Salam Ramadhan + Kemaafan Urusan Jual Beli Tergendala
Assalamualaikum dan salam sejahtera…
Hoho..aku sudah kembali. 3 4 hari ini aku berada di kampung untuk menyambut hari merdeka dan menyambut Ramadhan bersama keluarga. Mungkin lama blog ini tidak terupdate, harap maaf kepada semua. Belum terlambat rasanya untuk aku menyucapkan selamat menyambut Ramadhan. Semoga Ramadhan yang mulia ini makin mendekatkan diri kepada yang maha Esa.
Post ringkas ini juga ingin memohon maaf kepada pelanggan-pelanggan yang membuat tempahan minyak jaguh kanda kerana kelewatan penghantaran produk. Antara mereka yang terlibat adalah:
1. Sanin
2. Zainuddin Zubir
3. Rusdi
4. Abd Wahid
5. Sharisham
6. Yahaya Awang
7. Abd Aziz Che Man
Produk-produk anda akan dihantar secepat mungkin. Minta maaf banyak-banyak…
Kepada Ika Wijaya dari Jakarta, saya juga memohon maaf kerana tidak dapat ‘menyetelkan’ tempahan jersey anda. Harap anda sudah berjaya menyiapkan akaun paypal dan boleh membuat tempahan lagi. Kepada Sandy Prayudi dan Neuaman, jersey-jersey anda sudah di hantar.
Kepada pembeli-pembeli ebook dan video Rahsia Pro CMD.EXE yang menggunakan paypal juga saya memohon maaf kerana kelewatan memberi link download. Ini kerana urusan pembelian cara biasa diuruskan oleh partner saya Kento dan Dr.CMD manakala bayaran menggunakan paypal diuruskan oleh saya menggunakan akaun paypal saya. Jika ada yang masih tidak mendapat link download, sila hantarkan email kepada pihak kami dengan segera.
Begitu juga mereka yang mendapatkan melalui pembelian Pakej Lengkap Perniagaan Internet DVD Monakas, kami terpaksa mendapatkan confirmation daripada En.Najib Monakas terlebih dahulu sebelum pemberian link download diberikan.
Seribu kemaafan daripada saya…bulan poser ni baik kalau memaafkan. Hehe..
p/s - Sekejap aku, sekejap saya..mcm mana nih..ayya..
DVD Monakas: Pakej Lengkap Panduan Perniagaan Internet + Bonus Hebat
Assalamualaikum dan salam sejahtera…
Untuk makluman anda, proses semakan untuk pembayaran komisyen Pay Per Lead sudahpun siap kami lakukan sejak petang tadi. Tetapi masih ada dua atau tiga orang yang telah melebihi nilai minimum tetapi tidak termasuk dalam senarai semakan disebabkan tiada maklumat lengkap terutamanya maklumat bank. Bagi mereka yang belum update detail akaun, sila berbuat demikian bagi memudahkan kami membuat pembayaran. Pembayaran komisyen akan dilakukan pada esok hari.
Ok, berbalik kepada post pada kali ini, saya ingin memberitahu anda bahawa Mohd Najib Monakas baru sahaja melancarkan DVD Pakej Lengkap Panduan Perniagaan Internet.

Apa yang best dengan DVD Pakej Lengkap ini? Bagus sangatkah? Hoho..kalau tanya saya, saya berani cakap inilah produk yang paling bagus dan berbaloi pernah saya dapat. Ya, saya sudah mendapatkannya sejak hampir setahun yang lepas…masa tu banyak perkara yang saya tak tahu pasal perniagaan internet. Dengan adanya Panduan Lengkap Perniagaan Internet tersebut, ia banyak membantu saya..boleh dikatakan 80% pengetahuan saya adalah daripada situ.
Kalau dulu, pakej lengkap ini hanya boleh di tonton di internet (ada laman web khusus), sekarang Mohd Najib menerbitkannya dalam versi baru dalam bentuk DVD dan lebih banyak content dan video ditambah. Kalau dulu, videonya selama 8 jam..sekarang Mohd Najib telah menambah beberapa video lagi sehingga melebihi 11 jam. Banyak kelebihan jika anda mendapatkan dalam bentuk DVD ini. Anda tak perlu menunggu masa loading internet yang panjang, sambungan internet tak ada pun takpe. Anda boleh menonton di mana sahaja.
Apa yang best sangat dengan DVD Pakej Lengkap Panduan Perniagaan Internet ini? Yang bestnya, anda akan diajar menggunakan video langkah demi langkah. Setiap langkah adalah sangat jelas..siapapun boleh ikut tak kira newbie atau yang dah expert.
Jika anda serius ingin melakukan perniagaan internet, DVD Pakej Lengkap Panduan Perniagaan Internet ini wajib anda miliki. Kenapa? seperti saya katakan tadi..ia adalah panduan terbaik dan lengkap. Apa yang anda nak tahu? Adsense? Membina website? Membina web jualan? Membina shopping site? Belajar affiliate? Membina borang pesanan? Membina borang hubungi? Membina auto responder? Membina grafik? Semuanya ada di dalam Pakej Lengkap ini. Diajar secara details dan menggunakan video.
Jika anda tidak mahu membuang masa dan menghabiskan banyak duit membeli panduan yang entah apa-apa…dapatkan Pakej Lengkap ini. Saya jamin, selepas anda mendapatkan Pakej Lengkap ini, anda tak perlu lagi membeli panduan dan ebook yang lain sepanjang tahun ini. Semuanya sudah dipakejkan lengkap di dalam video-video ini.
Ok, berminat? Dapatkan DVD Pakej Lengkap Panduan Perniagaan Internet menggunakan link di bawah:
dan anda akan diberikan secara PERCUMA ebook dan video Rahsia Penggunaan CMD.EXE bernilai RM50 (kerjasama Dr.CMD, Din Beramboi dan Kento) yang akan dilancarkan pada 20 Ogos nanti. Ya, PERCUMA..bonus ini hanya terhad kepada 20 pembeli terawal DVD Pakej Lengkap ini sahaja.

Ebook dan video Rahsia Penggunaan CMD.EXE adalah yang pertama di Malaysia dan diterbitkan dalam Bahasa Melayu. Anda juga akan mendapat ebook dan video update secara PERCUMA untuk versi-versi yang akan datang. Untuk mengetahui kelebihan dan Rahsia Penggunaan CMD.EXE, boleh lihat di sini.
Dapatkan DVD Pakej Lengkap Panduan Perniagaan Internet di sini: www.monakas.com
Setelah anda membeli DVD Pakej Lengkap Panduan Perniagaan Internet di atas, hubungi saya di alamat email: admin@dinberamboi.com dan nyatakan bukti pembelian anda. Pada 20 Ogos 2008, saya akan berikan link untuk mendownload ebook dan video Rahsia Penggunaan CMD.EXE.
p/s - Secara peribadi, Produk Monakas ini adalah terbaik dalam kategori panduan perniagaan internet dan Jana Wang Adsense adalah terbaik dalam kategori Adsense.




