Vemma: Talk di HQ Vemma

Posted by Din Beramboi 13 November, 2008 (12) Comment

Salam…

Vemma memang hot sekarang ni..kalau korang pergi mana-mana pun akan jumpa pasal Vemma bukan? hehe. Ya, aku sendiri ada usha kat web Malaysiakini pun ada iklan Vemma, Berita Harian Online pun ada, Utusan Online ada, Harakah ada, lelong ada…hahaha. Kadang2 tu sampai 2 atau 3 banner promosi hanya pada satu laman web.

Promosi Vemma pun banyak…orang yang kutuk2 Vemma pun ada gak. Semalam aku ada jumpa satu blog yang kutuk2 pasal Vemma. Takpe, anggap saja diorang belum faham apa itu Vemma. Bak kata orang tua-tua, “Suruh pegi sekolah taknak…pastu dah besar nak menyusahkan mak bapak”. So, sebelum menulis harap anda faham apa itu Vemma. Memang setiap orang mempunyai pandangan yang berbeza, tak dinafikan.. Tetapi sekurang-kurangnya menulislah berdasarkan fakta. :D

Dua hari lepas aku pergi ke HQ Vemma di JayaOne, Petaling Jaya sebab ada Preview Vemma seperti biasa. Dan kali ini aku dijemput untuk memberi talk.

vemma preview

Berdebar-debar jugak masa ni..hehe. Lagipun yang berdiri di kiri dan kanan adalah leader-leader dan orang lama Vemma yang berkot semuanya. Segan. Aku memberi talk pada semua tentang cara-cara promosi berkesan secara online.

Ok, ini sekitar pemandangan di kawasan luar bilik presentation.

vemma product

Ini replika produk Vemma..besar giler. kalau dapat minum yang ni, setahun blom habis..hoho.

vemma preview

Ini bukan restoren ya..haha. Ini tempat perbincangan group selepas selesai Preview Vemma. Nak lepak kat sini sepanjang office hour pun boleh, ada wireless percuma..hehe.

Ok, kalau sesiapa ada kelapangan boleh datang ke HQ Vemma pada setiap selasa, malam rabu. Majlis bermula pada pukul 8.30pm dan tamat pada pukul 10pm. Kejap jer…aku pun ada nanti. Apa2 hal nak datng, contact aku dulu kat sini: 0136298024

Semalam dapat berita gembira daripada Vemma. Dapat lagi USD250… :D

vemma komisyen

Categories : VemmaBuilder Tags : , ,

Cari Duit Dengan Pendapatan Pasif

Posted by Din Beramboi 27 July, 2008 (32) Comment

Cari duit dengan pendapatan pasif? ada ke…? ” Tanya sorang mamat tu dalam sebuah forum. Nampaknya dia masih tak yakin dan tak faham bagaimana cari duit dengan pendapatan pasif.

Apa yang aku faham, cari duit pendapatan pasif adalah pendapatan yang kita perolehi secara berterusan dengan usaha yang sedikit atau lebih tepat lagi, usaha sekali. Cari duit dengan cara ini banyak caranya samada melalui perniagaan internet atau perniagaan konvensional.

Semalam, kawan aku dari Johor datang KL mempelawa aku cari duit dengan pendapatan pasif ni. Korang tau tak apa idea diorang? Diorang dalam proses ingin membuka beberapa cawangan mesin basuh secara layan diri.  Wahaha..bagi aku cari duit dengan cara ini adalah satu idea yang bagus.  Ini juga adalah salah satu cara cari duit dengan pendapatan pasif. Customer masuk saja duit RM3, tinggalkan selama 30 minit dan kemudian datang ambil pakaian yang dah kering. Kita pula hanya datang kutip duit pada setiap hari !

Cari duit dengan cara ni banyak digunakan biasanya di asrama universiti, kolej dan sekolah berasmara berasrama. Trend sekarang ni, ada pula mesin jual top up layan diri. Benda yang dah lama sket adalah air tin dalam peti yang masuk syiling tu..hehe. Dah lama tak guna. Sebenarnya, itu semua adalah jenis pendapatan pasif. Letak jer kat mana-mana, kita hanya datang ambil duit tiap-tiap hari..haha. Tak perlu upah pekerja  untuk menjual, tak perlu sewa kedai yang besar, tak perlu habiskan masa 8 jam sehari bekerja seperti di pejabat dan masa itu kita boleh gunakan untuk cari duit dengan cara lain pula.

Aku masih berfikir-fikir untuk mencuba perniagaan offline macam ni. Mungkin bulan depan aku akan mula dengan sebuah mesin basuh di appartment tempat aku tinggal ni..hehe. Insya-Allah..lagipun modal tak besar. Sewa mesin basuh termasuk mengupah wirering dan semuanya hanya berjumlah RM230 sebulan.

====

Bagaimana pula dengan cari duit dengan pendapatan pasif di internet? Hoho..banyak juga yang kita boleh buat. Yang jelasnya adalah Google Adsense. Pada masa kita ada banyak masa, luangkan lebih masa untuk membuat Google Adsense. Bila pendapatan sehari dah mencecah USD30, boleh berehat dan bercuti. Yang best buat adsense, kita tidur pun duit masuk..wahaha.

Bagi aku cari duit dengan affiliate juga salah satu cara mendapat pendapatan pasif. Kita tak perlu buat produk, tak perlu upah design. tak perlu menghantar produk dan sebagainya. Hanya promosi, promosi dan promosi…duit masyuk, masyuk dan masyuk..kalau kena caranya. :D

Apa lagi ya pendapatan pasif? Sebenarnya banyak..apa sahaja  perniagaan yang di’automasi’kan, ianya adalah pendapatan pasif. Korang ada cadangan boleh tulis di bahagian komen…:D Aku harap, aku akan berjaya suatu hari nanti menjana pendapatan secara pasif dengan jayanya.

Cari duit dan bisnes kesukaan aku adalah affiliate dan Google Adsense. Aku kurang suka cari duit di forum walau aku tahu caranya. Aku kurang suka design, aku kurang suka produk fizikal, aku kurang suka service…tapi setakat hari ini, semuanya aku tibai..haha.

Categories : Tips Perniagaan Internet Tags : , , ,