Takde alasan nak kata tak boleh…

Posted by Din Beramboi 27 February, 2009

Allah S.W.T berfirman di dalam surah al-Baqarah, ayat 114:

“ Sungguh Kami sering melihat engkau (Wahai Muhammad), berulang-ulang menadah kelangit, maka kami benarkan engkau berpaling mengadap kiblat yang engkau sukai. Oleh itu palingkanlah mukamu ke arah Masjidil Haram (tempat letaknya Ka’abah), dan dimana saja kamu berada maka hadapkanlah muka kamu ke arahnya. Dan sesungguhnya orang-orang ( yahudi dan nasara) yang telah diberikan kitab, mereka mengetahui bahwa perkara (berkiblat ke Ka’abah) itu adalah perintah yang benar dari tuhan mereka, dan Allah tidak sekali-kali lalai akan apa yang mereka lakukan”.

Firman Allah lagi di dalam Surah Al-Baqarah ayat 150:

“Dan dari mana saja engkau keluar (untuk mengerjakan solat) maka hadapkanlah mukamu ke arah Masjidil Haram (Ka’bah) dan dimana sahaja kamu berada maka hadapkanlah muka kamu ke arahnya, supaya tidak ada lagi sebarang alasan bagi orang yang menyalahi kamu, kecuali orang yang zalim diantara mereka (ada saja yang mereka jadikan alasannya). Maka janganlah kamu takut kepada cacat cela mereka dan takutlah kamu kepada-Ku semata-mata dan supaya Aku sempurnakan nikmat-Ku kepada kamu, dan juga supaya kamu beroleh petunjuk hidayah (mengenai perkara yang benar)”.

Siapakah orang yang sibuk? Orang yang sibuk adalah orang yang tidak mengambil berat akan waktu solatnya seolah-olah ia mempunyai kerajaan seperti kerajaan Nabi Sulaiman a.s

Siapakah orang yang manis senyumanya? Orang yang mempunyai senyuman yang manis adalah orang yang ditimpa musibah lalu dia kata “Inna lillahi wainna illaihi rajiuun.” Lalu sambil berkata,”Ya Rabbi Aku redha dengan ketentuanMu ini”, sambil mengukir senyuman.

Siapakah orang yang kaya? Orang yang kaya adalah orang yang bersyukur dengan apa yang ada dan tidak lupa akan kenikmatan dunia yang sementara ini.

Siapakah orang yang miskin? Orang yang miskin adalah orang tidak puas dengan nikmat yang ada sentiasa menumpuk-numpukkan harta.

Siapakah orang yang rugi? Orang yang rugi adalah orang yang sudah sampai usia pertengahan namun masih berat untuk melakukan ibadat dan amal-amal kebaikan.

Siapakah orang yang paling cantik? Orang yang paling cantik adalah orang yang mempunyai akhlak yang baik.

Siapakah orang yang mempunyai rumah yang paling luas? Orang yang mempunyai rumah yang paling luas adalah orang yang mati membawa amal-amal kebaikan di mana kuburnya akan di perluaskan saujana mata memandang.

Siapakah orang yang mempunyai rumah yang sempit lagi dihimpit? Orang yang mempunyai rumah yang sempit adalah orang yang mati tidak membawa amal-amal kebaikkan lalu kuburnya menghimpitnya.

Siapakah orang yang mempunyai akal? Orang yang mempunyai akal adalah orang-orang yang menghuni syurga kelak kerana telah mengunakan akal sewaktu di dunia untuk menghindari siksa neraka.

Random Posts

Categories : Isu Islam Tags : , ,

Jika anda berminat untuk mempelajari tentang Perniagaan Internet secara PERCUMA, sila isikan borang di bawah dan klik "Saya Mahu Belajar Percuma Perniagaan Internet"...
Name:
Email:
 
Comments
February 27, 2009

islam itu agama yg mudah..solat blh dilakukan dimana2..tiada alasan utk tglkan solat

Posted by x-po
March 1, 2009

Artikel dan foto yg membuatkan saya terpaku sejenak. Terima kasih kerana saling ingat mengingat sesama kita. :)

Posted by myMotivasi
March 1, 2009

Terima kasih, betui Din tidak ada alasan lagi.

Sabda Nabi:

“Solat itu tiang agama, siapa yang mendirikannya ia mendirikan agama, siapa yang meninggalkannya ia meruntuhkan agama”.

Jika nak panjang cerita..Keagongan didikan Rasulullah S.A.W. sehingga para sahabat Baginda menguasai 3/4 dunia dengan Islam adalah kerana mereka mendirikan solat.

“Mendirikan” - bukan tunaikan sahaja.

“mendirikan dengan erti kata - solat yang Khusyuk “.

Firman Allah ; “Sesungguhnya solat itu berat kecuali orang-orang yang khusyuk”.
- yo laa walaupun 5 minit ke 10 minit … brapa % yang sembahyang ?

- mana ramai orang tengok wayang koo…orang poi sembahyang ?

Hmm…panjang pulak..sikit-sikit dah lah.

Semoga usaha anda diberkati Allah Ta’ala.

Posted by AbuSy
March 2, 2009
Artikel dan foto yg membuatkan saya terpaku sejenak. Terima kasih kerana saling ingat mengingat sesama kita.

Kita mmg perlu ingat mengingati. Kat mana pun kita atas dunia ni, kita junjung langit yg sama… :D

Posted by Din Beramboi
March 2, 2009
islam itu agama yg mudah..solat blh dilakukan dimana2..tiada alasan utk tglkan solat

Islam itu mudah, tapi kita jgn la pulak mempermudahkannya…:)

Semoga usaha anda diberkati Allah Ta’ala.

tq bapak abu syukur.. :D

Posted by Din Beramboi
Leave a comment

(required)

(required)