Teknik Backlink Blog , Tingkatkan PR
a’kum,
saya nak tanya kepada rakan2 disini yg tahu berkaitan teknik backlink.Saya nak tahu apakah yg di maksudkan dgn backlink? serta contohnya sekali.
tq.
=====================================
Haa, itu adalah pertanyaan salah seorang member di WangCyber, namanya Ezrienaz . Bagus jugak dia tanya soalan tu, aku pun bukannya tahu sangat bab-bab backlink blog ni. Tahu jugak la..tapi beberapa kerat jer. So, bila aku bukak thread tu barulah aku tahu yang backlink blog ni ada banyak cara. Nampaknya aku dah ketinggalan ni. Owh, tidak…maklum lah newbie. hehe.
Daripada pemahaman aku dan dari bahan bacaan mahupun dari wangcyber sendiri, backlink ni boleh jugak di mengertikan sebagai incoming link. Populariti sesuatu laman web atau meningkat menurun PR (page ranking) blog kita bergantung kepada jumlah backlink yang diterima…juga kualiti backlink yang diterima. Kalau dapat backlink dari web yang PR rendah, takde maknanya jugak..hehe. Seeloknya kita cari web atau blog yang mempunyai PR tinggi dan dapatkan backlink dari situ.
Nilai PR ni bermula dari PR0 hingga PR10. PR6 dan ke atas di crawl oleh enjin pencari setiap hari. Sebab tu lah yang sebaiknya kita dapatkan backlink dari blog-blog dan web yang mempunyai PR6 dan ke atas.
Citer dia macam ni. Apabila enjin pencari (search engin) crawl laman blog yang mempunyai PR tinggi tu, enjin pencariakan crawl keseluruhan laman web / blog dan juga akan membaca setiap link (outgoing / incoming link). Di sinilah enjin pencari akan menemui laman blog yang lain pula, contohnya blog anda melalui link keluar dan ia akan melakukan tugas yang sama di website anda. kemudian jumpa link keluar lagi dan pergi ke blog lain pula. Sekiranya ia menjumpa laman web baru, ia akan mula mengindex laman tersebut.
Jadi, kalau anda baru membuat blog perkara ini sangat penting sekali. Penting juga bagi blog yang sudahpun diindex bagi menaikkan ranking blog.
Ok, kali ini aku akan senaraikan beberapa laman web yang mempunyai PR 6 dan ke atas. So, kalau nak buat backlink sangat-sangat digalakkan. Antaranya :
Ok, aku harap korang faham apa yang aku sampaikan ni. Kalau nak lebih penjelasan sila request kat bahagian komen di bawah. Aku akan ceritakan lebih detail kalau ada saper2 request nanti. Kalau dah tau, xpe la…takyah request
Kalau korang tau apa lagi laman PR tinggi yang boleh buat backlink, sila nyatakan di bawah ok. Kita sama-sama share. Ilmu ni takkan kurang kalau kita share.. So, jangan kedekut.
Sebelum aku sudahi post kali ni, aku nak ucapkan terima kasih kepada owner Earncent.Com iaitu Titan sebab bagi aku kad raya..hehe. Aku dah terima kad dari Enveluv tadi. Time kasih..eh, cane ko tau alamat kolej aku aaa? Konfius aku. Huu. Aku taktau alamat rumah ko, so xleh bagi la. Sowi..

Korang tau tak apa itu Enveluv? Enveluv is a free web to postal service where you can send a physical greeting card or letter directly from your web browser to someone’s postal address for absolutely free.
So, kalau nak hantar kad secara percuma kepada makwe2 korang, mak ker, nenek ker..boleh la gunakan Enveluv. Tak perlu pergi pejabat pos, tak perlu beli setem, hanya buat online . Yang penting, FREE of charge ! Ni yang aku suka ni..hehe.
Ebook Percuma Hari Ini : Petua Pengiklanan Berkesan




mcm tu penyer backlink… aku ingt backlink ni bad.. maklum la dgr je back teringt bad… hmm ok aku phm la skit2.. thnks din..
hehe. aku bukan sahaja ada alamat ko. Aku ada alamat awek ko. tak caya? hehe..
Ish…bahaya ni. Weh, jgn memain kaco awek aku aaa..aku bunuh ko nanti. Aku sanggup jd pengobom berani mati ko tau..huhu.
Bagus Din, aku pon tak expert sgt pasal backlink ni. Senang cite backlink ni, bila link website or weblog kita ada di website or blog lainkan? Betul ke?
Maknenya kena selalu singgah n bagi komen kat blog orang lainlahkan? Terutamanya yang PR tinggi.
Aku pon dah dpt kad dari titan tu minggu lepas, hari rabu…
Aku rasa titan dapat alamat ko masa ko menang top komentator hari tu, betul x?
haha… jgn la mcm tu din.. nnt x pasal2 awek ko hilang pakwe dia.. kan ko plak yg menyesal nnt bile aku takel dia haha :p
hehehe….teknik backlink tu ada macam2 leh guna ‘tag’ gak kalau nak kan…
Ummm, betul tu Emme n Dauz. Boleh jugak bagi komen kat blog2 yg PR tinggi. Tag pun boleh gak..banyak lagi.
Emme, ko pun dpt erk? Hehe..bagus aa. Aku pun nak guna tektik Enveluv la utk tarik trafik..bagus ni.
Rafhz, Xdapt nya ko nak tackle dia..sehidup semati maa. heheh.
hehe… banyak dah dapat suskriber blogger edisi siasat melayu percuma tu… mintak sikit borang donload dia… bleh kumpul subskriber jugak sikit2 hahahaha…
backlink nih macam2 laa untuk tarik traffik yang lebih sikit… lebih2 lagi untuk promosi blog kita…
hehe. ari ni aku g cc pakai screen lcd 21 inci.. hoho.. bagak giler ko nyer blog aku tgk.. haha.. suma huruf nampak sebiji2… lepas nie aku nk g serang blog abdfatah plak.. kasi klik percuma.. hehe.. ntah kenapa… mybe aku baik hati kot sbb lcd nie besar.. haha..:)
menda tu semuanya belum tersenarai lagi untuk dibelakangkanlinkkan… leh cuba perkemaskan lagi dengan undurlink tersebut… hahahaha
aku buat commnet di sini pun kira buat backlick juga kan…
Betul kan…