akan mula menganalisis semua komisyen affiliate secara manual one by one. Kami hanya akan menganalisis dan membuat pembayaran bagi mereka yang mendapat nilai minimum sehingga 12 malam ini sahaja. Bagi mereka yang mendapat nilai minimum sebelum 15/08/08, kami akan mempertimbangkan untuk membayar insya-Allah.

Semakan secara manual di lakukan kerana ingin memastikan tiada kesilapan pembayaran dilakukan. Kami banyak mengesan berlaku pengulangan IP address iaitu mereka yang menggunakan link yang sama untuk mendownload. Jadi, jangan hairan atau menyalahkan kami jika komisyen yang anda dapat nanti tadak sama seperti sepatutnya.

Tapi jangan bimbang kerana setelah kami membuat pembayaran, kami akan print screen untuk semakan anda. Kami akan hantar file print screen tersebut bersama-sama bukti pembayaran. Pembayaran akan dibuat secepat mungkin samada 15 atau 16 Ogos 2008. Berikan masa dua hari kepada kami untuk menyelesaikannya.

Semasa kami membuat semakan, kami akan reset komisyen anda di bahagian panel kepada RM0.00 semula dan anda boleh mengumpul kembali komisyen seperti sediakala. So, jangan terkejut jika anda lihat komisyen anda menjadi RM0.00 kerana kami sedang membuat semakan.

Bagi yang belum mengupdate no akaun bank, harap dapat berbuat demikian secepat mungkin. Jika no akaun tidak lengkap, kami akan menangguhkan pembayaran komisyen anda kepada bulan hadapan. Bagi mereka yang tidak mahu menerima komisyen lagi pada bulan ini walaupun telah mencapai nilai minimum, boleh menghubungi kami untuk mengecualikan pembayaran komisyen anda. Komisyen anda akan terkumpul sehingga bulan depan.

Ok, ini sahaja info untuk kali ini. Diharapkan anda terus mempromosikan pay per lead ini sehingga 31 Ogos nanti.

Categories : Affiliate Marketing, Cari Duit Dengan Affiliate, Pay Per lead Tags : ,

Rahsia Pro Affiliate : Berita Gembira Untuk Anda…

Posted by Din Beramboi 10 August, 2008 (36) Comment

Assalamualaikum dan salam sejahtera…

Pertamanya, terima kasih kepada anda semua yang memberikan feedback positif kepada ebook Rahsia Penggunaan CMD.EXE yang akan dilancarkan. Daripada komen yang kami dapat, 99% menunjukkan feedback positif dan rata-rata masih tidak mengetahui penggunaan CMD.EXE. Ada juga 2 atau 3 komen yang spam, sempat kami tangkap di bahagian admin yang mempromosikan program dan produk mereka. Maaflah, kami terpaksa delete komen anda.. :D

Ebook Rahsia Penggunaan CMD akan di lancarkan dalam minggu ini. Harap ia akan membantu kita dalam mempercepatkan kerja, seterusnya menjadikan masa yang terluang itu untuk menjana lebih pendapatan.

Ok, kita tinggalkan dulu Rahsia Penggunaan CMD.EXE sekejap..kami ingin mengumumkan satu berita baik untuk semua. Berita baik itu adalah, program pay per lead Rahsia Pro Affiliate akan dilanjutkan sehingga hujung bulan ini iaitu 31 Ogos 2008 (Hari Kemerdekaan Malaysia ke-51).

Program pay per lead sepatutnya di tutup pada 13 Ogos 2008, tetapi kami telah mengambil keputusan untuk melanjutkannya. Kenapa? kerana kami ingin membuka lebih banyak peluang kepada anda mendapat nilai minimum (RM5). Ya, kami perasan banyak juga antara anda yang hampir mencecah nilai minimum…ada yang dapat RM3, ada yang dapat RM4. So, ini akan merugikan anda kerana kami tidak membayar kepada sesiapa yang dapat bawah nilai minimum.

Jadi, kami harap anda masih berpeluang menggandakan lead dan mencapai nilai minimum pada 31 Ogos nanti. Bagi yang tak dapat nilai minimum juga pada tarikh tersebut, kami tiada pilihan lain lagi. Kami telah berusaha memberikan yang terbaik. Tetapi jangan bimbang, mereka yang tidak mencapai nilai minimum tetap akan mendapat sesuatu yang berharga iaitu hadiah berupa ebook.

Kami ingin menggembirakan anda dan semoga anda berpuas hati. Ini kerana kami tahu, anda mempromosikan pay per lead ini bukanlah ingin mendapat ebook percuma, tetapi ingin DUIT. Betul tak? hehe.. Jadi, kami buka lagi peluang kepada anda. Jangan berputus asa. Anda mampu mencapai nilai minimum itu kalau berusaha kebih kuat.

p/s - Bagi yang belum menyertai pay per lead kami, anda belum terlambat. Klik di sini untuk menyertai dan buat duit RM0.25 bagi setiap pelawat subscribe. :D Pembayaran untuk mereka yang mendapat RM5 ke atas akan dilakukan pada 15 atau 16 Ogos 2008

p/ss - Sehingga kini, program ini mendapat galakan yang memberansangkan dari semua. Terima kasih kepada anda semua yang menjayakannya.

Categories : Affiliate Marketing, Pay Per lead Tags : , ,