Ziddu March 2008 Earnings have been sent

Posted by Din Beramboi 17 April, 2008

Hoho…sekarang jam dah menunjukkan jam 2 pagi. Aku baru jer bangun tido..maklumlah semalam tido awal. Memang dah bajet nak bangun pukul 2 pagi untuk buat jawapan past year. Exam dah dekat dowh..1st paper pada 24/04/08 ni. Memang betul2 terjaga walaupun aku tak kunci jam, tak suruh rumet kejut atau tak suruh awek kejut. Hehe..Biasanya aku tengok member aku, kalau nak bangun pagi mesti suruh awek misscall banyak2 sampai terjaga. Tapi aku xde awek, so takleh la buat mcm tu. :D

Ok, sebelum aku study ni, aku nak bagitau korang satu lubang buat duit cara mudah. Walaupun beberapa cent dolar jer yang dapat, tapi kalau trafik tinggi memang kejap jer nak cecah USD10 untuk bayaran minimum melalui paypal.

Aku rasa ramai yang dah tau, tapi buat-buat tak tau jer kan.. Program ni namanya Ziddu. Dah tau?

Cara nak buat duit mudah jer. Hanya 3 langkah mudah di bawah :

Sebenarnya banyak lagi perempuan hosting yang menawarkan urutan batin hosting secara percuma untuk simpan file seperti Rapidshare, Savefile, Mediafire, Mega Upload dan sebagainya. Tapi kenapa tidak menggunakan sesuatu yang boleh buat duit? So, untuk kebaikan umat sejagat dan keharmonian Malaysia yang berbilang kaum, gunalah Ziddu. hoho…

Sekali lagi aku nak cakap, program ni bagus jika blog korang menyediakan download percuma macam mp3, video dan sebagainya.

Ok, aku nak buat nescafe jap…nak continue study plak. Jumpe lagi pada post buat duit seterusnya..hehe.

P/s - nak join Ziddu, daftar di sini 

 

Random Posts

Categories : Tips Perniagaan Internet Tags :

Jika anda berminat untuk mempelajari tentang Perniagaan Internet secara PERCUMA, sila isikan borang di bawah dan klik "Saya Mahu Belajar Percuma Perniagaan Internet"...
Name:
Email:
 
Comments
April 18, 2008

hmmm TQ kerana bagitau peluang begini…hehehe…

Posted by taukey
April 18, 2008

Ziddu ni dah lama aku register. Tapi tu la setakat register & tinggal. Walaweh…mana ler ade masa aku nie. Geram jer tengok Im lain buat full time. Aku rasa mcm nak berenti keje jer. Ermmm….

Posted by Asharudin
April 18, 2008

Hoho..Asharudin nak berenti kerje? Rilex la bro..buat jer secara sampingan dulu. Kalau dah ok sket, boleh la full time. Aku pun masih seorang student maa. Mmg ada jgk rasa nak berenti belajar dan buat full time. Hoho..tap alang2 dah belajar, biar abis dulu. Betoi x? :D

Posted by Din Beramboi
April 18, 2008

din beramboi pernah dapat ke income dari ziddu ni?din boleh tukar link blog tak?blog saya berkenaan bidang komputer.baru try buat blog sikit-sikit.

Posted by sarah
April 18, 2008

hmm…rasanya boleh jer buat part time dulu….lepas tu nanti kalau dah okay baru buat full time. tips ni bagus dari din beramboi. Membuatkan otak aku berfikir satu cara mudah dapat duit dari Ziddu nih. hehehe

Posted by taukey
April 18, 2008

haha..aku dah join ziddu lama gila. Income baru je lebih 2 usd. Haha. ciput giler..

weh din. Yang ko nak JV tu. ko email aku je untuk details. Connection sekarang teruk gila nih..

Posted by titan
April 19, 2008

Hoho…lama giler tu berapa lama Titan? Aku join baru sebulan lepas…ok la. Boleh la income tu. Avarage dpt USD0.4 jer sehari. Kalau sebulan dpt la USD12. hehe..

Buat utk blog mp3 bagus maa.. :D

Taukey: apa yg ko tgh pk aah? Jgn pk benda pelik2 dah la..huhu.

Sarah: boleh ajer nak bertukar link. nanti sy add satgi.. :D

Posted by Din Beramboi
April 19, 2008

ahakkssss……tak leh pikir benda pelik pelik….ada lah….tu semua rahsia kerajaan buat masa sekarang

Posted by taukey
April 19, 2008

hehe..taukey la katakan..gerenti banyak rahsia bisnes tu..maksudnya aku pun dah ‘korek’ rahsia dia yea…JV yea taukey…hehe..

Posted by dauz
April 20, 2008

ziddu? bukan budu dan bukan berudu… bleh try juga laa sesambil sambilannya…

Posted by abdfatah
April 23, 2008

Salam Din aku ada cita2 nak buat sesawang download lagu mcm yang ko buat, boleh bagi nasihat dan pandangan? :)

Posted by emme
April 23, 2008

Hoho..nak buat jgk yer? Umm, terpulang la..x kisah. Cuma kalau nak letak adsense, mmg kejap jer dpt…sb lagu tu ada copyright. Kejap jer kena ban..haha. Kalau nak buat utk Ziddu semata-mata, ntah…ziddu ni sket jer dpt. Lain la kalau blog ko dah ramai giler…mmg Ziddu best la.

Sama jer nak buat blog apa2 pun. Cari keyword yg org suka..baru cepat naik. tgk mana 1 yg org suka..niche “lagu popular” ke, “lagu terkini” ke, “lagu melayu” ke…compare la. :D

Posted by Din Beramboi
April 24, 2008

haha. aku ok jer kalau pasal mp3. Tapi nantila. Aku sibuk sket sekarang maa. Penat giler nih..

Posted by titan
June 24, 2008

ahahahaa… simpan fail pun dapat duit jugak? simpan dan simpan sambil buat duit… ibarat simpanan dalam peti bank… simpan fail dan kemudian keluarkan wangnya…

sikit2 pun dapat jugak laa dari tak dapat dapat apa-apa… tak gitu?

Posted by abdfatah
Leave a comment

(required)

(required)