Servis Terbaru: Tawaran Istimewa Domain Berharga Murah

Posted by Din Beramboi 20 July, 2008 (18) Comment

Assalamualaikum dan salam sejahtera…

Apa khabar korang semua? harap sihat-sihat selalu dan perniagaan internet pun makin mantap. Sekarang ni agak busy sket dan aku tak sempat lak nak update blog ni setiap hari. Selang satu hari pun kira ok la kan..hehe.

Sejak dua menjak ni, orang bising-bising kata harga domain akan dinaikkan bermula bulan Ogos..betul ke haa? Aku tengok kat forum wangcyber pun ada thread bincang pasal ni. So, kalau sesiapa yang belum ada blog berbayar dan bercita-cita nak bina blog berbayar, aku rasa baik korang timbangkan untuk beli sekarang. Bila dah naik, korang kata mahal lak…huhu.

Kalau korang biasa survey harga domain pada waktu sekarang, harga average adalah RM35 hingga RM55. Kalau tak cari betul-betul dan tak survey, memang rugi lah kalau terjumpa web yang jual pada harga RM55 tu. Kalau dah kaya takpe la..hehe. Beza RM35 dengan RM55 tu dah boleh makan KFC dan top up handset tu.

Kalau korang rasa RM35 pun masih mahal, aku ada solution untuk korang. Siapa-siapa yang nak beli domain berbayar, sekarang boleh tempah dengan aku pada harga hanya RM29. Yup, RM29 sahaja ! Website untuk jualan domain masih dalam pembinaan. Jadi, siapa-siapa yang nak domain tu, boleh YM saja aku menggunakan ID: syeikh_myfren

Buat masa ini, aku dan Kento hanya bercadang menjual domain. Mungkin lepas ni akan mempertimbangkan untk menjual hosting pulak. Esok pagi Kento akan balik kampung…so, lambat sket nak siapkan web tu kalau aku buat sorang-sorang. Lagipun aku tengah rebrand web jualan minyak jaguh kanda kepada web yang lebih profesinal.

Ok, ini sahaja info daripada aku untuk kali ini. Nak domain sedikit murah iaitu dengan harga RM29, sila add YM aku: syeikh_myfren

p/s - Bagi siapa-siapa yang belum mendownload laporan percuma Rahsia Pro Affiliate, download sekarang dan mula menjana pendapatan dengan pay per lead di sini.

Categories : Masalah Newbie, Menjual Produk, Panduan Domain, Pay Per lead Tags : , ,