Tips Kejayaan : Jangan Abaikan Perkara Yang Mudah…

Posted by Din Beramboi 26 April, 2008

Assalamualaikum dan salam sejahtera..

Hoho..lama tak update blog ni. So, sebab gap untuk exam ada 5 hari lagi takde masalah untuk aku kembali mengupdate blog kesayangan ni. heheh..

Semalam aku ada exam Apply Geophysic (Geofizik Gunaan) dan best menjawab sebab soalan yang ditanya sebijik macam past year. Nasib baik aku study past year..huhu. Antara soalannya adalah :

==========

“Derive the equation and relationship between reflection arrival time from a horizontal multiple layer to layer depth and layer velocity. What…….. (panjang lagi soalan ni)”

Jawapan yang aku tulis:

EA = AG

Time = (EA + AG)/V

EA = ?[(x/2)² + h²]

Time = (?(x² + 4h²)/V @ (2h)/Vcos? ic

==========

Equation ni sebenarnya untuk mengkaji alat sulit dan besi tertanam di dalam bumi dengan menggunakan konsep pantulan. Boleh juga digunakan untuk mengesan simpanan gas dan petroleum di dasar lautan. Aku tak kisah samada korang paham atau tak equation yang aku tulis tu. Cuma nak bagitau, aku boleh buat silap sebab tak berhati-hati dan menganggap itu mudah. Pada equation last sekali, aku tulis macam ni :

Time = (?(2x² + 4h²)/V

Aku rasa dah hilang satu markah. Huhu..Takpe lah. Apa kaitannya dengan perniagaan internet? Suka hati aku jer nak buat kaitan yer? Ok jugak sebab nama blog ni pun Panduan Buat Duit Online Untuk Mahasiswa. Kalau ada kaitan sket2 tu maaf jer la.

Dalam perniagaan internet, perkara yang simple selalu membuatkan kita rugi. Contohnya, blog atau web jualan kita sangatlah cantik. Banyak grafik dan dimasukkan dan resolusi pula tinggi. Memanglah cantik, tapi bila grafik yang terlalu tinggi menyebabkan proses untuk loading menjadi lambat. Kalaulah ada pelanggan yang ingin membeli produk anda, tapi kerana proses load gambar yang lambat mungkin menyebabkan mereka menutup terus web jualan anda. Bukankah itu satu kerugian?

Contoh yang lain adalah penggunaan theme blog. Gadis Theme yang cantik sudah tentu menjadi kegilaan remaja lelaki blogger. Tapi mereka main upload jer dan tak cuba memeriksanya samada compatible atau tidak dengan semua browser. Mozilla mungkin ok…tapi IE? adakah juga ok? Kalau pelanggan anda mempunyai 5% yang menggunakan IE daripada 50 orang , anda telah kerugian RM125 !

Antara kesilapan kecil yang biasa dilakukan oleh usahawan internet juga adalah tiadanya contact form atau sesuatu yang boleh menghubungkan anda dengan customer. Bila aku ushar blog-blog perniagaan internet, rupanya masih ada yang tidak memasukkan “cara hubungi”. Kalau pelawat blog anda berminat dengan produk anda, tetapi tiada cara untuk mereka mendapat penjelasan lanjut daripada anda, mungkin mereka akan mencari produk alternatif di blog orang lain. Bukankah merugikan anda? hehe…hak mereka untuk bertanya. Sama juga perniagaan di luar sana, mereka lebih suka bertanya kalau ragu2. Inikan pula perniagaan internet…

Perkara yang harus di beri perhatian jugak adalah cara pembayaran. Pelbagaikan cara pembayaran. Gunakan alternatif-alternatif lain cara pembayaran seperti automasikan dengan paypal adalah langkah yang bijak. Dengan mempelbagaikan cara pembayaran, mereka mempunyai lebih banyak choice untuk membuat pembayaran. Anda jangan terkejut kalau ada di kalangan pelanggan anda yang sedikit kedekut..hehe. ” alaaa..kena bayar guna Maybank jer. Aku ada CIMB jer…kalau bayar kena charge RM2 plak oleh Maybank”. So, mereka mengambil keputusan untuk tidak membeli. Saper yang rugi?

Ok, sebenarnya banyak lagi perkara kecil yang perlu di beri perhatian..jangan syok buat web lawa-lawa, tapi perkara kecil tidak di beri perhatian. Anda yang rugi…huhu. Betul tak? :D

p/s - Buku Menjejaki Jutawan Senyap baru jer aku terima tadi..best baca buku ni. Aku beli kat ebay, hanya USD8.50 dan kalau bayar ngan RM, cuma RM21 termasuk bayaran pos laju. Belum habis baca. Baru bab 2..hehe.

 

Random Posts

Categories : Tips Perniagaan Internet Tags :

Jika anda berminat untuk mempelajari tentang Perniagaan Internet secara PERCUMA, sila isikan borang di bawah dan klik "Saya Mahu Belajar Percuma Perniagaan Internet"...
Name:
Email:
 
Comments
April 26, 2008

ada lagi satu buku terbitan beliau tajuknya “aku taknak miskin” boleh try cari tambah koleksi…

Posted by abdfatah
April 26, 2008

Info yang menarik ditambah dengan ilmu Geofizik Gunaan. He He He. mmg tak faham terus dgn rumus tu. hahahaha

Posted by taukey
April 26, 2008

Equation tu macam susah arr..hehe…physic punya basic tu..huhu…
anyway..memang betul la apa yang bro cakap tu..pelbagaikan cara pembaayaran dan fokus pada perniagaan :)

Posted by dauz
April 26, 2008

Oo..yer ke abdfatah, boleh jgk dptkan..tapi nak abiskan baca yg ni dulu lah..hehe. Byk lg x abis. Mmg semangat membara bc buku nih. :D

Taukey, rumus tu di guna utk mgkaji alat sulit..eh silap, besi dan gas serta petroleum dlm bumi..hee.

Dauz, mmg aku x suka fizik. Aku suka biologi..tapi markah fizik selalu tinggi drpd bio..aku pun x paham kenapa..hoho.

Posted by Din Beramboi
April 26, 2008

Hoho…aku tak minat bio…susah gilerr…aku takla kata aku suka physic sangat berbanding addmath tu yan aku slalu failed…hehe…

Posted by dauz
April 26, 2008

bro aku nak buku tu leh ke??huhu…macam best aje…

Posted by dauz
April 26, 2008

Dauz, addmaths susah erk? Hoho..ngan Fizik aku rasa susah Fizik..huhu. Aku suka add maths..tapi dpt A2 jer ms SPM. Sama mcm Fizik gak..SPM taun ni ko kena dpt gempak drpd aku tau.. :D

Nak pinjam ke buku tu? Aku blum abis baca la..huhu. Alaa, ko beli jer kat ebay. Aku rasa ada 2 stock lg. Hari tu ada 2, aku dah rembat satu. Cepat sblm abis..just RM17.90 untuk buku dan RM21 untuk termasuk pos laju. :D

Posted by Din Beramboi
April 26, 2008

weh din. Pinjam buku tu. Leh? Hehe..

Posted by titan
April 27, 2008

hahahahaa………untuk alat sulit la plak…hehehehe. Wah semua nak pinjam buku tu jer erkkk hehehe…tapi buku tu nampak menarik jer..hehehe

Posted by taukey
April 27, 2008

Mmg menarik pun Taukey…give inspiration and motivation. Mmg berbaloi la beli buku nih. Eh2, terpromote plak.. :D

Saper2 nak pinjam boleh, belanjer aaa… :D

Posted by Din Beramboi
April 27, 2008

Alahai bro..aku beli dari ko ajerkk ek lepas ko habis baca tu..kira cam untung atas angin la ko yea…jual jangan mahal sangat ek :P ..

Huhu…bro..nak kalahkan n buat gempakzz ???hehe…insyallah boleh..tapi addmath je aku kurang yakin aaa…Kalau physic leh la coz banyak kaitan dgn mechanical sket…

Huhu…

Posted by dauz
April 27, 2008

Aku nak wat koleksi dowh…sayang buku nih. Byk lg buku2 motivasi akan aku beli tak lama lg. Bagus nih. :D

Posted by Din Beramboi
April 27, 2008

beli jangan tak beli buat koleksi masa depan dan juga untuk anak cucu cicit…

kalo tak silap almaribuku ada nak buat review… pi laaa singgah sana. (promote laa pulok…)

Posted by abdfatah
May 1, 2008

hehe. aku dah tak rajin sangat nak beli. Mungkin sebab kat banting tak banyak buku nak dibeli. Baik aku beli kreko kan? kan?

Posted by titan
June 24, 2008

yea yea jangan terabaikan menda yang mudah disekeliling anda untuk buat duit secara lebih mudh lagi…

Posted by abdfatah
Leave a comment

(required)

(required)