Bagaimana Nak Mengoptimisekan Blog ?
Assalamualaikum dan salam sejahtera…
Hari ni kita belajar sket bagaimana nak mengoptimisekan blog. Kalau blog cantik, takde gunanya kalau takde pelawatkan? Dengan cara optimise blog ini, akan menaikkan ranking blog kita dan meramaikan lagi pelawat, insya-Allah.
Aku sebenarnya ada buat video untuk tajuk ini. Video tu pun dah siap… Cuma aku saje malas nak masukkan kat sini. Filenya besar sangatlah. Takpe, sementara video tu dikecik2 kan filenya, kita baca ajerlah kat sini. Bukan susah pun nak faham..hehe.
Cara yang akan aku tunjukkan ini sangat sesuai bagi anda yang baru membina blog. Kalau dah lama ada blog, tapi belum optimise pun lagi, boleh juga cuba cara ni. Aku taknak menulis panjang2…yang penting korang faham apa yang aku nak sampaikan. Betul tak?
Ok, perkara paling asas sekali selepas membina blog adalah menukarkan permalink url blog. Apa dia permalink url? Ok, ianya merujuk kepada link post yang terhasil pada setiap post yang di bina. Contoh permalink blog pada post ini adalah:
http://blog.dinberamboi.com/bagaimana-mengoptimisekan-blog/
Cara permalink ini adalah paling sesuai bagi pendapat aku kerana ia terus kepada tajuk post, atau keyword post selepas sahaja link domain kita.
Aku mungkin boleh gunakan permalink macam ni juga:
http://blog.dinberamboi.com/?p=319
Nombor 319 pada hujung merujuk kepada ID post. Cara ini kurang sesuai kerana ianya tidak menunjukka tajuk sesuatu post atau keyword post.
Tajuk post atau keyword pada tajuk post adalah salah satu element penting dalam SEO. Jadi, jangan lupa kayakan keyword pada tajuk post.
Ok, bagaimana nak menukar permalink url supaya menjadi mesra SEO macam permalink blog ini? Caranya adalah seperti di bawah:
1. Login blog anda
2. Klik “Setting”
3. Klik “Permalink”
Anda akan lihat 5 optin permalink yang biasa digunakan seperti dibawah:

Kalau korang gunakan permalink yang mcm ni: http://blog.dinberamboi.com/?p=319 . korang gunakan option yang pertama. Kalau nak optimise, gunakan “Custom Structure”.
Caranya:
1. Klik pada option kedua
2. Klik pula pada option ke 5. (Custom Structure).
3. Delete bermula : “/%year%/%monthnum%/%day% ” dan tinggalkan hanya “/%postname%/”
4. Klik Save Change
5. Update file .htaccess
Itu sahaja caranya…aku harap korang tahu macam mana nak update file .htaccess tu ya. Kalau tak reti, leh tanya kat bahagian komen.
Itu sahaja tutorial untuk kali ini. Kalau bagus, boleh gunakan..kalau rasa tak setuju, abaikan saja…
Update: 4.02am (05 Nov 08 / Wednesday)
Di bawah ini adalah link download video bagaimana nak mengupdate file .htaccess . Sila Download.




