Tekanan Exam | Rumetku Perokok Tegar

Posted by Din Beramboi 21 April, 2008

Hoho..hari ni kita lari topik sikit. Asyik2 cerita pasal buat duit jer.. hari ni aku nak cerita topik lain plak. Maaflah kalau korang tak suka..hehe.

Antara tekanan terbesar bagi aku pada semester ni adalah rumetku si perokok tegar. huhu..aku geram jugak ngan dia. Masa aku 2nd year dulu (tahun lepas), rumet aku jugak seorang perokok, tapi dia memahami aku. Time nak hisap rokok, dia akan ke tandas. Takpun dia akan ke bilik member dia yang sekepala penghisap rokok.

Tapi sekarang, rumet aku ni lain sket. Dah la junior, berani pulak hisap rokok dalam bilik. Nak kena pelengkung rasanya… Sedikit sebanyak menghilangkan fokus aku masa buat ebiz. Tengah study pun kadang-kadang terganggu. Maaflah kalau korang yang baca ni jugak seorang perokok. Aku tak suka…tak sukaaaa…toloooonnggggg..

Baru jer dia hisap rokok ni. Tu pun sebab member aku sendiri yang datang melawat aku baru-baru ni mengisap rokok dalam bilik. Nak halau tak tergamak sebabnya dah lama tak jumpe. Sesekali dia datang, apa salahnya bagi chance. So, bila rumet aku tengok yang aku tak tegur pun member aku tu, dia pun mula buat hal jugak..adoiii..

Walaupun dia junior, dia 2 tahun lebih tua daripada aku. Hurmm..dia kamceng ngan aku, cuma ini jer masalah dia. Makan sesame, jenjalan sesame…tapi mandi dan tido tak sesame..hehe.

Time dia hisap rokok, aku akan bukak luas-luas tingkap kat tempat aku. Takleh, bahaya dan aku perlu selamatkan jantung dan paru-paru aku. Aku sangat sayangkan awekku paru-paru aku. :D Korang rasa macam mana cara terbaik nak suruh dia berenti merokok aa? kalau tak berenti pun, merokok lah kat tempat lain. Tension aku.

 

 

Inilah kehidupan aku sekarang ni. Dah jarang masuk forum. Dah jarang update blog adsense..tapi jualan produk terus on. hehe..petang nanti akan ke pejabat pos untuk pos barang lagi. Lepas aku habis exam nanti, cuti semester ni aku akan pecut sket..mungkin guna formula kuasa dua. heheh.

Umm, sebelum aku mengundurkan diri, nak minta maaf banyak2 kat korang kalau ada salah dan silap, terguris hati ker, ape ke.. Maafkan aku…nak exam ni rasa macam tak berkat plak kalau ada orang tak puas hati. Maaf la yea..aku ni manusia biasa jugak. Memang tak lari dari kesilapan. Huhu..sedey la plak. Mungkin dua tiga hari akan datang takde post baru sebab aku exam direct maa. Tapi apapun, kalau ada info terbaru aku akan tetap menulis.. :D

Tunggu sahaja sesuatu yang menarik daripada aku selepas habis exam nanti. Bye2..

p/s - Jangan lupa doakan kejayaan aku. :D

Random Posts

Categories : Sembang-sembang Tags :

Jika anda berminat untuk mempelajari tentang Perniagaan Internet secara PERCUMA, sila isikan borang di bawah dan klik "Saya Mahu Belajar Percuma Perniagaan Internet"...
Name:
Email:
 
Comments
April 21, 2008

hahahaha…kesian tgk engko erkk…hehehe…aku merokok jugak tapi aku cuba hormat orang sekeliling. Kalau aku ada pergi travelling dan rakan sekerja tak merokok aku akan keluar dari bilik tu utk merokok sahaja. Lepas tu baru masuk. Itu pun rakan tersebut marah sebab aku tak hisap rokok dalam bilik. tapi rasa bersalah jer kalau merokok kat bilik dan rakan tak merokok.

lain la cerita kalau rakan tu merokok jugak…hahaha…biar bilik tu berasap sekali gus…..jangan hangus jer

Posted by taukey
April 21, 2008

Hahaha…bagus la mcm tu. Aku ni mmg tak suka..sory to say.. :D Rasa mcm nak lemas..huhu. Bagus taukey, jg sensitiviti sekeliling.. :D

Posted by Din Beramboi
April 21, 2008

hehehe…aku tak merokok tapi kawan2 aku selalu aarr merokok…aku biarkan je diorang merokok pastu pandai2 la bawa diri :) Yang pasti aku tak kan merokok..marah awek2 nantihh..merbahayakan kesihatan jugak :)

Posted by dauz
April 21, 2008

Salam Din,tengok meja tu macam kolej 8 kat UM jer..ko kolej mana?

Lawa gitar bro?nak jamming x?huhu

Posted by starline
April 21, 2008

Wslm..haha, tau2 jer ko erk. Mmg kolej 8 pun. Weh, ko biasa datang sini ke? hoho..datang aa kalau pree.. :D jamming? layan jer..

Posted by Din Beramboi
April 21, 2008

hahahahaha…..kaki jamming jugak engko erkkk din…hehehe…main lagu blues sikit…hhahaha

Posted by taukey
April 21, 2008

Aku bukan biasa datang jer,aku memang budak kolej 8.2004 ngan 2005 aku duk situ.Sekarang dah duk luar kat Pantai Dalam.Nanti aku pegi aku roger ko.Boleh jumpa rakan seblog :)

Nanti aku datang,kita lepak warung abg Zul..huhu

Posted by starline
April 21, 2008

Lorrrhh..begitu rupanya. hahaha..aku ni kira junior ko la. Aku masuk 2005/06. Patut la mcm pernah tgk..huhu..

Ok, xde hal..datang kita lepak kedai abg zul. Eh, exam ni mgkin ko busy sket..after exam la. :D

p/s - ada jgk bdak UM yg sekepala berblog ngan aku..haha. Ingatkan aku ngan Naem Diari Adsense jer. :D

Posted by Din Beramboi
April 21, 2008

Ha..ni senior gak. batch star. aku main band 8th college dulu. star pernah jadi bassist. aku gitar. mase festival seni macam2 lagu semua dah bawak. blues, metal, rock kapak, punk, classical,campur2. 3 kali dapat no 3 atau 4. band ni pernah dijemput main kat hotel lagi tu. hehe. kirim salam kt dr zul, ckp kt die duit hadiah mane?? hampeh satu sen pon x dapat.

Posted by acop
April 22, 2008

aku budak kolej kelima boleh join tak? huhu takdela..aku student kat sg besi, dulu masa khidmat negara aku duduk kk5 :P

Posted by syamsulariff.com
April 22, 2008

Hohoho..byk rupanya senior aku ni yg hebat2. Terharu aku..hehe. Aku dah melawat blog korang…semua best. Memang otai aaaa. nanti boleh la kita wat gathering blogger2 UM..hahaha.

Syamsulariff, xde hal nyer…jom join sama2. Asalkan ada kaitan..Tgh jalan2 kat KL, pastu berenti kat UM utk buang air besar pun kira boleh join la.. haha. :D

Posted by Din Beramboi
April 22, 2008

first good luck ok..
aku pun tgh studi nie..
pasal rokok no comment..
skang ni nk stop tk bley.. :D

Posted by afham
April 22, 2008

Din ko suh member ko tu puasa la… :)

Posted by emme
April 23, 2008

nasib laa kalo dapat prokok tegar… zaman sekolah dulu ada jugak member perokok tegar… rokok tak pernah miss…

pelekat dilarang merokok takder ke? bukak radio rakaman hilangkan masalah rokok. ataupun hang buat rakaman sendiri bersembang ke apa ke dan pasang radio tu hari hari berkenaan bahaya rokok… nasihat yang elok2 laa asalkan tak terasa hati…

atau pun kalo ada buku doktor tuah iskandar bagi aje laa kat dia… itupun kalo nak baca laa… buku motivasi tajuk apa entahnya pasal citer rokok…

paling mudah hantar aje kat surat kabau mintak pandangan dari konselor pasal camner nak settle… ada ruangan konseling kan? bagi nampak sebijik seakan-akan masalah hang… itu pun kalo dia nak baca laa…

Posted by abdfatah
April 23, 2008

… aku dulu selalu masuk UM, x aku … (:P) … aku plak duk vista…. ramia rupanya awek kat situ….

pasal rokok tu, tak dapek pakcik nak nolongnya…

..aku pon isap rokok, tapi din, ko slow talk je dgn dia, ckp awek ko tak bagi cemarkan paru2 ko tu..

Posted by samdaddycool
April 24, 2008

haha..br je post bp saat yg lalu, tibe2 ade kumen..sngt express la..! hehe..sian perokok2 yang tegar..lenkali pki topeng jerebu la, brula mkn dalam…uhuhuhu…saye budak br belaja..=)

Posted by erna
April 24, 2008

hey, maleh tol nk buat blog, tp nk buat, copy paste awk punye je r susah sngt..wakakakak

Posted by erna
April 24, 2008

haha. biasalah tu. budak universiti. aku pun penah cam ko. aku dulu isap gak. Tapi isap main-main je. last2 aku tak isap. sebab, aku tak suka. Haha..:)

Posted by titan
April 25, 2008

Alaa Erna, ingatkan cian kat saya..cian kat perokok tegar plak..huhu.

Umm, nak kopi ? ada..teh pun ada..hehe.

Hoho..Titan, isap puting rokok xpe. Jgn isap puting yg satu lg tu dah la..kawin dulu dowh. kaka.. :D

Posted by Din Beramboi
April 25, 2008

aku pn senyor ko gak..aku, star, acop maybe super senyor…kalo star bassist,acop drum..ko phm2 la aku….kayu tik tok laa..

Posted by azuwan
April 25, 2008

kalau boleh. Dah lama aku wat la. haha..

Posted by titan
April 25, 2008

Hoho…sorang lg senyor aku datang sini, Azuwan. Waaa..bestnya. Gempak aa diorg ni. Dalam senyap2 ada blog sendiri jgk..tak keseorangan la aku kat Um nih. hehe..boleh wat reunion ni. :D

Titan, sabar…dpt tu. :D

Posted by Din Beramboi
April 26, 2008

stdy hard kalo nk berjaya! :P apa2 pun moga berjaya… sy cuti ni baru igt gak nk guna formula kuasa dua. tp mak n abah dh ‘cop’ utk ayam kampung organik tu… takde hal lah…

Posted by ahib0205
April 26, 2008

stdy hard kalo nk berjaya! :P apa2 pun moga berjaya… sy cuti ni baru igt gak nk guna formula kuasa dua. tp mak n abah dh ‘cop’ utk ayam kampung organik tu… takde hal lah…

owh terlupa. pasal rokok tu pd pndpt sy just ckp elok2 dgn dia hal sbnr yg bro tak leh bau rokok. ckp elok2 kat perokok ni insa Allah dia akan paham. huhuhu… jgn senyap jek. dh la effect org bau asap rokok lagi teruk. baik bro isap rokok gak :P

Posted by ahib0205
April 26, 2008

sebab aku sabar la aku bersabar nihh. Hehe..

Posted by titan
April 27, 2008

sabar je ye. saya pun tak suka orang merokok ni, apa lagi satu bilik.

p/s: din beramboi ke dlm gambo tu. tak aci la membelakang

Posted by exinco
June 24, 2008

suruh beliau pergi kursus berhenti merokok laa… atau pun suh dia komen dalam mana blog yang tak suka rokok… sure dia tentunya akan berhenti merokok… hahahaaa…

atau suh dia sendiri buat blog…. jangan-ingat-rokok.com

Posted by abdfatah
Leave a comment

(required)

(required)