Team Smart Brain dirasmikan !
Assalamualaikum dan salam sejahtera…
Hari ini..sempena hari baik, bulan baik..aku ingin mengumumkan mewakili partner aku juga, Kento bahawa Team Smart Brain ditubuhkan secara rasmi. Hari ini, tanggal 08/08/08 bersamaan 6 Syaaban 1429H. Cantik kan tarikh hari ni..08/08/08..hoho.
Jom kita kenali siapa di sebalik Team Smart Brain..sebelum itu, kami ingin memperkenalkan logo rasmi kami.

Team Smart Brain dianggotai oleh dua orang anak muda..muda lagi ker?
Seorang dikenali sebagai Din Beramboi dan seorang lagi adalah Kento. Ini adalah nama panggilan kami sahaja di arena perniagaan internet dan tak ada kaitan dengan sesiapa yang masih hidup atau telah tiada..
Din Beramboi merupakan pelajar final semester dan final year di Universiti Malaya, Kuala Lumpur. Umur 22 tahun dan masih single..hoho. Mula bergiat di dalam perniagaan internet sejak setahun setengah yang lepas. Pada permulaan penglibatan dalam ebiz, tak serius pun..lagipun banyak kerja masa tu kerana merangkap jawatan Pengerusi Balai Islam di kolej kediaman. Banyak join projek kolej dan projek Universiti.
Mula-mula join perniagaan internet, dapat bertahan hanya dua bulan..lepas tu ‘tinggalkan’ hampir 3 bulan kerana melakukan suatu bisness offline. Dia kecundang pada bisness tersebut, kemudian kembali ke arena perniagaan internet setelah menemui rentak yang betul dan bertahan sehingga kini. Pada tahap permulaannya, dia banyak dibantu oleh En.Sukeri dan sehingga kini, En. Sukeri adalah mentornya yang terbaik..
Daripada tak ada apa-apa..sekarang dia sedikit lega dengan pencapaiannya di bidang ini. Boleh dikatakan hampir setiap hari ada jer duit masuk..hehe. Kalau dulu, nak dapat 1 sen pun susah wooo… Insya-Allah, harap korang semua doakan dia berjaya sokmo..
Kento juga pelajar final semester dan final year di Universiti Malaya, Kuala Lumpur. Dia seorang yang pemalu..selalu tinggal dalam bilik mcm anak dara..hahaha. Sorry bro, just kidding..
Mula bergiat dalam perniagaan internet sudah hampir dua tahun. Seorang low profile dan underground. Banyak habiskan masa dan mengumpul duit dari forum dan design..hoho.
Setiap forum, mesti guna nama yang berlainan. Tak perlulah aku bagitau apa nama yang dia guna..hehe. Tak aktif di forum Wang Cyber, tetapi aktif di forum luar negara.Aku dapat RM jer..dia dapat dolar..hoho.
Minatnya kepada perniagaan internet kerana minat kepada teknologi komputer terkini dan selalu menggunakan internet untuk mencari benda-benda yang latest. Kemudian, dia terjumpa satu contest design dan join.. Dengan menggunakan skill terpendam, dia menang contest tu. Mulalah dia fikir internet sememangnya boleh buat duit. hoho.. Lalu berkecimpung dengan penuh minat dan komited.
itulah sejarah si Kentot..eh, silap..Kento.
Bagi yang jumpa kami, boleh dapatkan business kad dari kami. Kalau jauh tu…copy dan ’save image as’ saja lah..huhu.


Business kad ini di design oleh Kento. Terima kasih sebab bagi aku secara percuma..haha.
Harap korang semua boleh menerima kewujudan satu lagi team perniagaan internet di Malaysia dan semoga kami mendapat sokongan semua. Terima kasih.
Related Posts
Trackbacks & Pingbacks
- Pingback by Laptop dan hadiah untuk anda -- Mind Talk on August 11, 2008 @ 4:00 am




tahniah kerana team dah ditubuhkan dan nama pun dah ada. Cayala bro. Lepas ni blh g jauh lagi
aku akan sokong..lagi byk team lagi meriah..tak gitu?
wow..dah muncul team baru la..cayala bro..semoga suksess..aku ni ha terkapai2 lagi..huhu
hehe. aku ada team gak. Team Ghost Buster aku..hoho..
Semalam, baru capai pakatan dengan mamat dari Dubai. Nantikan blog baru aku dalam bahasa ibunda no.14 iaitu bahasa english. Haha..
Apapun, tahniah buat kento dan dinberamboi. Satu lagi team baru terhasil dari Universiti Malaya.
Hoho..tahniah juga Titan utk ko. Mak aaaii, jauhnya partner ko. Dubai tuuuu..haha. Cayalah..
Terima kasih Taukey n Mohd Hafifi..
Tahniah-Tahnia-Tahnia Brother Din..hari ini aku juga opening satu blog Bahasa Cina bersamaaan hari ini juga opening sukan olimpic jam 8.oopm memang satu hari yang bagus untuk permulaan ,ada SmartHo dan sekarang SmartBrain he he he bagus tu..Brother terus berjuang dalam perjalanan menuju JUTAWAN .Aku tetap disisi mu he he he
tahniah la bro din…aku still ada di sini..
oyehhh..taukeyh meh arr kita buat teamp bisnes plak..bagusnye ari nie
sama2 Din..makin byk team, makin byk la tempat rujukan untuk newbie..
gempak tol titan ni..dari Dubai tu..
wah,memang smart la korrang…owh,pelajar um rupanye…saya ramai gak member-member kat um.Budak first year.amik akaun..saja promote dorang..
Tahniah Din. Logo cun kad bisnes pun cun tarikh pun cun.
@Dauz..aku tau ko kat situ..kat Serawak kan? hahaha..
@Mohd Hafifi, harap mcm tu lah..makin byk team yg akan wujud dan membantu.
@Paan, ada member kat sini eh? Klu datang jumpa kwn, lepak la kat umah kitorg dulu..hehe.
@Maizul, hari ni tarikh cantik..mesti ramai org kawen. hoho..
Waa..
mesti lebih menggegar pasni…
Salam & tahniah sbb support kitorang! Keep it up! Peace! ^_^
Din & kento, Congrats utk korg berdua! Mesti macam2 lagi projek yg ada lepas nih… Selamat berjaya!!
Arigato Kakeru! insyaAllah berjaya nanti! Mmg bnyak lg projek lpas nih…
pakar clikbank ni reti ckp bahasa cina ke??huhhuu…chayok2 lah..
salam jutawan bro..
bagus3x…
1 pendekatan terbaik… leh kongsi n sharing ilmu
leh join ke?
dari Fendi UPM
http://www.freewebs.com/fendicenter
Pakar Clickbank ni org cina la Farah..tentu la boleh bahasa cina. Dia tinggal kat Sabah..antara kwn aku yg slalu chatting ngan aku
Congrats..tapi boleh tak bagitahu tak apa langakah pertama yang aku perlu buat untuk jadi macam korang ni..Aku ni IT setakat e-mail,tengok website,FS,tu ada la..tolong ajar jap kat budak baru nak belajar ni…tunjuk langkah pertama pun jadila.
Salam Din, tahniah!
Eh, semenjak ko dah jadi jutawan ni ko tak lupe akukan?
heheh…
Teruskan kecemerlangan ANDA!
p/s: Team apa lagi yang ada? Smartbrain, flarebiz, inspirasi maya… lagi?
TAHNIAH!!!!
semoga tercipta satu lagi sejarah era baru dlm IM Malaysia!!! walla!
Rumah Kento aku selalu jugak pergi. Kento ni memang pemalu pun.Kan2?
Anyway tahniah buat Din dan Kento. Satu lagi mahasiswa UM yang bakal meletup di arena maya.
Tahniah!
Haha, ramai tul student UM ek..:)
aweks UM takde ker??
din rekomen kat aku!!!
Wah.. gempak tu din & kento.. Good luck Bro!
PS: Aiseh.. Nama team dgn logo ni mcm pernah ku lihat yer.. Crite kegemaranku.. Tapi memang nice!
Thanks Fai! Keep supporting us! ^_^