Tips Newbie: Cara Menarik Trafik Ke Blog Baru
Assalamualaikum dan salam sejahtera…
Semalam aku bersahur makan mcD dengan dua orang kawan aku Nasoha dan Etia yang juga merupakan usahawan internet. Dah lama kami tak jumpa..maklumlah busy dengan kerja dan projek masing-masing. Sesekali jumpa, kitorang borak-borak juga tentang perniagaan internet. Diorang cakap, blog aku dah kurang info sejak kebelakangan ini..betul ker? Bila aku check balik, memang betul pun..hehe.

Ok pada kali ini aku akan tulis sebuah artikel untuk newbie tentang trafik atau bahasa biasanya dipanggil pelawat. Sebelum baca, harap anda dah ada blog dan kalau belum ada, boleh tempah blog di sini. Jika anda baru menceburi perniagaan internet dan baru sahaja menyiapkan sebuah blog, bagaimana anda mahu menarik trafik ke blog anda? Trafik amat penting walau apapun tujuan anda mempunyai web/blog.
Jika anda menjual produk (fizikal atau digital), trafik penting supaya pelawat tersebut membeli produk anda. Kalau anda buat blog adalah untuk mencari kawan, trafik penting supaya anda dapat kawan. Kalau anda buat blog untuk menipu orang ramai, anda perlukan trafik supaya misi anda untuk menipu berjaya..hehe. Tapi jangan buat begitu naaa..menipu tak baik.
Sebelum anda menarik trafik ke blog anda, pastikan blog anda kemas dan cantik macam blog aku ni..hehe. cantik ke? perasan plak.. Ini bukan main2. Blog yang kemas sebenarnya penting kerana 1st impression pelawat yang datang nanti adalah tentang design blog anda. Kalau blog berserabut, belum sempat baca content blog anda, dia dah tutup..so sape rugi?
Fikirkan perkara ini: Anggap saja blog adalah rumah anda. Rumah yang kemas akan membuatkan kawan-kawan yang bertandang suka dan lain kali mereka akan datang lagi. Sama juga dengan blog, kalau designnya kemas, anda akan mendapat returning visitor. Pelawat berulang penting jika anda membuat blog untuk jualan kerana biasanya, pelawat tidak akan membeli pada kali pertama mereka datang. Lepas dua atau tiga kali datang, barulah ada keyakinan dan beli.
Sebelum menarik trafik ke blog, anda juga memerlukan beberapa content/post yang sudah di tulis. Jika mereka masuk ke blog anda tetapi hanya ada satu post, mungkin mereka tidak datang lagi hari kemudian. Sebaik-baik content adalah content yang niche. Kalau blog ceritakan tentang ayam…ceritakan semua perkara tentang ayam..ayam telur, telur ayam, dedak ayam, burger ayam termasuk juga bapa ayam..hehe. Jangan campurkan content kerana pelawat anda sememangnya mencari info tentang ayam.
Sebaiknya, pastikan pelawat seronok berada di blog anda. Mungkin anda boleh sediakan pool atau survey supaya mereka menilai blog anda. Melalui pool, anda boleh memperbaiki lagi blog anda pada masa depan mengikut citarasa pelawat blog anda.
Sebaiknya juga, anda sediakan borang opt in feed daripada feedburner atau feedblitz. Ini penting supaya apabila mereka ingin mendapat info terbaru, mereka akan terus mendapat info setelah anda mengupdate blog. Ini salah satu cara untuk mendapatkan pelawat berulang ke blog anda.
Setelah anda lengkapkan semua benda2 yang asas di atas, barulah boleh menggunakan teknik lebih hebat seperti teknik SEO ke, teknik viral marketing ke..dan sebagainya.
1 Juta Kawan atau 1 Juta Dolar?
Hoho…persoalan yang bagus untuk usahawan internet. Anda mahu 1 juta kawan atau 1 juta dolar?
Boleh bagi pendapat dan reason kenapa pilih macam tu..

Cara Buat Duit: Saper nak RM10,000 Setiap Bulan?
Hahaha..kalau tanya soklan ni, orang giler pun nak kan? Korang yang tak siuman ni lagi lah nak… Susah ker nak dapat RM10k sebulan? tak susah dan tak mustahil ! Sebab aku pun tak pernah dapat RM10k..hehe.
Mula-mula aku tau orang buat bisness internet dapat RM10k aku tak heran langsung…maklumlah otai-otai yang dikenali ramai semuanya. Lagipun umur pun dah lanjut semuanya…memang tak heran. Tapi bila aku dapat tau sorang baby budak yang baru berumur 17 tahun menjana lebih RM10,000 sebulan, aku terus terkejut beruk… Huhu. Walaupun dia belum akil baligh berumur 18 tahun (semasa mendapat RM10k), aku rasa dah tak sesuai untuk dipanggil budak sebab ketereran dia dah melampaui ke planet Ziku, bak kata Titan. hehe.. Dia lebih layak dipanggil IM muda.
Selepas dia dah menjana pendapatan RM10k, dengan baik hatinya dia ingin berkongsi dengan kita semua macam mana dia berjaya memperoleh pendapatan sebanyak itu. Memang baik hati…kalaulah dia sorok pun, bukannya membawa bencana pada alam semulajadi ini kan? respek sama luu..hehe.

Comelkan budak kat box cover tu…Tapi aku bukanlah nak ceritakan kehansoman dan kecacatan kekacakan budak tu, aku nak ceritakan betapa hansomnya produk ni. Kalau beberapa persoalan seperti ini bermain di fikiran korang, korang sepatutnya di bawa ke tanjung rambutan dapatkan ebook lengkap ini.
Dan banyak lagi “bagaimana…..” yang akan di ceritakan di dalam ebook ini.
Bagi mereka yang ingin serius dalam perniagaan internet, ebook ini sangatlah berguna untuk mereka (termasuklah aku jugak…) . So, sementara Labanon memberikan harga promosi dalam beberapa hari ini, jangan lepaskan peluang untuk mendapatkannya.
Kalau korang membeli melalui link di atas, aku akan hadiahkan beberapa bonus hebat bernilai lebih USD250. Boleh lihat di sini apakah bonus yang akan korang dapat. Klik di sini untuk melihat BONUS…
Walaupun bonus itu adalah untuk Pakej Jana Wang Adsense, korang juga boleh dapatkan bonus tersebut dengan pembelian ebook Rahsia10K ini. Kalau korang sememangnya pembeli ebook Jana Wang Adsense dan dah dapat bonus Jana Wang Adsense dari aku, aku akan berikan bonus lain yang bernilai sama.
Aku tak boleh beri jaminan berapa hari harga promosi ini dapat bertahan. Kalau taknak melepaskan peluang keemasan ini, rebutlah peluang sekarang ok.
Thanks Labanon kerana berkongsi pengalaman dan cara membuat duit melalui Rahsia10K ini yang jarang didedahkan oleh sesiapa. Thanks again.




