Tanda-tanda Kena Lupakan Perniagaan Internet

Posted by Din Beramboi 16 June, 2008

Tanda 40 hari sebelum hari mati
Tanda ini juga akan berlaku sesudah waktu Asar. Bahagian pusat kita akan berdenyut-denyut. Pada ketika ini daun yang tertulis nama kita akan gugur dari pokok yang letaknya di atas Arash Allah SWT. Maka malaikat maut akan mengambil daun tersebut dan mula membuat persediaannya ke atas kita, antaranya ialah ia akan mula mengikuti kita sepanjang masa. Akan terjadi malaikat maut ini akan memperlihatkan wajahnya
sekilas lalu dan jika ini terjadi, mereka yang terpilih ini akan merasakan seakan-akan bingung seketika. Adapun malaikat maut ini wujudnya cuma seorang tetapi kuasanya untuk mencabut nyawa adalah bersamaan dengan jumlah nyawa yang akan dicabutnya.

Tanda 7 hari
Adapun tanda ini akan diberikan hanya kepada mereka yang diuji dengan musibah kesakitan di mana orang sakit yang tidak makan secara tiba-tiba ianya berselera untuk makan.

Tanda 3 Hari
Pada ketika ini akan terasa denyutan di bahagian tengah dahi kita iaitu diantara dahi kanan dan kiri. Jika tanda ini dapat dikesan maka berpuasalah kita selepas itu supaya perut kita tidak mengandungi banyak najis dan ini akan memudahkan urusan orang yang akan memandikan kita nanti. Ketika ini juga mata hitam kita tidak akan bersinar lagi dan bagi orang yang sakit hidungnya akan perlahan-lahan jatuh dan ini dapat dikesan jika kita melihatnya dari bahagian sisi. Telinganya akan layu dimana bahagian hujungnya akan beransur-ansur masuk ke dalam. Telapak kakinya yang terlunjur akan perlahan-lahan jatuh ke depan dan sukar ditegakkan.

Tanda 1 Hari
Akan berlaku sesudah waktu Asar di mana kita akan merasakan satu denyutan di sebelah belakang iaitu di kawasan ubun-ubun di mana ini menandakan kita tidak akan sempat untuk menemui waktu Asar keesokan harinya.

Tanda Akhir
Akan berlaku keadaan di mana kita akan merasakan satu keadaan sejuk di bahagian pusat dan ianya akan turun ke pinggang dan seterusnya akan naik ke bahagian halkum. Ketika ini hendaklah kita terus mengucap kalimah syahadah dan berdiam diri dan menantikan kedatangan malaikat maut untuk menjemput kita kembali kepada Allah SWT yang telah menghidupkan kita dan sekarang akan mematikan pula. Sesungguhnya mengingati mati itu adalah perkara yang bijak…

Saling berpesan2lah sesama kita . :D

Random Posts

Categories : Sembang-sembang Tags :

Jika anda berminat untuk mempelajari tentang Perniagaan Internet secara PERCUMA, sila isikan borang di bawah dan klik "Saya Mahu Belajar Percuma Perniagaan Internet"...
Name:
Email:
 
Comments
June 16, 2008

hohhoo..menyeramkan..tp aku rasa dgn tulisan ok la jugak..tp klu buh video siksaan dlm kubur tu br seram sikit..be le ada efek…ada gak manusia nak insaf dlm sehari..hahaha

Posted by farahaznil
June 16, 2008

beringat la awal-awal yer.

Posted by taukey
June 16, 2008

insaf2…masa muda2 ni la nak mempertingkatkan ibadah sebelum ajal menjelma. sejuk panas aku baca karangan demo din..huhuhu

Posted by beduz
June 17, 2008

Alhamdulillah, sesungguhnya orang-orang yang mengingati mati tu orang yang bijak.

Posted by bidadari besi
June 17, 2008

Eh2, bidadari sudah datang…. :D Welcome2…:D

Nasihat menasihati sementara masih ada kesempatan…:D Ebiz pun ebiz gak..sesekali bg info agama sonot gak..

Posted by Din Beramboi
June 17, 2008

… thanx din kerana ingat mengingati….. kita mudah lupa…. sesekali patut kena refresh bab2 mati…… (wajib mengingati mati)

Posted by samdaddycool
June 17, 2008

Ehm..macam ada je petanda tu..

Posted by titan
June 17, 2008

tanda pada sapa titan?? pada aku, ko atau din???

Posted by samdaddycool
June 18, 2008

Aku pernah baca ni… sedangkan kita tidak dapat menjamin usia kita walaupun sesaat. ampunkan dosa hamba mu ya Allah…

Posted by emme
June 18, 2008

Petanda la. Selalu sakit..

Posted by titan
June 18, 2008

ooo… tapi memang betul titan, kalau kita sakit (cth - demam teruk / sakit gigi)… baru mulut tak lepas2 sebut, Allah… Allah….
Bial dah sihat, masing2 asyik mencarut… hilang sebut nama Allah… benda-benda yang baik…

Sakit tu sebenarnya peringatan kepda kita yang sentiasa lali dan leka… biasa lah manusia, bila susah, baru nak minta tolong… bila senang… solat ayik lobang-lobang je…

Posted by samdaddycool
June 18, 2008

Kalau baca buku Chef Li, kalau tetiba kita ingat mati semasa kita berusaha (bekerja keras)…then kita rasa macam down je sebab teringat mati, Guru dia kata kita dah pegang konsep yg silap…

Guru dia kata, sepatutnya klu semakin kita ingat mati, semakin berlipat gandalah usaha kita. Agak2 kenapa macam tu ye? Kdg2 fikir, saya pun selalu tersilap bila fikir begini.

Anyway, fikir2kanlah selalu…Wallahua’lam…

Posted by kakeru
June 18, 2008

Yg sebetulnya, dunia dan akhirat berjalan seiring….tak ke gitu Kakeru? hehe.. :D

Posted by Din Beramboi
June 19, 2008

….kalau kita kejar dunia…dunia jelah yang kita dpt.
…kalau kita kejar akhirat… dua-dua yang kita dpt?betul tak?

…… pada aku, aku pegang yg ni,

“bekerjalah kamu seolah-olah kamu akan hidup selama-lamanya, beramalah seolah-olah kamu akan mati esok”..

Posted by samdaddycool
June 19, 2008

kita hanya pengembara dalam perjalanan menuju destinasi. untuk mencari bekalan ke sana kita terpaksa meminjam dunia buat seketika supayakita tak kekosongan apabila masa untuk kita pergi tu tiba. jangan asyik berangan yang tidak kekal walaupun kita rasa sangat perlu padanya semasa kita di dunia.

**berpesan-pesanlah sebelum terlambat(^.^)v

Posted by bidadari besi
June 19, 2008

Huhu..insap aku. Insap. Tobat tak minum kopi hari-hari. Nanti sakit je selalu..

Posted by titan
June 19, 2008

… aku dlm setahun kebelakangan ni mmg bantai minum nescafe ari2… tapi 3 hari lepas aku baca buku 55 petua org berjaya dr,. fadzillah, terus tukar gaya minum kopi aku… tak elok tu..

Posted by samdaddycool
June 19, 2008

hahhaa…tu la..minum lg kopi byk2…kan dah sakit..titan sakit..tak best la…nnt..dah xde contest dah…muahahahhaa…jahat aku nih..weyh titan..dah pg cek dr ke blum?/skali kena tb…abih nnt..pg cek dr la…ubat dah mkn lom??

Posted by farahaznil
June 19, 2008

sam…aku dgr..klu minum nescafe yg pekat2 tu bdn leh tahan lama kan??mksd aku tak ngantok la..btol ke??

Posted by farahaznil
June 19, 2008

Wahaha…amik beratnya farah kat titan, jeles Sam…keke. Ummm, “tahan lama” tu dlm maksudnya..hehe. Bdak2 skolah pun tahu ker…keke.

Posted by Din Beramboi
June 19, 2008

aku amik berat kat dia sbb nnt kalo dia takde…dah takde contest tiap2 bln..muahahaha…kat sam pun amik berat apa..sbb contest dia pun best gak..cuma masa ni takde idea lak nak isi apa lawak psl kambing tu..ko pun sama la..aku amik berat gak psl ko…hahaha..sbb klu boleh..nak bolot jersy tu..kahkahkah…ko sihat ke??aiseh..kena bodek sikit ni..hehehe

Posted by farahaznil
June 20, 2008

… farah.. kalu dah byk sgt mnum nescafe, nanti masa ko ngantuk, minum dah tak jadi apa pon… (lali)..

cisssss din, tahan lama tu (tahan mengantuk lerr..) .. jgn buat budak skolah bajar mende 2 yg lom sampai waktunya… bahayo budok2 skolah lo ni meme panda perkaaro oghre dewaso…

farah jgn gila kuasa nak bolot hadiah.. spm tu yg kena bolot… apa? spm tu kacang? …muahahahhahaaa

Posted by samdaddycool
June 20, 2008

kopi? nescafe? xelok2… huhu

minum teh o je.. sbb sng, campak uncng bubuh gula terus diffuse sndr dlm air.

Posted by bidadari besi
June 20, 2008

…teh pon tak elok la…. sama je ada kafein!

…sebab ada sedara tu mmg susah tido, dia kata kalau dia minum teh lepas kul 4ptg, alamt malam susah tido!

Posted by samdaddycool
June 20, 2008

yang elok… air kosong… the best one!

Posted by samdaddycool
June 21, 2008

Aah. memang leh “tahan lama”. Tapi kene tengok kopi apa la..

Haha..baru je aku pekene nescafe pagi tadi dengan roti telur. Tak leh tinggal maa. camana ni..

Posted by titan
June 23, 2008

uish..sodap tu titan..hahaha…leh la aku guna cara2 ni utk di praktikan klu nak bersengkang mata di tgh mlm..hehehe…

Posted by farahaznil
June 23, 2008

sam oi..ko meh sini tlng aku ajar aku fizik dgn kimia… nak tgk mcm mn kacang ko tuh..leh jwb ke tak nnt…

Posted by farahaznil
June 28, 2008

ek ele faraah… aku mintak soklan fiz aritu smapi akut ertido ndak jugak smpai.. haha…
nescafe, cni tongkat ali?, ali cafe? ntah le aku rase benda nie dah x berkesan kat aku sbb bile aku minum je terus rase mengantuk…. klu aku nk tido lene, aku minum je nescafe.. terus aku rase nk tido.. haha pelik x… aku sndiri pom x phm… tp klu minum radix cafe n kopi tenom ok plak.. leh je tahan lame…. :D

din, mekasih info ttg kematian tu.,.. nie first time aku bca mende nie… anyway tanda2 tu sahih ke? or just peringtn shj?

Posted by Rafhz
June 28, 2008

hehe lupe subscribe post nie.. nk tgk komen selanjutnyerr

Posted by Rafhz
June 28, 2008

Rafhz dan kawan2 yang lain… pesanan penaja… elakkan mmengamalkan minum kopi tongkat ali yg komersil (mcm power root, alicafe, alibaba dsb..) kalau korang taknak kena kencing manis laaa…

p/s - gula yg terkandung, 4 kali lebih drp kopi biasa bagi menghilangkan rasa pahit tongkat ali…

Posted by samdaddycool
June 29, 2008

hohoho..betol tu…aku ada baca kat paper hr tu..sebenarnya…lebih dr 90% adalah kandungak gula sahaj..tu sbb bila korang minum..rasa segar je..sbb gula bila dibkr dlm badan..akan menghasilkan tenaga..dan tongkat ali plak..tah brp % tah…sikit je..bila korang minum byk2 air tongkat ali dlm tin tu..efek seterusnya..korang akan dpt kencing manis mcm yg sam ckp..pastu bila dah kena…lg beberapa thn..kurus la korang..hahaha..aku ckp betol ni..penyakit kencing manis adalah penyakit yang paling berbahaya..jd berhati2lah ketika minum di jln raya..bg yg slalu ngantok tu..hehehe..yelah nak segarkan mata..pegi beli air tongkat ali satu..takpun…benti kat highway..tongkat ali 1 mamak….hahahaha

Posted by farahaznil
June 29, 2008

..GULA - racun yang paling manis

Posted by samdaddycool
Leave a comment

(required)

(required)