Untuk Berjaya Mesti Ada Tekanan !
Aku rasa tak semua orang akan setuju dengan tajuk aku kat atas tu..hehe. tTkpe, aku tak suruh korang bersetuju pun. Masing-masing ada motto dan cara untuk capai kejayaan. Dan aku…ini merupakan satu cara bagi aku untuk mempercepatkan proses mencapai kejayaan.
Tekanan yang aku maksudkan bukanlah tekanan yang melampau sehingga boleh membunuh diri. Apa yang aku maksudkan di sini adalah, tekanan yang mendorong kita bekerja lebih kuat, sentiasa bersemangat, sentiasa bermotivasi, sentiasa maju ke hadapan dan sentiasa mahukan yang terbaik.
Hidup tanpa tekanan umpama hidup tanpa matlamat. Hidup tanpa matlamat umpama hidup tanpa arah tujuan. Apabila tiada matlamat, kita akan sentiasa hidup dalam zon selesa. kalau ada selipar buruk..”cukuplah..”, kalau ada rumah buruk..”cukuplah..” kalau ada kereta bruruk..”cukuplah..” kalau ada 1 isteri..”cukuplah..” hoho..
Aku bukan mahu bawa korang berfikir material, tetapi hidup lebih selesa adalah dituntut.
Mari kita belajar konsep tekanan. Wah, masuk subjek fizik la plak hari ni. huhu.. Aku ni budak matrikulasi sains hayat, tapi masih ingat sket2 sebab dulu masa sekolah menengah ada belajar benda ni. Hehe… Lagipun ni benda basic fizik jer.
Tekanan adalah, jumlah daya yang bertindak ke atas luas sesuatu permukaan. Semakin kecil luas permukaan yang disentuh daya, semakin besar tekanan yang diberikan. Semakin besar daya di kenakan, semakin tinggi tekanan.
P = F/A
P = tekanan
F = Daya
A = Luas Permukaan
Jadi, aplikasikan konsep tekanan untuk berjaya. Kita umpama sebuah paku picit yang kecil atau jarum yang tajam. Semakin besar daya diberikan, semakin cepat dan mudah paku picit menembusi tapak kaki siapa -siapa yang tak pakai selipar. hehe…begitu juga kita, semakin tekanan diberikan, semakin mudah mencapai kejayaan.
Dengan adanya tekanan, kita akan selalu mengingati tujuan kita. Tekanan boleh di bahagikan kepada pelbagai bentuk. Kalau kita sebagai hamba Allah, kita sedar yang kita akan kembali suatu hari nanti. Jadi, kita selalu beringat dan menambahkan bekal. kalau kita seorang student, tekanannya adalah untuk tak menghampakan harapan ibu-bapa. Kalau kita seorang yang dah nak abis belajar cam aku ni, tekanannya adalah untuk dapat keje dan membantu ibu bapa serta mencari duit untuk kawen..hohoho.
Dalam perniagaan internet pula, dengan adanya tekanan kita akan cuba sedaya upaya untuk mengatasi pesaing. Sentiasa ingin memperbaiki mutu produk, sentiasa ingin menggembirakan pelanggan, sentiasa ingin mencari peluang..kesimpulannya, sentiasa ingin maju ke hadapan dan bertambah baik.

Korang tengok gambar budak yang sedang kelaparan tu. Kalau dia tak makan, dia akan bertambah lapar. Jadi, walaupun mee itu masin, dia perlu juga makan..itulah tekanan yang membawa kebaikan.
p/s - Hope takde sape2 yang tersalah anggap maksud tekanan yang aku nak mention kat sini.
p/ss - kelebihan orang perempuan yang berkasut tumit tinggi yang tajam mampu menyelamatkan diri semasa di apa-apakan penjenayah dengan “menikam” kaki penjenayah dengan tumit kasutnya. Huhu..




