Toloooooonnnggg ! Iklan Adsense Aku Kena Disabled !

Posted by Din Beramboi 2 July, 2008 (31) Comment

“Huhu..apesal la iklan kat blog adsense aku tak keluar aaa? semalam ok jer..arini takde plak..” itu antara luahan sorang member aku melalui ym beberapa hari lepas. Aku cakap kat dia, “oit, cuba ko check email google adsense ko. Dapat apa2 mesej dr Google tak? Aku rasa akaun ko dah kena disabled la beb..” Tak lama kemudian, dia balas balik melalui ym ” waaaaaaaa..betullah weh. Sedey siot. Dah kena disabled dah..apa patut aku buat aa? sedey2..”

Kalau korang pernah mengalami problem yang sama, korang jangan risau sebab aku juga pernah kena macam tu. Google tak memilih saper2 untuk disabledkan iklan atau akaun adsense walaupun ko cakap, ko hensem macam Brad Pitt, walaupun ko kaya macam Bill Gates. Google akan disablekan akaun adsense korang bila meragui kesetiaan adanya click fraud atau invalid click atau melanggar tos-tos yang telah di tetapkan.

Perbuatan bodohmu akan menyebabkan akaun adsensemu di banned terus selamanya…

Semua orang patut tahu bahawa content rich (isi kandungan blog) yang baik yang memberi values kepada pelawat akan memberikan kelangsungan kepada akaun adsense korang. This is the rule yang korang patut ikut kalau mahu akaun adsense mu terus selamat.

Selepas teringat balik kisah kawan aku tu, so hari ni aku ingin memberikan beberapa tips lagi supaya benda2 ini korang jangan main2. Nak akaun korang selamat,  here are some of the issues I can think of:

1. Jangan lupa pada blog yang menggunakan black hat yang korang buat pada satu masa dahulu.

Beberapa otai adsense ada mencadangkan blog auto post. Ini juga salah satu teknik black hat. So, sentiasalah memantau blog itu. Tak di galakkan menggunakan teknik black hat melainkan korang betul2 berani menanggung risiko di banned.

2. Adakah korang disabotaj? Atau mensabotaj diri sendiri?

Google dah cakap jangan klik iklan sendiri, yang korang klik juga apehal? Ada sorang kawan aku, dia berpakat dengan sorang kawannya di Jepun, sorang lagi di USA supaya klik iklan sesama sendiri. Jangan ingat Google tak tahu ! Google ada toyol yang sentiasa memantau klik rate dan kekerapan selain dari IP address yang berbeza.

Itu namanya mensabotaj diri sendiri. Kalau korang di sabotaj macam mana pulak? Here’s what Google say about how to prevent sabotage.

Bagaimana nak tahu akaun adsense korang di sabotaj?

Cuba perhatikan CTR korang, adakah ia melebihi 500%. Kalau itu berlaku, bermakna kemungkinan besar akaun korang disabotaj oleh dajal dan hantu raya mereka2 yang dengki dengan kamu. CTR melebihi 500% bermaksud, setiap page load blog korang, pelawat mengklik sebanyak 5 iklan. Adakah ini logik?

Tiba-tiba korang menjadi terer !

Wahh, kalau sebelum ni pendapatan adsense korang adalah USD0.01 sehari, tiba-tiba esoknya korang mendapat USD10 atau USD20 tanpa melakukan apa2 perkara luar biasa. Perkara luar biasa di sini bermaksud pertambahan pelawat yang mendadak dan klik yang tinggi. Waah, hebatnya korang…hehe. Ini juga salah satu tanda akaun korang disabotaj.

Kalau akaun disabotaj, Nak buat ape? Tunggu sahajakah dengan mata berkebil-kebil sehingga akaun korang dibanned?

Owh..tidak, itu orang dungu namanya..hehe. Segeralah laporkan kepada Google Team supaya menyemak akaun korang adakah ia betul2 disabotaj? kalau korang mensabotaj diri sendiri, tak perlulah melaporkan kepada Google. Tunggu sahaja email pengesahan banned oleh Google..hehe.

3. Mungkin blog korang mengandungi bahan copy right…

Ya, ini salah satu kemungkinan besar jugak.. Aku pun pernah buat dan balasannya iklan adsense aku disabled pada blog tersebut. Nasib baik bukan akaun adsense yang disablekan..huhu. Lepas daripada hari tu, aku dah insaf dan tak buat dah blog yang ada copy right.

Dulu aku ada sebuah blog lagu..kalau korang masih ingat. Lepas aku masukkan download percuma lagu Sean Kingston, esoknya dah takde iklan adsense aku..huhu. jangan nak coba2 aaa..

4. Adakah korang selalu mengikuti Google Adsense policy?

Yang ni penting jugak sebab Google Adsense policy selalu bertukar-tukar. Sekejap dia cakap tak boleh letak gambar berkaitan berhampiran ads, kejap dia kata boleh…kejap dia kata tak boleh menggunakan video youtube, kejap dia kata boleh..so, sentiasalah mengikuti perkembangan semasa adsense. Diaorang punya policy macam tu tak boleh salahkan diorang..sebab diorang punya program. Kalau korang punya program mcm ni, aku rasa korang lebih zalim..hehe.

Apa patut aku buat kalau iklan adsense aku di disablekan?

Cepat2 buang kod adsense dan segala benda yang berkaitan adsense di blog tersebut. Biasanya Google memberi masa beberapa hari untuk kita membetulkan blog sebelum di banned terus. Jadi, sebelum melambaikan tangan “bye2…” kepada Google, perbetulkan blog!

Apa perlu aku buat kalau akaun adsense aku di banned ?

Ucapkan saja selamat tinggal kepada adsense seumur hidup korang. Kalau korang ni jenis budak yang degil dan masih tak mahu mendengar kata ibu bapa, mahu menjana pendapatan melalui adsense, ada dua cara yang boleh digunakan.

1. Menggunakan nama asal tetapi alamat yang berlainan dengan akaun yang telah di banned. Google biasanya masih meng’approve’ permohonan sebegini kerana menganggap mereka adalah orang yang berlainan. Jangan ingat dalam Malaysia nih ko saja yang bernama Abu b Bakar. Korang masih mempunyai kuasa utk control akaun adsense sendiri dan mengeluarkan duit sendiri.

2. Menggunakan nama orang lain seperti kakak mu, abang mu, ayah mu, ibu mu dan jangan menggunakan nama awek mu atau kakak ipar mu, kerana bila2 masa sahaja mereka boleh berpisah dengan kita atau abang mu. Huhu..main2 ajer lah. Sendiri fikir ok..

Ok, siap sudah artikel/ post untuk hari ini. Kalau berminat untuk menjana pendapatan dengan adsense, sila dapatkan 6 Modul Adsense Terbaik di sidebar blog aku tuh.

Semalam, aku baru cash out duit adsense untuk bulan lepas menggunakan Western Union..hehe. dapat la beberapa ratus USD. Tak perlulah di nyatakan di sini memandangkan pendapatan adsense dah biasa bagi sesetengah orang.

Categories : Ebook Adsense, Tips Perniagaan Internet Tags : , , , ,