Tips Newbie: Cara Menarik Trafik Ke Blog Baru
Assalamualaikum dan salam sejahtera…
Semalam aku bersahur makan mcD dengan dua orang kawan aku Nasoha dan Etia yang juga merupakan usahawan internet. Dah lama kami tak jumpa..maklumlah busy dengan kerja dan projek masing-masing. Sesekali jumpa, kitorang borak-borak juga tentang perniagaan internet. Diorang cakap, blog aku dah kurang info sejak kebelakangan ini..betul ker? Bila aku check balik, memang betul pun..hehe.

Ok pada kali ini aku akan tulis sebuah artikel untuk newbie tentang trafik atau bahasa biasanya dipanggil pelawat. Sebelum baca, harap anda dah ada blog dan kalau belum ada, boleh tempah blog di sini. Jika anda baru menceburi perniagaan internet dan baru sahaja menyiapkan sebuah blog, bagaimana anda mahu menarik trafik ke blog anda? Trafik amat penting walau apapun tujuan anda mempunyai web/blog.
Jika anda menjual produk (fizikal atau digital), trafik penting supaya pelawat tersebut membeli produk anda. Kalau anda buat blog adalah untuk mencari kawan, trafik penting supaya anda dapat kawan. Kalau anda buat blog untuk menipu orang ramai, anda perlukan trafik supaya misi anda untuk menipu berjaya..hehe. Tapi jangan buat begitu naaa..menipu tak baik.
Sebelum anda menarik trafik ke blog anda, pastikan blog anda kemas dan cantik macam blog aku ni..hehe. cantik ke? perasan plak.. Ini bukan main2. Blog yang kemas sebenarnya penting kerana 1st impression pelawat yang datang nanti adalah tentang design blog anda. Kalau blog berserabut, belum sempat baca content blog anda, dia dah tutup..so sape rugi?
Fikirkan perkara ini: Anggap saja blog adalah rumah anda. Rumah yang kemas akan membuatkan kawan-kawan yang bertandang suka dan lain kali mereka akan datang lagi. Sama juga dengan blog, kalau designnya kemas, anda akan mendapat returning visitor. Pelawat berulang penting jika anda membuat blog untuk jualan kerana biasanya, pelawat tidak akan membeli pada kali pertama mereka datang. Lepas dua atau tiga kali datang, barulah ada keyakinan dan beli.
Sebelum menarik trafik ke blog, anda juga memerlukan beberapa content/post yang sudah di tulis. Jika mereka masuk ke blog anda tetapi hanya ada satu post, mungkin mereka tidak datang lagi hari kemudian. Sebaik-baik content adalah content yang niche. Kalau blog ceritakan tentang ayam…ceritakan semua perkara tentang ayam..ayam telur, telur ayam, dedak ayam, burger ayam termasuk juga bapa ayam..hehe. Jangan campurkan content kerana pelawat anda sememangnya mencari info tentang ayam.
Sebaiknya, pastikan pelawat seronok berada di blog anda. Mungkin anda boleh sediakan pool atau survey supaya mereka menilai blog anda. Melalui pool, anda boleh memperbaiki lagi blog anda pada masa depan mengikut citarasa pelawat blog anda.
Sebaiknya juga, anda sediakan borang opt in feed daripada feedburner atau feedblitz. Ini penting supaya apabila mereka ingin mendapat info terbaru, mereka akan terus mendapat info setelah anda mengupdate blog. Ini salah satu cara untuk mendapatkan pelawat berulang ke blog anda.
Setelah anda lengkapkan semua benda2 yang asas di atas, barulah boleh menggunakan teknik lebih hebat seperti teknik SEO ke, teknik viral marketing ke..dan sebagainya.




aku teringin nak ade design blog aku sendiri..tp mahal maa nak upah orang buatkan..klu buat sndiri, konpem hancur..
hehe. niche tu penting. Tapi kalau blog ko jenis personal. Rojakkan niche pun takpe. Haha..
niche tue la yang penting, sebab baru orang tau blog kiter pasal aper.. Aku rasa tuela kelemahan blog aku, sebab blog aku nie personal, takde niche yang tetap.. huhu..
btw, bukan pool la din, ejaan salah.. Polls!!
.. niche…. aku buat kambing jamnapari..
..yang lagi satu, ada sikit rojak..(tapi takde la rojak giler kentang )….
..cuma belum berkesempatan nak buat blog dot com sendiri.. (harap-harap lepas raya boleh start).
…walau bagaimanapun, thanks din atas tips bagi blogger newbie macam aku ni..
nak rojak pun takpe. Janji trafik banyak.
huhu, aku rojak x byk traffic pun, hehe.. kene blajar buat traffic nie..
kalau nak trafik banyak boleh cuba trick aku nih..
>> JANGAN letak adsense atau mana-mana iklan secara maksimum..<<
mengapa? bila adsense banyak, pengguna akan cepat nampak dan ini menyebabkan web page kita nampak macam semak..
Hehe..btul tu Titan. Kalau blog personal mcm ni, rojak xpe..asalkan berkaitan perniagan internet.
Mula2 mmg trafik tak bagus kalau buat rojak..tp kalau blog dah steady, apa2 saja keyword yg dimasukkan, akan dpt 1st ranking jgk..amik masa la.
rojak buah okay gak, tapi jangan rojak kambing, lembu, kerbau.. Bau hapak nanti..
Hhuhuhuuh
ye memang satu info yang baik ,saya selalu kemaskan blog saya supaya nampak “bersih” thanks bro
Hm.. blog ligakampung aku memang caca marba tapi blog2 lain memang ada fokus..
Terpulan gpada masing2…
traffikOnline> .. ada ke rojak kambing, lembu?
Salam saudara Din. Saya Master Yus. Ada ingat? person yang tanya soalan budak-budak masa gathering WC. Saya dulu pun 8th kolej. Boleh la add YM saya yus91. Mungkin boleh sembang-sembang & belajar something daripada saudara. Terima kasih.
hehe, kalo titan ngan din cakap camtu, nampaknye ader pluang laa blog aku nak sampai tahap cam korang kan? Hihihihi, kena usaha lagi la ni…
huhu..nama aku pon ko pg canang..bgs2, ade info baru blog kau..
rojak mcm blog aku… tapi cita2 aku nak hasilkan satu blog Niche.
satu hari nanti…
info yang menarik memberikan tarikan yang tersendiri. niche yang tersendiri sudah tentunya mempunyai kualiti yang tersendiri… kalo dah campur aduk macam biasa ler… mana satu yang nak pilih?