Servis Terbaru: Tawaran Istimewa Domain Berharga Murah
Assalamualaikum dan salam sejahtera…
Apa khabar korang semua? harap sihat-sihat selalu dan perniagaan internet pun makin mantap. Sekarang ni agak busy sket dan aku tak sempat lak nak update blog ni setiap hari. Selang satu hari pun kira ok la kan..hehe.
Sejak dua menjak ni, orang bising-bising kata harga domain akan dinaikkan bermula bulan Ogos..betul ke haa? Aku tengok kat forum wangcyber pun ada thread bincang pasal ni. So, kalau sesiapa yang belum ada blog berbayar dan bercita-cita nak bina blog berbayar, aku rasa baik korang timbangkan untuk beli sekarang. Bila dah naik, korang kata mahal lak…huhu.
Kalau korang biasa survey harga domain pada waktu sekarang, harga average adalah RM35 hingga RM55. Kalau tak cari betul-betul dan tak survey, memang rugi lah kalau terjumpa web yang jual pada harga RM55 tu. Kalau dah kaya takpe la..hehe. Beza RM35 dengan RM55 tu dah boleh makan KFC dan top up handset tu.
Kalau korang rasa RM35 pun masih mahal, aku ada solution untuk korang. Siapa-siapa yang nak beli domain berbayar, sekarang boleh tempah dengan aku pada harga hanya RM29. Yup, RM29 sahaja ! Website untuk jualan domain masih dalam pembinaan. Jadi, siapa-siapa yang nak domain tu, boleh YM saja aku menggunakan ID: syeikh_myfren
Buat masa ini, aku dan Kento hanya bercadang menjual domain. Mungkin lepas ni akan mempertimbangkan untk menjual hosting pulak. Esok pagi Kento akan balik kampung…so, lambat sket nak siapkan web tu kalau aku buat sorang-sorang. Lagipun aku tengah rebrand web jualan minyak jaguh kanda kepada web yang lebih profesinal.
Ok, ini sahaja info daripada aku untuk kali ini. Nak domain sedikit murah iaitu dengan harga RM29, sila add YM aku: syeikh_myfren
p/s - Bagi siapa-siapa yang belum mendownload laporan percuma Rahsia Pro Affiliate, download sekarang dan mula menjana pendapatan dengan pay per lead di sini.
Buat Duit: Team Yang Akan Menggemparkan !!!
Wahahaha..macam gempak jer. Ok, hari ni aku nak umumkan sesuatu yang bagi aku, satu langkah lagi ke hadapan dalam internet biz ini.
Sebenarnya, sejak 3 4 hari lepas aku dah pun menjumpai partner aku. Kami bercadang untuk menubuhkan Team sama juga seperti team-team yang kita dah biasa dengar seperti Team Flarebiz, Team SaifulSham dan sebagainya..Buat permulaan ni, kami masih baru dan tidaklah segempak diorang yang dah berjaya. Saper ye yang akan menjadi partner aku?
Lebih dikenali sebagai Kento di dalam perniagaan internet. Kalau korang tak biasa dengar, aku tak kisah dan aku tak kecik hati sebab mamat ni sememangnya bergerak secara underground. Kepakarannya lebih kepada design untuk customer luar negara dan juga adsense. Dia bergerak aktif di forum-forum seperti DigitalPoint dan forum-forum luar negara untuk mencari mangsa bagi memenuhkan akaun paypalnya dengan duit USD. haha..
Untuk lebih mengenali Kento, aku beri korang dua website utamanya yang ber page rank 4 iaitu InternetGecko dan Zyzyzx Design Studio.
Aku tak mahu bercerita lebh lanjut berkenaan dia. kesimpulan yang aku boleh cakap, dia memang komited dengan perniagaan internet dan mengatakan akan pening kepala bila tak dapat internet dalam masa dua hari. Kalau dah duduk depan PC dia, tak akan berganjak sehingga terabai makan minum dan mandi..hehe. Tapi alhamdulillah, aku tengok tak pernah pula terabai solat..bagus gak mamat ni.
Masih single kerana rutinnya yang busy sampai tak sempat nak cari aweks..hehe. Sorry geng dedahkan identiti ko.. So, kalau saper2 yang berkenan..boleh contact di no 017-9632xxx..hahaha.
Ok, macam mana aku boleh kenal mamat ni dan menjadi JV rasmi?
Sebenarnya aku dah lama kenal mamat ni, sejak aku tinggal di dalam kolej di UM. Seminggu lepas aku baru pindah rumah baru bersama member aku. Masuk jer rumah baru, aku tengok dia tengah mengadap pc…aku try ushar apa yang dia buat. Ingatkan tengok cerita orang dewasa..hehe, rupa-rupanya tengah mendesign. So, korek punya korek barulah aku tau dia dah lama berkecimpung dalam bidang ni tapi secara underground.
Partner sangat penting dalam sesuatu ebiz..Ya, asalkan dia juga mempunyai kesungguhan dan komited, semuanya akan berjalan lancar. Dengan adanya partner, banyak kelebihan yang kita dapat, dan antaranya berkongsi kepakaran. Kalau dia mahir dalam design, aku boleh belajar dengan dia secara PERCUMA. Kalau aku terer bab adsense (belum terer pun), dia plak boleh belajar secara direct.
Kalau nak beli ebook, boleh share..hehe. Ataupun sorang saja yang beli, ebook yang akan datang dia pulak yang beli.
Tapi yang lebih penting, dengan adanya partner semua kerja boleh dilakukan dengan cepat. Dia buat sket, aku buat sket..So, selamat berkenalanlah dengan partner aku nih..hehe. Tapi, kami belum ada idea untuk menamakan Team apa..dalam proses. Dan kami juga belum bercadang untuk menghasilkan sebuah blog yang di share seperti team-team yang lain.
p/s - Tanpa partner, perniagaan kita tak lengkap. Umpama sesudah berak, tapi tidak membasuh…hehe.
Buat Duit Online: EURO 2008’s Contest Start Now !
Apa citer EURO semalam ? Korang tengok tak? aku tak tengok pun sebab tertido lebih awal. Bangun jer dah pukul 6..huhu. Tapi aku tau la saper menang, saper kalah. Newspaper online kan ada..haha.
Semalam bermulalah EURO 2008 yang ditunggu-tunggu oleh kaki bangku bola seluruh dunia. Kat mana2 orang cakap pasal bola…demam bola beb. Semalam, sorakan bola telah menenggelamkan sorakan demonstrasi kenaikan harga minyak..huhu.
Berbalik pada perniagaan internet dan juga offline, musim bola nih memang boleh buat duit. Bagi otai ebay, masa ni digunakan sebaik mungkin untuk memasarkan barangan ‘berbentuk bola’ seperti keychain euro 2008, jersey euro 2008, beg euro 2008, dan sebagainya. Wow…bagi penggiat adsense plak, tentunya niche atau keyword euro 2008 menjadi pilihan bagi sesetengah orang.
Bagi menghangatkan musim bola ini, aku ada sesuatu untuk korang…iaitu Euro 2008’s Contest. Walaupun contest ni bukanlah berkenaan EURO 2008, tapi aku nak namakan contest ni sebagai EURO 2008’s Contest jugak..tak kira, kalau korang dengki pun aku tak peduli. Kalau korang nak terajang aku pun, aku akan teranjang korang balik..hehe. Sebenarnya, pertandingan ini adalah Pertandingan Top Commentor ! Ya, ini adalah versi kedua dari blog aku nih.
Bila contest ni berlangsung? berapa lama dan sampai bila? - tanya sorang pak cik tua di kampung sebelah sambil menggaru-garu kepala.
Ok, contest ini bermula pada hari ini sehingga 10 Julai 2008. Lebih kurang sebulan la..hehe. kejap jer sebulan ni. Pejam celik, pejam celik…dah sebulan.
Apedia syarat-syarat untuk menang? - tanya seorang pelawat blog ini.
1. Untuk menang, dalam masa sebulan ini, korang wajib buat 25 komen kat blog ini.
2. Komen hendaklah bernas, bagus, bermanfaat dan takde unsur lucah, menghasut serta mengajak buat demostrasi sebab kenaikan harga minyak. huhu..
3. Korang hendaklah subcribe blog ni. Pada bahagian sidebar blog ini ada kotak subscribe…sila subscribe supaya info terbaru berkenaan contest ini sampai kepada korang.
4. Pada bahagian comment, jangan spam dengan meletakkan link ke mana-mana blog atau website. Nanti aku delete korang gak yg nyesal..
5. Setiap orang boleh menang 1 hadiah ajer…jangan guna dua username atau proxy. Kalau 2 username, aku leh check IP address korang…kalau proxy tu, aku takleh detect.. korang tanggung la kat akhirat. hehe..
6. Keputusan akan dikeluarkan pada 11 Julai 2008. Bergantung jugak pada tahap kebusyan aku…
7. Ganjaran hadiah adalah berbentuk fizikal dan juga duit. Kalau yang dapat barang fizikal tu, boleh tukarkan kepada nilai duit yang sama waktu dengannya kalau korang mau.
Apedia hadiah yang akan aku dapat kalau aku join? - tanya seorang gadis manis yang sejak dulu lagi minat ngan aku..tapi memendam perasaan..hehe.
1. Tempat pertama - komen terbanyak

Korang akan dapat sehelai jersey EURO 2008 PERCUMA dari aku. Kalau korang beli melalui laman web jualan jersey online aku, harganya RM35. Kalau beli di KL, harganya RM68.
Korang boleh buat pilihan nak jersey apa…Penghantaran PERCUMA ke rumah korang. Kalau nak tukar dengan duit, korang boleh dapat RM35 dari aku…bukan RM68 yea..hehe.
Korang juga akan dapat sebuah ebook yang akan aku lancarkan nanti. PERCUMA berserta 5 video tutorial.. Ebook itu bertajuk, ” Bagaimana Aku Mendapat RM300 Dalam Masa 24 Jam?”.
2. Wang bernilai RM20 dan ebook terbaru aku : ” Bagaimana Aku Mendapat RM300 Dalam Masa 24 Jam?”
3. Tempat ke- 3 hingga ke- 6 , wang bernilai RM5 dan ebook terbaru aku: ” Bagaimana Aku Mendapat RM300 Dalam Masa 24 Jam?”
Pasal ebook terbaru aku tu, aku akan tunjukkan bukti sekali . So, don’t worry about scam or anything else. Ebook ni aku belum tetapkan lagi harganya… dan belum ada di jual secara terbuka.
p/s - Kalau korang nak join, aku harap korang boleh tulis review juga di blog korang masing-masing pasal contest ni. Harap lebih ramai yang akan menyertai dan persaingan sihat berlaku..
p/ss - Kalau nak dapatkan jersey EURO 2008 dan tak yakin boleh menang contest ni untuk dapat jersey percuma, korang boleh beli di sini: www.cheapest-jersey.com
Panduan Buat Duit Online: Kenangan Mei 2008
Hurmm…dah lama aku tak update blog nih. Maklumlah aku nak bagi peluang kepada korang semua mendapatkan ebook Adsense Terbaik, Jana Wang Adsense. Tapi ebook ini terpaksa di tutup buat sementara waktu di sebabkan terlalu banyak tempahan yang di terima sehingga server menjadi down..huhu.
Kalau korang belum dapatkan ebook Jana Wang Adsense Terbaik, ebook ini akan dibuka lagi pada hari khamis ini dan jualannya sangatlah limited. So, jangan terlepas peluang lagi memandangkan ebook ini akan ditutup untuk jualan dalam masa beberapa hari saja.
Hari ni aku takde pape nak citer..cuma ingin revise balik apa yang berlaku pada bulan Mei 2008 yang lepas. Bagi aku, bulan tu banyak membawa perubahan pada aku dalam Perniagaan Internet. Jom kita tengok gambar…hehe.
Dapat bersama otai-otai IM di Jom Seminar pada 11/05/08

Gambar nih adalah gambar aku bersama Gobala Krishnan. Byk lagi gambar2 aku bersama otai2…tapi tak perlulah nak taruk semua kan…len kali aku tunjuk lagi kalau ada seminar lagi.

Bergambar bersama budak umur 17 tahun yang menjana pendapatan lebih RM10,000 dalam masa sebulan. gempak giler dia nih…tapi selamber jer.
Beli Monitor LCD baru…heheh.

Kalau korang nak tau, di sinilah aku bekerja menguruskan perniagaan internet aku. Di sinilah aku membuat tempahan blog klien aku, membina grafik, menyetup affiliate script, membina minisite dan juga menguruskan email pembelian produk fizikal aku iaitu baju jersey EURO 2008 online dan minyak jaguh kanda.
Sejarah komputer aku, aku pernah pakai komputer LCD pada tahun 2005. Pada tahun 2006, bertukar kepada Laptop Apple, kemudiannya jual….beli komputer biasa. Pastu skang, pakai LCD balik..huhu.
Langkah Menjadi Jutawan Senyap Bermula….ngeh3..

Aku mula menjual jersey di pasar malam dan juga online. Sejarah aku mula menjual jersey adalah sejak Tingkatan satu bila tinggal bersama mak sedara aku yang merupakan seorang peniaga. Masa di MRSM dan Matrikulasi, aku jugak menjual jersey…dan sekarang, aku masih menjual jersey. haha…lama tuh.
Sekarang ni lebih agresif dan aku dah mendapat tempahan dari luar negara juga iaitu Indonesia secara online. Korang boleh lawati website aku untuk menjual jersey EURO di sini : www.cheapest-jersey.com
Ini sahaja perkembangan perniagaan aku pada bulan Mei 2008. Bagi aku, ianya adalah satu langkah lagi ke hadapan dalam memantapkan diri dalam perniagaan internet dan offline. Aku rasa, korang lagi dasyat dan gempak kan…
Apa kata korang share perkembangan korang plak??..hehe. Semoga ianya memberi inspirasi dan semangat kepada kita semua.




